29 Apr 2010

Grill Salmon

Bahan-bahan
1 keping ikan salmon
1 sudu besar minyak zaitun
Secubit garam
Secubit lada hitam
sedikit kentang goreng
ubi keledek merah dipotong kecil di rebus
sayur kacang panjang
1 biji tomato dibelah 4
1/2 biji Lemon
Secubit lada hitam(utk perap ikan)
Halia (ditmbuk dan diambil airnya)
serbuk oregano

Bahan-bahan untuk sos
2 sudu besar majerin atau mentega
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh)
1 cawan susu segar
Secubit garam

Cara sediakan ikan salmon
Ikan dicuci bersih dan diperap ikan dengan air halia, lemon, garam, lada hitam halus dan sedikir serbuk oregano selama 30-45 minit,sapukan sedikit marjerin  keatas isi ikan tadi, kemudian grilkan selama 20-30 minit api sederhana.Taburkan sedikit daun parsley. Sedia dihidangkan.

Cara sediakan sos putih
1. Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang.
2. Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
3. Letakkan ikan dan tuangkan  sos putih diatas ikan.
4..Boleh dimakan bersama bahan lain spt kentang goreng,tomato, ubi keledek, mixed vagetables dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers