Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

10 Oct 2011

My New Watermark

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hari ni nak ceter pasal my new watermark ni. Alhamdulillah  ada org bermurah hati lagi bagi watermark ni...terharu juga sebab saya memang tak pandai nak buat pun...so..bila org bagi ni syukur alhamdulillah kecik tapak tgn stadium bola saya tadahkan..:D

 Ceternya bermula bila saya online jer facebook pagi semalam terus nampak msg yang disertakan dengan watermark ni sekali. Walaupun simple kata tuan yang membuatnya tapi saya suka...simple tapi menarik. Terima kasih buat adinda Ayu@ dikenali dengan nama LadyAyu yang jauh di mata tapi sentiasa dekat dialam maya ni dan blognya yang dikenali dengan http://ladychenta.blogspot.com/ . Hanya Allah saja yang dapat membalas budi baik mu dik. Ayu yang jauh merantau  bersama family sekarang ni berada di Oyama-shi, Tochigi, Jepun. Jauh juga tu dan belum pernah bersua muka tapi kemesraan yang terjalin mcm dah kenal lama.... InsyaAllah semoga satu hari nanti kita dapat berjumpa di alam realiti pula. tq dear..sayang selalu..:D


27 Sept 2011

Salam Rindu...


Assalammualaikum dan salam rindu buat semua....rindunya nak bersiaran disini tapi apakan daya masa amatlah tidak mengizinkan saya untuk berbuat demikian. Terima kasih buat semua yang masih sudi berkunjung ke sini walaupun dah lama tak ada n3 baru tapi masih ada yang sudi lagi untuk singgah dan bertanyakan khabar saya. Sungguh terharu rasa dihati ni. Ini juga yang membuatkan semangat saya untuk terus menulis disini kembali pulih setelah sekian lama menyepikan diri. Banyak dah saya ketinggalan cerita dan n3 rakan-rakan semua. Terima kasih juga pada Kak Nor @ Secubit Garam diatas makluman  pasal blog saya disinggahi malware tempoh hari. Alhamdulillah semua telah dapat diatasi dengan baik.

Bukanlah sengaja saya merehatkan diri dalam dunia blogging ni tapi sejak balik ke Malaysia tempoh hari memang saya tak berkesempatan langsung untuk online. Banyak masa dipenuhkan untuk menjaga bonda tersayang yang masih lagi belum pulih drp stroke. Keadaan bonda nampak stabil cuma masih belum pulih sepenuhnya. Mengikut pandangan doktor yang merawat keadaan bonda adalah tenat tapi berkat bacaan Yasin beramai-ramai di kg dan doa dari semua bonda nampak stabil. Kita hanya mampu meramal tapi Allah SWT saja yang mampu menentukan ajal maut seseorang. Jutaan terima kasih diatas doa dan ingatan rakan-rakan semua. Amatlah saya hargai tapi saya belum kesempatan untuk membalas kunjungan semuanya lagi. InsyaAllah bila berkesempatan nanti akan saya usahakan.

Cerita terkini sekarang ni saya dah pun balik ke Finland. Alhamdulillah saya dan suami dah selamat tiba ke Helsinki, Finland pada 25hb Sept 2011(Ahad) jam 2pm waktu Finland yang lepas. Perjalanan dari Penang - KLIA - Frankfurt - Helsinki telah mengambil masa lebih kurang 23 jam perjalanan termasuk transit telah berjalan lancar dan telah dipermudahkanNya. Walaupun berat hati untuk melangkah pulang ke sini  serta terpaksa meninggalkan bonda yang masih sakit tapi kehidupan disini tetap diteruskan juga. Tempat seorang isteri adalah disisi suami. Terima kasih tak terhingga juga kepada abg dan kakak ipar di kampung yang menjaga bonda buat masa sekarang ni.. hanya Allah swt saja yang mampu membalasnya. Mohon maaf juga pada rakan-rakan blogger di Penang yang tinggalkan msg utk berjumpa tapi tak berkesempatan juga untuk saya berjumpa. Terlalu cepat masa berlalu. InsyaAllah panjang umur kita pasti bersua juga satu hari nanti.

Syukur alhamdulillah diatas kesempatan yang suami berikan juga saya berpeluang menjaga bonda yang sakit semasa di dalam wad dan juga  setelah pulang ke rumah. 2 kali juga bonda dimasukkan ke wad iaitu semasa bulan puasa dan selepas hari raya tempoh hari. Peluang yang suami berikan untuk saya balik awal ke Malaysia sebulan darinya amatlah berharga buat saya. Setiap saat dipenuhkan untuk merawat dan menjaga bonda. Memang tak dapat dinafikan saya tak dapat rehat yang cukup sebab terpaksa berjaga malam tapi bukanlah jadi satu masalah buat saya kerana saya gembira dan bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk menjaga bonda.

Menjaga orang sakit memang memerlukan banyak kesabaran. Sebagai seorang jururawat juga saya banyak belajar melalui pengalaman. Keadaan bonda yang stroke, tak boleh bercakap dan tak dapat menguruskan diri sepenuhnya memang memerlukan bantuan. Setiap kali mandikan bonda, tukarkan pampers dan berikan bonda susu melalui tiub setiap kali itulah saya teringatkan susah payah semasa bonda membesarkan saya. Mungkin ragam saya  semasa kecil lebih teruk drp saya menjaga bonda sekarang. Tapi bonda tetap juga sabar membesarkan saya. Itulah yang selalu saya ingat dan saya mesti membalasnya. Kalau dihitung dan dinilai selama saya menjaga bonda tak terbalas lagi. Memang terlalu banyak jasa bonda yang belum dapat saya membalasnya. Doa dan harapan saya semoga bonda kembali pulih dan sihat serta diberikan kesempatan lagi untuk bertemu dengan bonda lagi satu hari nanti..InsyaAllah.

Dah panjang lebar dah celoteh saya ni...sekadar berkongsi cerita saja. Macam ni lah dugaan dan cabaran bila kita berada jauh daripada family dan insan tersayang. Macam mana seronok pun kita berada di tempat org seronok lagi tempat kita sendiri. Tapi apakan daya datang merantau mencari rezeki. Dalam kehidupan kita tak dapat lari dengan segala ujian dan dugaan. Semoga kita sentiasa sabar dan tabah menghadapinya.

Cerita pasal Aidilfitri yang lepas pula tak ada apa yang menarik nak saya ceritakan ...sebab saya hanya menyambutnya secara sederhana. 4 hari sebelum menjelang hari raya baru bonda dapat keluar wad so...persediaan hanya ala kadar saja. Saya hanya berkesempatan ziarah pusara ayahda saja di pagi raya dan melayan tetamu yang datang menziarahi bonda. Walaupun gembira dapat berpeluang menyambut hari raya disisi bonda tapi terasa juga sedihnya bila berjauhan drp suami tersayang. Apapun saya redha dan syukur diatas apa juga yang telah ditentukan Allah swt.

InsyaAllah bertemu lagi kita pada n3 seterusnya nanti....masih lagi mencari mood memasak dan mood mengambil gambar yang entah hilang kemana. Bukan tak masak tapi masak yang simple saja coz 2-3hari lepas masih lagi pening dgn jetlag lagi. Pastu lama sangat cuti masak sejak balik Malaysia nak mkn apa main order saja. Tapi bila blk sini kembali semula pada rutin harian kena masak sendiri jugalah jawabnya. Buat masa sekarang cuma masih lemau utk update dan n3 msk-msk ni. Harap-harap tak berpanjangan lah nanti yer. Salam sayang buat semua..:D

7 May 2010

Khasiat Bersauna

Aktiviti Mandi Peluh ataupun Sauna selalunya dikaitkan dengan kecantikan kulit. Tapi sebenarnya, kebaikan sauna bukan setakat tu saja, ia punya manfaat yang cukup besar untuk kesihatan tubuh.
Biarpun begitu, ramai yg tidak punya pengetahuan tentang perkara ini. Berikut adalah beberapa kebaikan dari sudut kesihatan daripada aktiviti mandi peluh yg mungkin anda selalu lakukan.

Keluarkan Toksin dari tubuh -
Peluh yg keluar semasa berada dalam sauna bukan sia-sia. Seperti yg diketahui, pori-pori yg membesar dan mengeluarkan peluh itulah akan mencantikkan kulit. Tapi di samping itu, turut keluar bersama peluh ialah toksin yg ada dalam tubuh kita. Kesannya kulit akan menjadi cerah & bersih.

Meningkatkan metabolisme -
Bagi kesihatan tubuh, sauna akan meningkatkan degupan jantung antara 50-75% dalam masa 20 minit. Begitu juga dengan kadar metabolisme tubuh, sauna akan membantu meningkatkannya hingga 20%. Dengan ini, tubuh dapat membakar kalori lebih banyak dan kesannya bertahan hingga 3 jam kemudiannya. Satu sesi sauna membakar kalori sebanyak 600 kalori!!

Kurangkan stress -
Faktor inilah yang menyebabkan ramai yang memilih aktiviti sauna bila berasa stress. Biasanya, setelah selesai melakukan aktiviti sauna, fikiran akan merasa tenang. Stress dan kerisauan boleh dikurangkan denga sauna hingga membuatkan fikiran lebih damai

Sembuhkan masalah kulit -
Panas ruang sauna yg biasanya antara 60-105°C akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah meningkat. Hasilnya kulit akan menjadi sihat. Selain itu, masalah kulit seperti jerawat juga boleh dirawat. Sebabnya, wap panas sauna akan melembutkan jerawat sekaligus mempercepatkan proses penyembuhannya.

Membunuh bakteria & virus -
Mandi peluh melalui sauna akan membuat otot-otot tubuh berehat dan membolehkannya me‘nyah‘ toksin penyebab rasa letih setelah seharian melakukan aktiviti. Aliran darah yang semakin cepat membantu proses perbaiki sel otot. Selain itu proses pemanasansuhu tubuh ini juga bermanfaat untuk membunuh sel bakteria dan virus; meningkatkan kemampuan tubuh mengeluarkan racun sekaligus meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

KEHEBATAN Mandi Wap Panas di rumah -
Adakah anda prihatin tentang berat badan dan kesihatan anda? Sila perhatikan manfaat bersauna dan bandingkan dengan kegiatan aktiviti bersukan yang lain:
* Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
* Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
* Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.
* Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
* Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori
Tips Untuk Kesihatan:
* Lakukan mandian wap sauna untuk selama 15 hingga 20 minit setiap kali.
* Tiga (3) kali penggunaan seminggu sudah memadai. Anda akan merasai kesegarannya setiap kali anda melakukan mandian.
* Minum air secukupnya sebelum dan selepas penggunaan sauna. Adalah baik untuk makan buah-buahan selepas penggunaan.
* Penggunaan ketika kekenyangan adalah tidak digalakkan, memandangkan badan kita pada ketika yang sama juga menggunakan banyak tenaga untuk sistem penghadaman.
Tips Untuk Mengurangkan Berat Badan:
* Lakukan mandian 20 minit diikuti rehat selama 15 minit dan sambung lagi untuk selama 10-15 minit lagi .
* Amalkan selang sehari untuk tempoh 2 minggu dan lihatlah hasilnya.

5 May 2010

Durian Belanda

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?
Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :
i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa? Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.
Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.
Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.
Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.
Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers