16 Apr 2010

Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis


Bahan-bahan untuk nasi lemak
2 cup beras basuh dan toskan
3  cawan santan
2 helai daun pandan koyakkan dan simpul
2 keping hirisan halia
3 ulas bwg merah dihiris halus
garam secukupnya

Cara
1. Cucu bersih beras dan toskan kemudian masukan semua bahan dlam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
2. Bila nampak nasi kering, kacau rata dan tutup semula tudung. Biarkan ia sentiasa panas dalam periuk rice cooker.
3. Bila telah masak hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus atau telur goreng, ikan bilis goreng, dan ulam timun.

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
Bahan
200 gm ikan bilis [bersihkan dan buangkan kepala dan rendamkan sebentar]
1 senduk cili kering mesin
1 labu bawang besar dimesin halus
sedikit belacan jika suka tak nak bubuh pun tak apa
1 cawan air asam jawa
2 labu bawang besar..mayang kasar
garam
gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumiskan bahan yg dimesin halus sehingga wangi.
2. Masukkan air asam , ikan bilis, garam, gula dan bawang besar.
3. Masukkan air sedikit dan biarkan sambal mendidih seketika.
4. Bila dah naik minyak dan masak  baru angkat.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers