14 Dec 2011

Quiche Daging Bersosej


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Buat Quiche daging ni petang tadi...bila dah siap tu kasi kat tuan umah yang kami sewa ni sikit. Kebetulan tuan umah datang antar ikan hasil dia memancing dan saya pun balasla sikit quiche ni padanya. 


Resepi ambil kat dapur kak Madihaa yang mana resepi asalnya daripada sepupu kak Madihaa sendiri. Terima kasih pada tuan empunya resepi  dan kak Madihaa kerana berkongsi resepi yang sedap ni dan memang sedap bila dimakan ketika masih panas. Izinkan saya berkongsi disini pula.Ok jom semak resepi dibawah yer:D


Quiche Daging Bersosej

Resepi : Ida Marlida  


Bahan2 Dasar Quiche
3 biji kentang sederhana besar (anggaran berat 600 - 650 gm) ~ rebus & dilecek halus
4 keping roti - dibakar hingga garing (balik2kan semasa membakar) kemudian dipotong2 & dikisar halus menjadi bread crumb 
½ sudu kecil garam halus (atau secukup rasa)

Bahan2 Inti
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 ½ labu bawang besar - didadu
5 sudu besar daging kisar 
6 batang sosej - potong nipis
1 batang carrot besar ~ didadu @ disagat memanjang
5 sudu besar sos black pepper
1 ½ sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili (ku tambah )
garam secukup rasa
minyak utk tumis

Bahan2 Topping
3 biji telur (gred A)
1½ sudu besar tepong kastard
125 ml air


Cara2 Menyediakan

1. Campurkan kentang lecek, garam dan serbuk roti sehingga menjadi doh.
2. Lengserkan acuan pai dengan marjerin. Letakkan doh kentang di atas acuan pai dan ratakan doh sehingga memenuhi dasar & keliling tepi acuan seperti dalam gambar. Ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak lalu tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
4. Masukkan daging cincang & biarkan seketika sambil dikacau2 sehingga kering air daging.
5. Kemudian masukkan carrot sagat, sosej bersama dgn sos2. Tambahkan ½ cawan air jika terlalu kering.
6. Perasakan dengan garam & masaklah hingga intinya kering.
7. Biarkan suam seketika sebelum dituangkan ke atas dasar quiche.
8. Untuk topping pula.. satukan semua bahan hingga rata dan bolehlah di tuang ke atas inti quiche yang telah dimasukkan ke dalam acuan tadi.
9. Bakar menggunakan suhu 180 @200ºC (bergantung oven masing2) sehingga masak. 

Nota : Untuk tahu quiche masak ialah dengan melihat jika bahagian topping/ telur tadi tidak lagi bergoyang itu maknanya quiche sudah masak.




13 Dec 2011

Roti Jala Hijau


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Rasa mcm lama sgt tak update blog ni...bw pun tak sempat singgah semua lagi. 2-3hari lepas sibuk dengan aktiviti masak-masak utk event kat sini pastu lepas event tu saya agak kurang sihat sikit. Tetiba mlm tu kepala ting tong  pening semacam jer bdn lak panas dan demam...maybe kurang rehat dan kurang minum air sama tapi alhamdulillah tidak berlarutan. Hari ni rasa mcm dah ok...bolehla update sekejap tapi n3 tertunggak ni..menu ni pun dah abis buat masa hari sabtu hari tu lagi. Layan gambar jer la.

Actually dah banyak kali buat roti jala ni malas juga nak n3 tapi kali ni saja saya buat warna hijau pula...sebelum ni dah pernah buat warna lain boleh tgk  disini, roti jala warna pink disinidan roti jala warna purple disini.  Masih menggunakan resepi yang biasa saya guna selalu dan  saya sharekan juga resepinya disini sekali lagi.

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung kastad
2 s/b susu cair
2 cawan air
1 biji telor
1 s/k pewarna hijau (apa-apa pewarna yg disukai)
1 s/k minyak masak
sedikit garam


Cara-cara
1. Masukkan semua bahan dalam blender dan mesinkan. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk dan kacaukan sebentar supaya tidak berketul.
2. Panaskan kuali non-stik dan tebarkan adunan menggunakan acuan roti jala. (nieza tak guna acuan tu cuma guna botol sos cili boleh tgk botolnya  disini)
3. Bila sudah masak boleh lipat atau gulung.
4. Hidangkan dengan gulai ayam.



Potluck Little Christmas 2011

Assalammualaikum dan salam sejahtera
Cerita hari yang membusykan saya pada minggu lepas ni jer iaitu pada hari sabtu 10 hb Disember 2011 telah diadakan majlis makan-makan sempena hari Christmas di Malaysia Embassy . Selesai sudah sambutan majlis Little Christmas bagi thn 2011. 


Program ni  adalah salah satu aktiviti program mendampingi rakyat yang dianjurkan oleh Pejabat Kedutaan Malaysia disini.Biasanya dibuat setiap tahun untuk semua staff embassy, spouse dan juga semua Malaysian di luar negeri. Aktiviti yang dibuat  kali ni adalah potluck makan-makan, cabutan nombor bertuah dan pemberian hadiah pada kanak-kanak. Dengan adanya majlis ni dapatlah bertemu dan berkenalan antara satu sama lain...bukanlah pasal nak makan yang utama tapi adalah untuk berjumpa dan berkumpul ramai-ramai saja..masa ada majlis beginilah dapat berkumpul dan beramah mesra walaupun yang hadir adalah berbilang bangsa dan budaya. Memang seronok bila sekali sekala dapat berkumpul begini.

Program ni dibuat secara Potluck  dan semua tetamu yg hadir datang membawa menu masing-masing manakala menu utama telah dimasak oleh ahli Perwakilan dengan membahagikan menu utk dimasak. memang bykla makanan yang disediakan pada majlis ni. Saya diberikan tugas untuk memasak 8kg ayam yang dimasak kari dan 10 pot nasi putih. Memang busy betul hari tu sampai seharian saya tak online blog dan bw...balik pada majlis tu pada malam hari terasa bdn sakit-sakit dan panas tapi kaki tgn sejuk...memang terasa mcm dah demam Maybe pada siang hari tu saya terkena hujan dan angin yang sejuk...sekrng ni cuaca tak menentu kat sini. So..rehat jer la saya sampai keesokkan harinya tu pun saya tido jer...mr.hubbyla yang tolong masak dan  kebetulan pula hari ahad dia cuti.

So...hari ni alhamdulillah dah ok sikit walaupun bdn ni terasa lagi panas sejuk tapi kepala dah tak ting tong bolehlah update blog sekejap. Layan jer la gambar kat bawah ni yer..sekadar untuk koleksi simpanan saya saja ni.  

antara tetamu yang hadir...kebanyakan org Malaysia yg tinggal disini, study disini dan berkahwin dengan org sini


masa untuk makan-makan



macam-macam ada...

antara menu utama yang disediakan oleh Perwakilan Helsinki

ni la kari ayam yang saya masak pada hari tu




ucapan aluan dari TYT Duta Besar

cabutan no bertuah..hadiahnya beberapa ticket ke Sweeden dgn cruise ship dan beberapa voucher makan di restaurant Malaysia di Helsinki.

special kek coklat putih  yang dibuat oleh kawan kat sini
actually ada banyak lagi dessert yang disediakan tapi saya terlupa pula nak snap photo so....ini jer la yang saya sempat ambil pun.

antara Malaysian ladies yang hadir





Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers