17 Jul 2011

Heart Shape Pide with cajun


Assalammualaikum dan salam di hari minggu buat semua. Semalam agak sibuk sikit dan tak adalah n3. Biasa di hari weekend ni saya jarang dapat online coz ada jer aktiviti  luar rumah tapi hari ni mr.hubby pergi memancing saya malas nak ikut. Baik dok umah boleh golek-golek...:D Tapi ptg nanti nak keluar juga merayau-rayau kejap...mana boleh lepak umah jer kena keluar ambil  angin luar sama.


Oklah berbalik pada n3 hari ni ceter pasal roti lap u lap me bercajun pula. Tu dia virus cajun dah semakin merebak ke sini dah....kuat betul penangan cajun yer. Ni gara-gara terguda nengokkan roti yang kak Nor@ secubit garam buat hari tu lah saya pun nk juga mencubanya. tak la susah mana pun boleh rujuk step by step nk buatnya disini. Resepi doh roti ni saya menggunakan resepi doh roti mayonis Kak Yani dan intinya pula menggunakan resepi inti turkish pide. 


Gabungan daripada resepi yang berlainan maka jadilah roti ni dan hasilnya memang sedap dengan roti yg gebus lagi tu. Terima kasih pada semua yang telah berkongsi resepi dan izinkan saya berkongsi disini pula.


Basic dough roti mayonis (Resepi : Kak Yani)
Bahan :
  • 300g tepung roti
  • 110g air
  • 50g water roux
  • 50g mayonis
  • 45g gula
  • 45g marjerin/butter
  • 1 sudu kecil yis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar susu tepung
  • Cara membuatnya :
    1. Masuk semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. Pilih setting doh dan ON.
    2. Keluarkan doh... tumbuk2 utk keluarkan angin.
    3. Bahagikan doh kepada bentuk-bentuk kecik dan mas masukkan inti .
    4. Biar naik 2 kali ganda sebelum dibakar
    5. Bakar dgn suhu 180 degree selama 12-15 minit
WATER ROUX : 
(menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
30gm tepung gandum
150ml air
Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.



INTI PIDE(Dari Turkish Pide)
Bahan Inti pide:
250 g daging cincang
250 g cheese mozarella, dipotong nipis
150 g cheese cheddar, dipotong dadu
2 biji tomato, dipotong dadu
1 biji bawang dpong dadu
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk cayenne
1/2 sudu teh serbuk hot cajun
1 sudu besar minyak zaitun
3 biji telur
daun sup secukupnya, dipotong halus
garam secukup rasa, serbuk perasa jika suka

Cara:
Panaskan minyak didalam kuali.Tumis bawang besar sehingga layu.Masukkan serbuk lada hitam, cayenne,hot cajun, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
Masukkan daging cincang. masak sehingga daging bertukar warna dan masak betul. Angkat dan ketepikan
Didalam mangkuk yang besar,campurkan tomato, daun sup, cheese mozarella dan cheddar dan daging yang telah disejukkan tadi. Gaul rata. Inti pide pun telah siap untuk digunakan.


15 Jul 2011

BAKED SANDWICH


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Salam di hari Jumaat yang mulia...semoga hari ni membawa keberkatan buat kita. Pada yang berpuasa sunat hari ni...selamat berpuasa diucapkan.


Oklah ceter pasal n3 hari ni saya buat baked sandwich ni ptng semalam lagi. Balik jer singgah dapur kak Nor terus ler buat kebetulan bahan semua ada....inti pun guna lebihan turkish pide semalam dan nak buatnya sangatlah senang. Terasa sedap dgn casing roti yg rangup tu buat kita tak jemu mkn dibuatnya. Apapun terima kasih pada kak Madiha & kak Nor kerana berkongsi resepi yang sedap ni..izinkan saya berkongsi disini pula ya.


sumber: Kak Madiha & K.Nor
Bahan Kulit/Casing 
Roti gardenia secukupnya
Bahan-bahan Inti 
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1/2 camca serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
200gm - 300gm isi ayam, dicincang
5 biji cendawan butang (dlm tin) , dipotong halus
1 biji telur
Garam & gula secukup rasa
Cheese secukupnya (MaDiHaA guna mozarella cheese) ~ k.nor guna slice cheese

*** Nieza guna inti Turkish pide resepi disini***


Kaedah penyediaan 
1. Lenyek atau gelek roti hingga nipis masukkan dlm acuan dan buangkan tepi lalu dibakar 7 – 8 minit. boleh rujuk step by step disini
2. Tumiskan bawang-bawang. Masukkan sos tiram. Kacau sebentar dan masukkan lada hitam.
3. Masukkan ayam & cendawan. Tumis sehingga masak. (jika perlu tambahkan sikit air untuk bagi ayam betul2 masak)
4. Pecahkan telur dan kacau-kacau sehingga rata dengan ayam dan cendawan.
5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan sehingga kering.
6. Isikan dalam kulit roti dan taburkan cheese secukupnya. Bakar sebentar sekadar mencairkan cheese.
7. Sedia dihidangkan.. lebih enak dimakan waktu panas2 kerana roti rangup.. jika dibiarkan lama roti sedikit lemau.. tetapi masih enak dimakan




14 Jul 2011

Turkish Pide


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hari ni  jom kita terbang ke Turkey..layan turkish pide la pula. Buat makan bf tadi ni....memang sedapla. Angin cajun dah terbang ke Finland dah ni...haha org jauh pun kena tempias cajun juga tau. 


Actually dah lama tgk resepi ni masa memula tgk kak Ayu tayang dulu lagi. Masa ke Istanbul, Turkey tu merasa juga makan  turkish pide ni disana tapi tak tau pula boleh buat sendiri. Bila tgk Kak Ayu tayang tu dah tau dah memang sedap ni...pastu tgk Ika bangkok, Kak Nor dan last nampak kat dapur zaliedana...sapa lagi yer dh buat?hmmm... maaf yer kalau ada yg saya terlepas pandang lagi. Operasi mencari cajun pun dah berjaya tapi cajun kat sini namanya lain...kat Finland ni diorang lebih kuat bahasa ibundanya iatu bahasa finnish bukan english so....kalau pergi supermarket tu memang kena bawa kamus finnish la kalau nk cari brng. Alhamdulillah dengan bantuan cik google translate tu dapat juga cari cajun tu.


So....terima kasih pada tuan empunya resepi dan semua yang telah berkongsi resepi yang best ni....saya copy resepi drp dapur kak Nor...tq kak. Abaikan rupa sampan yg tak cun tu yer..memang tak tau cara yg betul nak buat tu..saya main belasah jer buat tu...yang penting makan sodap..:D


Resepi :http://resipidiana.blogspot.com
Sumber : Kak NorKak AyuIka dan Zaliedana 
Bahan Doh pide :
  • 480 g tepung roti
  • 375 ml air suam ~ k.nor guna 300ml jer (just nice)
  • 60 ml minyak zaitun
  • 1 sudu besar yis
  • 1 sudu teh garam,
  • secubit gula kastor ~ k.nor letak 2 sudu besar gula castor
Bahan Inti pide :
  • 250 g daging cincang
  • 250 g cheese mozarella, dipotong nipis
  • 150 g cheese cheddar, dipotong dadu
  • 2 biji tomato, dipotong dadu
  • 1 biji bawang dpong dadu
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh serbuk cayenne
  • 1/2 sudu teh serbuk hot cajun
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 3 biji telur
  • daun sup secukupnya, dipotong halus
  • garam secukup rasa, serbuk perasa jika suka
Bahan sapuan pide :
  • 50ml susu segar
  • 1 biji telur


Cara membuat pide :
  1. Larutkan yis dan gula dengan 125ml air suam dan ketepikan pada suhu bilik selama 10 minit sehingga berbuih.
  2. Menggunakan tangan masukkan 90g tepung roti kedalam aduan yis yang telah berbuih tadi dan gaul rata sehingga adunan menjadi adunan yang lembik.Taburkan atas permukaan adunan sengan sedikit tepung roti dan tutup dengan tuala dan biarkan pada suhu bilik selama 30 minit untuk menjadi 'sponge'
  3. Letakkan lebihan tepung(390g) kedalam mangkuk yang besar. Buatkan lubang ditengah dan masukkan adunan'sponge' yang telah diperap tadi, minyak dan juga lebihan air suam(250ml).(D ambil langkah senang masukkan semua dalam breadmachine dan masukkan adunan "sponge'.) Kalau gunakan tangan adunan memang melekit, tapi jangan panik.
  4. Selepas diuli sehingga menjadi doh yang sebati, alihkan adunan roti pide kedalam mangkuk yang telah disapu dengan sedikit minyak zaitun dan tutup dengan tuala dan biarkan ia naik dua kali ganda selama 1 jam.
  5. (*Adunannya memang lembik, uli sampai tak melekat ditangan, dengan adding minyak zaitun and tepung sedikit demi sedikit).
Cara Inti Pide :
  1. Panaskan minyak didalam kuali.Tumis bawang besar sehingga layu.Masukkan serbuk lada hitam, cayenne,hot cajun, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
  2. Masukkan daging cincang. masak sehingga daging bertukar warna dan masak betul. Angkat dan ketepikan
  3. Didalam mangkuk yang besar,campurkan tomato, daun sup, cheese mozarella dan cheddar dan daging yang telah disejukkan tadi. Gaul rata. Inti pide pun telah siap untuk digunakan.
Cara Membuat Pide
  1. Bahagi adunan doh pide kepada 6 bahagian(Boleh adjust nak berapa keping). Canai doh berbentuk lonjong memanjang 35cm x10cm.
  2. Angkat doh pide yang telah dicanaikan dan letakkan diatas loyang yang telah disapukan dengan minyak zaitun atau taburkan tepung.
  3. Taburkan inti pide dibahagian tengah tinggalkan 2cm pada bahagian tepi.Inti pide yang telah ditabur dibahagian tengah dilekukkan sedikit(jadi mudah untuk letak telurnya nanti).
  4. Tepi pide dilipat keatas inti pide sedikit dan tepinya dipusing(twist) sedikit jadi bentuknya macam sampan gitu
  5. Campurkan bahan untuk sapuan pide dan sapu tepi pide.Bakar pide dalam oven pada suhu 180C selama 5-7 minit sehingga doh masak.
  6. Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk dan pecahkan kuningnya.Bila waktu membakar 5-7 minit telah tamat. Keluarkan pide,tuangkan telur yang telah disediakan diatas pide pada bahagian tengah inti dan bakar selama 2-3 minit sehingga telur masak.
  7. Pide pun siap untuk dihidangkan. Enak dimakan panas.

inilah rupa cajun dan cayen di Finland ni..:D

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers