5 Dec 2011

Aktiviti dihujung minggu

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Dah lama juga saya tak share aktiviti saya kat Finland ni. Actually mcm-mcm aktiviti ada cuma saya yang malas nak edit pic dan n3..kena tunggu angin rajin baru boleh tgk  semua pic yg diambil tu coz byk sgt gambar yg diambil sampai tak tau nk masuk yg mana. Gambar masa last summer pun byk lagi  lum n3. Bila dah sibuk-sibuk ceter pasal n3 masak jer saya pun dah terlupa tapi akan diusahakan juga bila ada kesempatan nanti. InsyaAllah.

Sekadar untuk simpanan kenangan dan juga rujukan pada org baru yg akan gantikan kami bila kami dah tinggalkan bumi Finland ni. So...diharap segala perkongsian maklumat dan gambar ni dapatlah juga serba sedikit membantu mereka nanti.  Memang agak sukar bila kita bekerja berpindah randah ke sesuatu tempat yg belum pernah kita kunjungi. Memerlukan masa juga utk sesuaikan diri tapi bila ada petunjuk insyaAllah kehidupan akan dipermudahkan...so..sama-sama berkongsi maklumat dan pengalaman.


Kali ni saya nak ceter pasal restaurant Malaysia yang baru dibuka di Helsinki, Finland ni yang dinamakan Restaurant Serai. Owner restaurant adalah warganegara  Malaysia yang sudah melebihi 20thn menetap di Finland ni. Beliau telah menjemput semua staff Malaysia Embassy termasuk suami isteri ke majlis makan malam di restaurant ni. Restaurant yang telah mula beroperasi awal bulan Disember 2011 ni terletak tak jauh pun dari Malaysia Embassy kira boleh berjalan kaki sajalah dari ofis ke sana. Pelbagai juadah makanan disediakan disini termasuk juga menu makanan Malaysia. 



 suasana ditingkat atas di dalam restaurant 



 gambar sebelum makan...masa mkn tak ingat pun nak snap pic makanan...dah abis baru teringat:D


 suasana di tingkat bawah restaurant


dah abis..semua bersiap untuk balik.

 ni pula gambar semasa saya tgk opera kat Finland ni....gambar bulan lepas ..masa ni, saya join delegasi MARA dari Malaysia ke sini iaitu lawatan Dato Seri Idris Jusoh dan pegawai MARA. Lawatan rasmi ke sini adalah untuk melawat Universiti Finland kat sini yang mana Finland ni adalah salah satu antara  tempat pengajian yang terbaik didunia. So....sebelum diorang  balik ke Malaysia ada masa free sikit pada malam tu dan bolehlah tgk opera ni. 

Actually sejak dok sini saya pun tak pernah tgk opera ni, bila suami ckp Dato Seri bg tau suruh saya join sekali saya pun join jugalah coz kalau saja-saja nak masuk tgk opera ni tak masukla kot rasanya. Bila ada peluang orang belanja ni elok la gunakan coz nak masuk sini kena bayar dan bayaran adalah mengikut seat yg kita duduk ni. Kira lain-lain harga la.


Opera ni adalah salah satu daripada aktiviti untuk para pelancong juga. Menarik juga tayangan opera ni sebenarnya mcm tayangan teater la tapi bezanya lakonan yg di tayangkan tanpa suara cuma ada muzik dan gerak geri org saja. Lakonan yang dipersembahkan byk juga menunjukkan sejarah lama dan pakaian pun mcm pakainan tradisional org dulu kala.  Masa tayangan opera ni tak dibenarkan ambil gambar so...bila time rehat 15 minit org semua keluar berehat kat luar saya ambik la suasana dalam opera ni. Tayangannya lama juga hampir 2 jam juga dan diberikan rehat 15 minit setiap 3o minit tayangan.



Saya dan mr.hubby  bergambar kenangan bersama Dato Seri Idris Jusoh dan Dr. Umi iaitu pegawai MARA yang dtng dgn delegasi yg lain. Gambar ni diambil selepas abis tayangan opera. 2 org lagi pegawai dah ada kat luar.


 ni pula suasana di malam hari di bandar Helsinki. Gambar ni saya snap minggu lepas masa blk dinner...memang meriah dgn lampu yang warna warni ni...ginilah suasana bila nak dekat christmas kat sini. sebulan sebelum perayaan diorang dah pasang lampu ni.




 nampak jalan basah coz time ni hujan renyai-renyai.







 Pasaraya besar Stockmann ni terletak berhadapan dengan World Trade Center iaitu ofis tempat mr.hubby keje..disini jugalah tempat saya melepak bila saya keluar dan bila ada aktiviti  diluar. Sementara nk tunggu mr.hubby abis keja tu saya selalula singgah window shopping kat sini.Habis semua tempat dalam ni saya dah explore..:D


suasana dalam shopping mall kat Sello, Espoo

sekian dulu cerita untuk kali ni...bersambung lagi pada cerita dan aktiviti yang lain pula nanti..salam buat semua:D

2 Dec 2011

Siakap Bakar Tomyam

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. 
Menu berbuka puasa  tadi layan lauk ikan siakap bakar tomyam jer la. Ramai dah yang cuba buat resepi  daripada kak Hanieliza ni dan saya pun dah pernah buat resepi ni pada ayam dulu boleh rujuk  disini


So...kali ni saya cuba buat lagi resepi ni dengan menggunakan ikan siakap pula...dan memang sedapla. Harum wangi daun limau purut tu memang membuka selera.


Terima kasih pada tuan empunya resepi  Chef Hanieliza. Dah ramai dah yang cuba buat resepi ni  ..boleh juga tengok  kat dapur Mask.ZaiNoorsha, Kak NorKak Ummi KuantanKak Yatie dan last sekali saya nampak kat dapur  Kak DayangJack. Maafla kalau ada lagi yang dah buat tapi saya terlepas pandang. Terima pada semua yang telah berkongsi resepi ni dan izinkan saya berkongsi disini pula.


Resepi : Chef Hanieliza

Bahan A :
1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan)
2 sudu besar pes tomyam
5 helai daun limau purut 
1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
1 biji tomato (potong 6)
Aluminium foil


Bahan B : 
2 tangkai cili merah
5 biji cili api - nak pedas letak lebih
3 batang serai
1/2 inci halia (resepi asal tak ada tapi nieza tambah)
1 inci lengkuas (resepi asal tak ada tapi nieza tambah)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit gula dan fish sos


Cara membuatnya :
  1. Gaulkan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin.
  2. Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.
  3. Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit atau sehingga masak.. Boleh juga di bakar di dlm oven.
  4. Perahkan limau semasa menghidang.


1 Dec 2011

Hokkaido Milky Loaf 2


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua
Percubaan kali ke-2 buat roti Hokkaido ni...masih menggunakan resepi yang sama cuma kali ni saya buat versi marble pandan dan marble coklat. Boleh juga rujuk disini untuk melihat roti yang saya buat dulu tu. Kali ni, saya cuma gunakan sedikit pandan emulco dan coklat emulco saja. Kemudian saya bentukkannya menjadi bentuk tocang. Memang suka sgt dgn adunan doh yang menggunakan whipping cream ni.

Actually, buat roti ni masa adik-adik UITM dtng umah hari tu....buat sarapan pagi utk diorang. Sukala diorang tgk saya buat roti sendiri ni sebab kalau dok Malaysia diorang selalu mkn roti yang dibeli jer. 

doh ni dah naik tinggi sebelum dibakar

Source: Angie's Recipes & WendyK.Nor 
Makes: One 5X5X13 inch pullman tin, without lid

540 gm Bread flour 

60 gm Cake flour 

10 gm instant yeast 

30 gm Milk powder 
80 gm Sugar 
9 gm Salt 
1 large Egg 
250 gm Fresh milk 
150 gm Whipping cream

 dah siap dibakar

1. Mix everything together and mix until a dough forms.
2. Knead on speed 4 (Kitchen Aid) for 20 minutes until a smooth, glossy and elastic (It will pass the window pane test)
dough is achieved. 
3. Cover and let dough proof for 1 hour or until doubled.
4. Punch down and separate dough into 4 pieces. Make them round and let them rest for 10-20 minutes.
5. Roll out dough (like a longish oval) and roll up (like making swiss roll) and place them into a greased pullman tin.
6. Let dough rise until 2/3 full. Preheat oven. Brush on egg wash if preferred.
7. Bake for 40 minutes or until pan sounds hollow when tapped.

hasilnya memang terbaik...selamat mencuba:D

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers