6 Dec 2011

Ayam Masak Madu Mamak Penang



Assalammualaikum
Menu ayam ni dimakan dengan nasi carrot untuk berbuka puasa semalam dan bersambung pula ke sahur juga. Ayam masak madu mamak Penang ala nasi kandar Penang ni memang sedap sangat bila digandingkan bersama nasi carrot tu.Kalau nak cuba nasi carrot yang saya buat tu bolehla tgk disini.


Terima kasih pada tuan empunya resepi Mamak Haji dan telah dikongsikan bersama oleh Kak Wattie. Minta izin untuk saya berkongsi disini pula. Memang sedap rasa buah kurma dalam masakan ni..sebelum ni saya pernah masak menggunakan buah prune jer tapi bila di bubuh buah kurma dalam masakan ni terasa sangatlah sedap..memang kena dengan citarasa saya dan suami. Maklumla dua-dua org Penang memang kenala dgn tekak kami dgn resepi masakan mamak ni. Terubat la rindu nak mkn nasi kandaq tu kan..:D


Source : Mamak Haji 
copy: Kak Wattie
Bahan-Bahan:
 1 Ekor ayam 1.6kg – 1.8kg di potong 10.Bersihkan dan sedia untuk goreng.
 250 gm buah kurma (buang bijinya dan kisar dengan sedikit air).
100gm buah kismis.
 50gm buah jagus.
 2 sudu besar gula pasir.
1 sudu besar serbuk cili.
 1 susu besar Jintan putih.
 1 sudu besar Jintan manis.
 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis. (Tumbukan kayu manis dan kisar kering).
 Buah pelaga 5-7 biji, Cengkih 5, Bunga lawang 5.
Daun pandan satu helai (potong dalam 2-3 inchi)
Kisaran halia (2in.) + Bawang besar 2 biji + bawang putih 5-7 ulas)
 Bawang goreng dan daun pudina untuk taburkan diatas hidangan.
Hirisan bawang besar i biji (besar).
 Minyak masak dan garam untuk secukup rasa. 



1. Bersihkan ketulan ayam, masukan kunyit dan garam(sedikit) dan goreng.Gorengan tidak 
perlu garing atau terlalu lama cukup kadar masak 3/4 sahaja.Asingkan.. 



2. Panaskan kuali dam masukkan minyak tiga sudu besar. Gorengkan biji jagis dan kismis dalam api yang sederhana. jangan hanguskan gorengan ini. Asingkan gorengan ini. 



3. Tambahkan satu sudu besar minyak dan masukkan buah pelaga, cengkih dan bunga lawang. Apabila kelurkanbau yang harum masukkan hirisan bawang dn daun pandan. Apabila hirisan bawang mengeluarkan bau yang harum masukkan bahan kisaran Bawang+Halia + bawang putih. 

4. Apabila gorengan nimengeluarkan haruaman masukan serbuk cili, serbuk jintan putih dan manis, serbuk kayu manis. Kacau rata campuran ini apabila campuran ini keluarkan sekali lagi bau yang harum masukan kisaran buah kurma dan gula pasir.Biarkan campuran ini masak seketika dan perlu tentukan likatan yang diperlukan.Sekiranya terlalu likat bolehlah campurkan sedikit air. Kuah ini perlu mendidih sekiranya air dimasukan.Masukan garam yang sederhana. 

5. Masukkan ayam yang telah sedia digoreng kacau serata supaya kuah berempah ini dapat serap kedalam isi ayam. Kecilkan api dapur dan masukan Buah ganjus dan kismis yang telah goreng.Kacau serata. 

6. Keluarkan dari kuali dan hidangkan.Curahkan sedikit madu keatas hidangan ayam.Taburkan bawang goreng (tersedia) dan daun pudina di atas hidangan tersebut (boleh juga di hiaskan dgn cili merah). Selamat mencuba.



Nasi Lobak Merah



Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Selamat Berpuasa bagi sesiapa yang berpuasa sunat Asyura pada hari ni. Sama-samalah kita merebut kelebihan puasa di bulan yg mulia ni. Alhamdulillah terasa seronok pula bila berpuasa masa winter ni...sebab masa siang yang pendek jam 3.20ptng dah masuk waktu utk berbuka. Sejak dok sini memang saya suka gunakan kesempatan waktu mcm ni utk berpuasa. Salji dah pun start turun petang tadi...sambil makan nasi dan lauk ayam ni sambil tgk salji turun dari tingkap dapur...bila dah lama tak tgk teruja la juga.

Oklah berbalik pada n3 nasi ni saya ambil resepi dari dapur Tun Telani. Baru jer Tun n3 semalam terus terasa nak buat juga coz carrot dan brng lain memang ada. Saya pernah buat sekali nasi carrot ni masa dok kat Dhaka dulu tapi tak ingat resepinya coz zaman tu saya tak ada blog lagi. 

Resepi yg dimasak ni asalnya dari Chef Hanieliza @ Kak Liza dan maybe ramai yang telah mencuba resepi ni. Terima kasih pada kak Liza diatas resepi nasi ni dan juga semua yang telah berkongsi resepi yang best ni.Izinkan saya berkongsi disini pula yer:D



Nasi Lobak Merah
Resepi: Kak Hanieliza

Bahan
6 caw beras bathmati....basuh dan toskan (nieza buat 2 cawan beras jer)
2 caw carrot [potong dadu kecil] - nieza sagat halus
1/2 caw susu cair
8 caw air (nieza bubuh 21/2 cawan air saja utk 2 cawan beras)
1 kiub ayam knorr 
1 s/k gula
garam


Bahan Tumis
2 s/b rempah kurma
5 ulas bawang merah.]
3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk kasar
2 cm halia ]
3 s/b minyak sapi 
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun ketumbar.....mayang
daun pandan........simpulkan


Cara
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma. Biarkan naik minyak.  
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendidih.
4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk ke dalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur

 (nieza makan dengan lauk ayam masak madu) resepi ayam akan di update nanti yer...tuan umah nk masuk beradu dulu:D


5 Dec 2011

Pizza Tuna Doh Hokkaido Milky Loaf


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Selamat berpuasa hari Asyura juga buat semua yang berpuasa. Sama-samalah kita mengambil kesempatan kelebihan puasa di bulan Muharam yang mulia ni..InsyaAllah.


Bersiaran di awal pagi coz jam disini menunjukkan kul 2pagi ... tadi lepas maghrib saya dah tertido so...bangun solat isyak rasa mcm tak ngantuk pula. Bolehla update blog sekejap. Buat pizza ni malam tadi untuk menu bersahur jap lagi. Layan pizza jer la coz malas nak masak lauk pauk la utk bersahur...lagi pun puasa kalau time sekarang ni sekejap jer masanya waktu subuh kat sini kul 7.19am dan waktu maghrib pula kul 3.21 petang. So...memang tak terasa sgt bila puasa time sekarang ni berbanding dgn waktu summer yang hampir memakan masa selama 20jam juga coz waktu siangnya yang sgt panjang. 

terubat rindu pada pizza hut jap bila dapat menikmati pizza yang lbh kurang sama mcm pizza hut:D

Doh untuk pizza tuna (nieza buat setgh adunan saja)
Source:  Hokkaido Milky Loaf by Angie's Recipes
Makes: One 5X5X13 inch pullman tin, without lid

540 gm Bread flour 

60 gm Cake flour 

10 gm instant yeast 

30 gm Milk powder 

80 gm Sugar 

9 gm Salt 

1 large Egg 
250 gm Fresh milk 
150 gm Whipping cream


1. Mix everything together and mix until a dough forms.
2. Knead on speed 4 (Kitchen Aid) for 20 minutes until a smooth, glossy and elastic (It will pass the window pane test)
dough is achieved. 
3. Cover and let dough proof for 1 hour or until doubled.
4. Punch down and separate dough into 4 pieces. Make them round and let them rest for 10-20 minutes.
5. Roll out dough (like a longish oval) and roll up (like making swiss roll) and place them into a greased pullman tin.
6. Let dough rise until 2/3 full. Preheat oven. Brush on egg wash if preferred.
7. Bake for 40 minutes or until pan sounds hollow when tapped.

Ceter pasal doh pizza ni saya try gunakan doh roti Hokkaido Milky Loaf yang saya buat hari tu. saya cuma buat setgh adunan jer utk doh tu. Hasilnya memang bestla. Bahan-bahan utk toppingnya terpulang pada citarasa masing-masingla.Kali ni saya kehabisan stok bawang holland dan saya gantikan dengan bawang besar merah jer dan saya lebihkan parutan cheese di bahagian tepi doh pizza tu...memang sedapla.


Cara membuat:
Dah banyak kali juga buat pizza tuna ni tapi doh yang biasa buatla so...kalau nak tgk caranya sila rujuk disini ..selamat mencuba:D

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers