30 Apr 2012

Orange Cake With Buttercream Icing


Assalammualaikum semua
Bertemu kembali di hari isnin dan minggu yang baru setelah 2-3hari blog ni sepi jer tanpa berupdate. Biasa kalau cuti weekend memang tuan blog pun bz dgn aktiviti luar jer . Memang tak sempat nak update blog pun. Masuk bulan mei ni nampaknya aktiviti setiap hari sabtu dah penuh jer. Macam-macam aktivti yang telah dirancang bersedia utk dijalankan.

Oklah nak ceter pasal kek yang saya buat masa last week lagi...kek pun dah abis saya bawakan masa meeting dengan persatuan ladies kat sini hari tu lagi. Kalau nak makan sendiri memang tak boleh abisla jawabnya. Actually, bukan nak makan sangat pun tapi cuma suka-suka nak buat jer. Buat kek ni pun tak ada bersempena apa pun cuma,  tangan keras ni gatal nak main deco-deco lagi...:D

Bila dah start main deco-deco kek ni terasa mcm best pula. Buat pertama kalinya juga saya cuba buat basketweave decorating teknik ni. Actually dah lama teringin nak cuba buat cuma tak berkesempatan jer. Bila dah ada peluang barulah dapat mencuba. Bagi saya yang masih baru-baru nak belajar main deco dan aising ni rasanya memang kena carikan masa yang betul-betul free la sebab semuanya belajar sendiri jer. Hanya buat rujukan dengan berpandukan pada youtube dan buku jer la. Lain sangat kalau kita dapat peluang belajar dengan guru kan. So...main belasah jer lah dulu. Abaikan rupa kek yang tak lawa ni yer.

 Resepi kek oren ni dah lama saya simpan masa zaman saya tak ada blog dulu lagi. Rasanya dapat dari seorang kawan jugalah tapi saya telah edit dan tambah sedikit adunannya sebab resepi asalnya cuma 1 adunan saja. Resepi buttercream icing pula saya cuba resepi yang Anna Qawina kongsikan dulu yang menurutnya resepi dari sedaranya kak Rokiah. Menarik juga aising ni sebab tak berapa manis sangat. Terima kasih pada tuan empunya resepi asal dan anna yang berkongsi resepi buttercream icing kek ni..izinkan saya kongsikan disini pula.


Sumber: http: //Nurniezza.blogspot.com
Resepi Kek Oren
Bahan-bahan Kek
310  gm butter dicairkan

6 biji telur 
3 s/b parutan kulit oren jus oren (boleh lebihkan dalam 1 biji pun ok)
1 1/2 cawan gula kastor (boleh kurangkan jika tak suka manis)
2 cawan tepung kek naik sendiri

esen vanilla/ esen oren
2s/b jus oren
(saya gunakan 1 sudu mkn orange juice concentrate SUNQUICK
yang biasa digunakan utk membuat air kordial  jus)



Cara membuat
1. Panaskan oven pada suhu 170'C . Pukul telur sehingga kembang
2. Kemudian masukkan orange juice dan parutan kulit limau kedalam adunan telur dan kacau rata. 
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan pukulkan dengan kelajuan rendah.
4. Kemudian tinggikan kelajuan selama 5 minit atau sehingga adunan gebu atau putih.
5. Tuangkan aduanan dalam acuan beralas kertas minyak.
6. Bakar dalam oven selama 45 minit pada suhu 170'C sehingga kek masak.
7. Biarkan kek sejuk baru keluarkan dari acuan.
8. Hiaskan kek dengan aising yang disukai. 

Nieza gunakan buttercream aising dan curahkan sedikit kordial sunkist diatas bahagian tgh kek.


RESEPI KRIM MENTEGA@ BUTTERCREAM ICING
RESEPI : Kak Rokiah

Sumber: Anna Qawina
Bahan-Bahan :
  • 150 grm gula icing (ayak)
  • 150 grm lemak sayuran (shortening)
  • 150 grm mentega
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar susu segar
  • 1s/b jus oren (nieza tambah)
Cara-cara :
1. Satukan shortening dalam mixer dan pukul shortening hingga kembang. Masukkan butter dan pukul lagi sampai kembang. masukkan esen vanilla. putar dengan kelajuan perlahan.
2. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit sampai abis dan pukul lagi sampai gebu. Kemudian masukkan susu segar tadi. Pukul lagi sampai gebu dan putih. Ini akan ambil masa sedikit untuk mendapatkan icing yang gebu tapi halus teksturnya. 
3. Bila icing dah gebu bolehlah diwarnakan mengikut warna yang disukai.


37 comments:

  1. wow...caler kuning..ok per cantik anyaman icing tu..rajin .. bau oren paling akak suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru jer belajar-belajar menganyam bakul icing tu kak Naz..hehe

      Delete
  2. salam nieza...aduh tak tahannya tgk kek oren tu...terbau2 wangi orenn....tinggalkn sepotong ye..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam ummiaisyah, alahai nak tinggal pun dah tak ada lah..dah abis:)

      Delete
  3. salam kak nieza...dapnyee nmpk..tp kte kompem xle nk buat versi oren...en somi xmkn oren..uwaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam saba, boleh jer tukar dengan kek buah lain kalau suka.akak memang suka oren.

      Delete
  4. Cantiknya, mcmna buat tu..huhu..tp kita suks je main icing cuma mkn tu x gemar sgt, ank2 sibuk dok colet dgn jari..hee .
    T.kasih sudi cuba rsp ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq anna, betul kan kalau dah start main rasa mcm nak main selalu jer icing tu kan tapi kalau ada org nak mkn bestla nak buat tu.

      Delete
  5. suke2..hihiii, lyn pon suka kek oren, lg terasa sdap bla guna sunquick kan:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu lyn kalau bubuh sunquick tu harum jer bau dia..:)

      Delete
  6. assalamualaikum nieza, cantik la kaler icing yg oren tu. kek oren mmg favourite!

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak mala, tq kak..masih belum memuaskan hati lagi kalau tgk dr hasilnya ni.kena cuba lagi nanti. samalah kita.. saya pun suka oren:)

      Delete
  7. Aslmkm Nieza.
    Dah tahap pro la tu. Cantikkkk. . Cer klu sue tu. Janji kek balut butter cream jd la jwbnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam sue, mana ada pro lagi sue...tgn pun dok keras lagi nk deco tu.baru jer nak belajarx2 ni:)

      Delete
  8. wah mesti sedap kek ni kan...huhu
    tetiba teringin nak mkn kek carrot..nieza pandai wat tak..maybe blh sharing resipi kt sini...hehe

    ReplyDelete
  9. sangat menarik! tula...kita pun buat kek jugak, tapi bukan untuk sendiri makan. saje gatal2 tangan nak try buat kek. pastu diet pun melambung ntah ke mana dah.

    ReplyDelete
  10. dah lama dok nak buat dan nak makan kek oren, mesti sedap dengan masam manisnya tu... nanti boleh cuba jugak ni...

    ** ketagih mendeco ya? belajar sikit2 lama2 mesti expert lah.. :)

    ReplyDelete
  11. salam Nieza tak pernah buat kek oren gini selalu kek cekelattttttt je yg anak2 suka nnt lah beralih arah ke oren pulak mana tau dpt sambutan kan..

    ReplyDelete
  12. Nieza,

    cantik kaler orennya... soft aje... keknya nampak gebusss bangat tu.... tinggalkan sepotomng utk kak ogy ya..

    ReplyDelete
  13. Nampak gebus dan menyelerakan hiasan atas ek tuu.. boleh habis ke kek tu nieza?meh pos barang sepotong 2 ke sini.. dah terer deko2 nampak gaya tu.. kite x pnh cuba lagi basketwave tu..jenis x penyabo gamaknya..ahak

    ReplyDelete
  14. pandainya nieza decor kek ni
    kalau akak yg buat sure comot semua

    ReplyDelete
  15. kak nieza.. cantik sgt kek tuuu.. gebu pulak tu.. terliur nk buat kek. tp tgh diet skrg nih. huhu

    ReplyDelete
  16. salam nieza...cantik deko kek tu, menarik..

    ReplyDelete
  17. yumm yummmm.. macam dapat rasa je Kek Oren kt tekak ni... cantik pulak tu..

    ReplyDelete
  18. Salam Yong Nieza,
    Mesti rasa dan bau wangi oren.
    Btw, bila akak boleh pos sagujantung pd Nieza? Sekarang boleh atau tunggu Nieza balik Malaya?

    ReplyDelete
  19. SAlam dear... OREN my FAV especially bila dah jadi kek.. nak nak kek yang macam di atas tu... dengan toppingnya yang mengancam! memang sambil tengok ni terasa terancam naa hehhehehe... muahzzz

    ReplyDelete
  20. pandai akak mendeko..jadi je tu. =)

    ReplyDelete
  21. Assllamualaikum Nieza..

    Winduuuu kat awak.. Busy jer yer di hujung minggu.. Jeles ai tau!

    Cantik deco kek.. Menggiurkan kek tu..

    ReplyDelete
  22. salam..
    wowww!! cantik kelaerr dia,dah lama tak makan kek rasa oren, rindu pulak..

    ReplyDelete
  23. cantiknya nieza.. mjadi anyaman tu.. akk mmg tak berani main2 icing ni..

    ReplyDelete
  24. Salam nieza...usaha tangga kejayaan....cantiklah tu...chee..wahh....

    ReplyDelete
  25. nieza, assalamualaikum. Cantik kek nieza. Nampak lembut pula tu..

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum Nieza,
    cantiklah kek yg Nieza buat, kira ok sangatlah tu...akak je tak reti nak wat mcm tu...kalau buat main gondol je..sbb anak2 tak sabar nak makan....he3..

    ReplyDelete
  27. Hi dear..


    org malas macam akak ni kan bufday anak semalam main beli je kat Secret Recipe..hee

    ReplyDelete
  28. sedapnye nieza....saya suka sgt2 kek oren, lebih2 lg ada filling oren...makan mmg tak hingatttt

    ReplyDelete
  29. Salam Kak Nieza,
    mengancam kek oren ni...ada cantek deco dia..adoii..tergodanya gue..

    ReplyDelete
  30. salam niza, cantiknya kek, saya tak lepas lagi bab2 deco ni hehe, frosting pun hb yg tolong lepakan, wah pecah rahsia hehe

    nampak menarik orange cake, tapi tak penah lg buat kek guna buttercream, nanti boleh lah try

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers