13 Apr 2010

Cendol

Ni la 1st time buat cendol sendiri...dok merantau ni mcm ni la kan nak mkn apa semua kena buat sendiri...so disebabkan terliur tgk kwn tunjuk gambar di fb aku pun try2la buat...ni ler rupanya walaupun tak secantik org lain buat.

Bahan-bahan buat cendol( 4-5 orang )
1 cawan tepung beras
3 cawan air pandan
secubit garam
1 sudu kecil air kapur
sedikit pewarna hijau

Cara-cara
masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
kacau selalu supaya tidak hangit
sediakan bekas yang berisi air sejuk
masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais....

Bahan-bahan
Cendol
Jagung dalam tin
Kacang merah dalam tin
Ais ketul
Santan yg dicampur sedikit garam
Air gula merah

bahan buat air gula
300gm gula melaka dicincang
100gm gula pasir
250ml air
2helai daun pandan
Cara membuat:
1.Masakkan semua bahan sehingga larut
2.Untuk menghidang...letakkan cendol dalam gelas,kacang merah,jagung krim dan ais ketul.
3.Tuangkan santan bercampur garam kedlm air gula dan bolehla diminum.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers