3 May 2012

Nasi Impit Goreng Udang


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua
Semalam memang bz sangat sebab dari jam 9pagi keluar rumah sampai jam 4ptng masih kat rumah TYT duta. Bergotong-royong bersama isteri TYT duta dan ladies yang lain membuat karipap dan pulut panggang utk event bersama semua Malaysian kat sini hari sabtu ni. Alhamdulillah semua dah siap di frozenkan cuma tunggu masa utk digoreng dan bakar jer la hari sabtu nanti.

Biasanya macam tu lah kalau ada apa-apa program besar-besar kami akan sama-sama membuat kuih dan memasak disana. Kemudian akan dibahagikan kuih frozen tu sorang sikit bawa blk utk di masak dirumah pula pada hari jamuan tu dan bawa ke sana terus nanti.

So.. ceter pasal n3 hari ni saya masak menu simple ni jer la. Dah lama teringin nak buat sejak nampak Izah Daut  tayang memula dulu nasi impit gorengnya tu. Pastu nampak pula kak Diana tayang lagi ler terasa mcm nak cuba sebab saya tak pernah makan lagi nasi impit goreng gini. Tu yang rasa agak jakun juga pada mulanya sebab biasanya makan dgn kuah kacang jer. Tapi bila dah cuba ni memang sedap sangat la dan tak rugilah kalau nak mencuba. Resepi ni saya ambil dari dapur Kak Diana. Terima kasih pada kak Diana kerana berkongsi resepi yang sedap ni. Izinkan saya berkongsi disini pula ya.


Sumber resepi: Kak Diana

Bahan-bahan
1 bungkus besar ketupat nasi segera Adabi (2 bungkus kcil)
8 ekor udang bersaiz besar dikupas dan tinggalkan ekornya
150gm lobak masin  ( preserved salted radish )
2 ulas bawang putih _ dicincang
4 tangkai daun bawang ( boleh guna daun kucai juga ) _ dipotong 1 1/2 inci panjang
Sedikit taugeh
2 biji cili merah _ dihiris
5 biji telur
2 tbsp cili kering kisar
Minyak untuk menumis
Air secukupnya untuk merebus

Bahan² A

2 tbsp sos tiram
2 tbsp sos cili
2 tbsp kicap pekat 
1 tsp kicap cair 
2 tsp sos ikan
1/2 tsp minyak bijan
1/4 tsp serbuk lada putih
1 tsp perencah pati ayam
Garam jika perlu









Cara²
  1. Rebus ketupat bersama air secukupnya seperti arahan pada bungkusan. Setelah masak sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali / periuk dan tumis bawang putih hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan cili kering kisar dan tumis hingga cili masak.
  4. Masukkan lobak asin dan goreng lagi seketika.
  5. Setelah itu masukkan bahan² A dan gaul rata.
  6. Pecahkan telur satu persatu ( seperti memasak telur udang kering dan klik SINI untuk rujuk step by step ) dan gaul rata.
  7. Masukkan nasi impit / ketupat nasi yang telah dipotong kecil² dan gaul dengan perlahan hingga semua bahan bergaul rata.
  8. Akhir sekali masukkan daun bawang / daun kucai, cili merah serta taugeh dan gaul.
  9. Angkat dan hidang.

35 comments:

  1. moning nieza cyg
    alaahahhhaaii..sedapnya..seminggu sekali mmg akk rajin beli lontong kering nie tau..akk panggil lontong kering..sama jew n nasi impit..tp akk agak malas nk buat sendiri..h ehhee biasalh kan sedia maklum..:)makankn utk akk skali yer. nyummnyumm:)

    ReplyDelete
  2. salam nieza. Datang sini belum breakfast lagi ni. Laparrr nengok nasik impit tu.

    ReplyDelete
  3. Aslmkum Nieza.
    Biasa buat lontong goreng ni time raya ja. Tu pun sbb ada baki nasi impit. Heeee.. . Iskh! Lapo la pulak. Mmg cari nahas la pi masuk dapo org subuh2 ni. Hihihiiiii

    ReplyDelete
  4. waaahhh sedaappnyaaa.. yang ni versi aada telur yee.. mana2 pun sedap la kan. yng penting kaalau ada sayur2 tu lagi sedap la sebab krup krap lawan ngan nasi impit yng lembut tuu :-)

    ReplyDelete
  5. Salam kak nieza! nasi himpit kita tggl sebungkus ajerr hihihi... sayang betul nak guna sbb balik masa raya nanti, kalau nak buat sendirik pulak pemalas jgn citer mmg melampau lampau pemalasnyer :D

    ReplyDelete
  6. kena cuba ni
    akak x pernah buat
    lain kali kalau ada nasi impit lebih,
    boleh try

    ReplyDelete
  7. salam Nieza,
    Menu lengkap secukup rasa, dah rasa keenaknnya kat mulut nie..
    Akak menjawab pertanyaan Nieza, akak 77 beza sikit je dengan Nieza.akak pun kekadang keliru umur2 blogger ni..hehee.ye lah,tak bernah bersua mukakan..kekadang ada naluri nk panggil "kakak", tulis je kan panggilan tu..takpelah..akk o.k je..

    ReplyDelete
  8. Salam nieza,
    walhal nasi impit je kan..tapi menyelerakan sungguh pada mata saya...memasak dengan naluri tu kan...:)

    ReplyDelete
  9. salam Nieza,akak belum pernah buat cengini,mesti sedap kan tak lah rasa kosong snagat nasi impit tu kan mesti kena cuba ni..

    ReplyDelete
  10. Apa kurangnya akak Nieza, jakun bukan main masa ternampak resipi nasi impit goreng kat myresipi dulu. Tapi setengah orang taknak cuba rasa dan dah anggap tak sedap. Akak suka cuma jarang buat.

    ReplyDelete
  11. Salam nieza...nasi impit goreng????.Tak terfikir lak....mesti sedapkan,ada udang,telur,lobak masin...hiss...sedap....

    ReplyDelete
  12. first time tengok tak pernah buat laei ni..hehe..
    mesti sedap kan...kalau dpt foc lg best...hihi.

    ReplyDelete
  13. perhhh....mengancam tengok nasi impit akak tu..
    sepinggannnnnnnn........

    ReplyDelete
  14. salam nieza..memang kegemaran acik ni..selalu buat tapi cara lain sikit..tk letk sos tiram.

    ReplyDelete
  15. SAlam dear... wahhhhhhhhhhhhh dah lama hampir 4 tahun tak merasa lontong goreng macam ni... sedapnya.. lembut aje bila masuk ke dalam mulut.. *sambil lap mulut dengan tisu* kecur sudah ni heheeh

    ReplyDelete
  16. wah nmpk sedapnye...betul2 myelerakan tgk nasi impit goreng ni...gambo pon cntik...bleh la cuba jugak nti...

    ReplyDelete
  17. sedapnya tngk nasi impit goreng Nieza ni, sesekali buat mcm ni mmng sedapkan..taklah asyik makan dngn rendang jek..tapi akak tak pernah buat plk....leh cuba lenkali..

    ReplyDelete
  18. duh...urut dada cik embun nengok nasi impit tu...ari tu izah tayang2 sambil jilat2 jari urut dada seraun dah cik embun, tp duit tkde nk beli nasik impit..hukhuk..so lupakan jap hasrat...ni mai pulekkk kt sini...desss!!!

    ReplyDelete
  19. kak nieza.. seronok je bila bayangkan masak ramai2 utk function tu. windu zaman2 duk obersea.. ni tgh merepek kat hasben tun suruh dia sambung study (tun dh malas), blh duk oversea lg 4-5tahun. haha...
    nasi himpit goreng mmg sedap! kalau lepas raya tu, biasa goreng nasi himpit, sbb nk habiskan nasi himpit yg duk dlm peti ais tu kan. kalau wat lontong goreng pun sedap.

    ReplyDelete
  20. selalu nasi impit makan dengan kuah kacang...hari ni special terus digoreng..tentu sedap..mieza tak pernah makan ataupun masak..tapi mieza yakin sedap dan ada kelainan..nnt nak cuba juga...songlap resepi dari finland lagi hahaha

    ReplyDelete
  21. pasal ape nampak cantik sangat gamba ni kak!

    haih!

    ReplyDelete
  22. sedap nampaknya... selalu amat tengok blogger masak nasi impit goreng, teringin nak cuba... tapi belum pernah terbuat lagi... Mesti cuba satu hari nanti...

    ReplyDelete
  23. tak pernah cuba lagi nasi impit goreng neh.. bungkus nasi impit ni ada dalam peti dah lama dok bertapa.. hihi.. dah blh ada datang seru nak wat ni :)) cam sedap je

    ReplyDelete
  24. Waduh Nieza! Walaupun tak pernah buat nasi himpit goreng tapi macam terasalah kesedapannya menu ini.... bilalah nak buatnya ni, terliur2 tengok...

    ReplyDelete
  25. Salam Nieza,
    Fuh....kalau dah bersalut macam2, mesti rasanya berganda2 enaknya .....Bak mai sepinggan akak nak rasa....

    ReplyDelete
  26. Nieza,
    akak suka makan nasi impit gini..sedapnya tengok bahan2 nieza letak..menyelerakan jadinyer..akak selalu buat simple aje..ada masa leh try versi nie pulak

    ReplyDelete
  27. Salam kak nieza...mesti seronok kan dapat gather2 nanti.. =) btw, nasi impit tu macam best je tu...tambah2 ada selit2 seafood macam tu...

    ReplyDelete
  28. aslmkum nieza.. klau ada lebihan nasi impit selalu jugak akk buat.. mmg sedap nasi impit buat camni.. hendak2 time raya tu.. smpai tak termakan... klau buat camni laju jer mkn..

    ReplyDelete
  29. macam carrot cake (chinese style) yg pernah makan kat vietnam dulu...

    sedapnya ni nieza...!!!

    ReplyDelete
  30. Assallamualaikum Nieza..

    waaaa terliur tgk petang2 menu ni.. Dah lah perut mmg bekeroncong.. Sabo..sabo..kejap lagi dah nak buka dah...huhuhuuu..

    ReplyDelete
  31. Salam kenal Niezza.
    Sedapnya Niezza....saya belum pernah makan lagi nasi impit goreng udang ni.Nanti bolehlah saya cuba resepi ni.Tq berkongsi resepi.

    ReplyDelete
  32. Nieza, kesian kak gee tercicir ketapi... tp k.gee terlior tgk nasi impit goreng tu...huuuu nak jugak!!

    ReplyDelete
  33. Salam Nieza.akakpun sibuk beberapa hari ni mcm2 xtvt...ni baru dpt singgah blog Nieza.belum pernah masak nasi impit goreng....nampak Nieza hidangkan sedapnya.kat tempat akak biasa bagi2 berapa biji seorg kena buat kuih,pastu kumpul masa majlis tp gotong royang buat kuih....tentu seronok sambil buat sambil sembang.

    ReplyDelete
  34. salam kak nieza,lama tak BW...nasi impit goreng ni mmg sedap.dah lama dilla tak buat..dari dilla kecil arwah abah buat.. kalau hari raya tak berabis ketupatnya for sure dia goreng.sedapppppp!!!!!

    ReplyDelete
  35. salam niza, tulah dah tgk byk kali izah buat nasi impit goreng ni, ingat nak buat tapi takde stok nasi impit lah pulak

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers