19 Apr 2010

Lemak Cili Api Ikan Keli Goreng

Resepi masakkan ni asalnya dari mak kat kg....coz dulu2 arwah abah memang suka ikan keli tu digoreng dulu...maybe kalau cara org lain ikan tak digoreng tapi resepi ni ikan di goreng dulu barulah dimasak lemak.cara masakkan yg sama tapi cuma ikan saja digoreng. tapi memang sedap..ok resepinya spt dibawah:-
Bahan
3 ekor ikan keli
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 batang serai [ketuk]
2-3keping asam keping
Sehelai daun kunyit
minyak utk goreng ikan keli
Bahan mesin
20 biji cili api (ikut kepedasan masing2....kalau suka pedas lagi bolehla ditambah atau dikurangkan)
2 ulas bawang merah
3 sm kunyit hidup
garam

Cara.
1. Ikan keli dibersihkan dan direndamkan dengan garam dan asam limau ataupun asam jawa.Bilas dan toskan.
2.Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan keli yg dibubuh  sedikit garam dan kunyit.
3.Janganlah terlalu garing...dah masak angkat dan toskan.
4. Masukkan semua bahan mesin tadi kecuali santan pekat dalam periuk dan masak dengan api perlahan.
5. Kacau sekali sekala supaya kuah tidak pecah minyak.
6. Bila nampak kuah nak mendidih masukkan santan pekat dan rasakan garam.
7. Masukkan ikan keli yg digoreng tadi dan kacau perlahan lagi supaya tidak pecah minyak.
8. Masukkan asam keping dan daun kunyit.
9. Bila mendidih tutup api dan boleh hidangkan.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers