Showing posts with label Pie. Show all posts
Showing posts with label Pie. Show all posts

11 Apr 2012

SHEPHERD'S PIE

 Assalammualaikum dan salam sejahtera
Layan shepherd`s pie ni pula...memang sedapla pie ni. Memang tak rugi kalau nak mencuba. menyesal pulak saya buat setengah adunan saja. Itulah kalau buat semua nampak banyak nanti tak abis pula so..saya buat setengah adunan sajalah...bila mkn sedap sgt terasa mcm tak cukup jer. Tak pe lah nanti boleh buat lagi. Makan pie ni jer dah kenyang sampai malam tak makan apa dah.

Terima kasih pada tuan empunya resepi asal Chef Hanieliza iaitu dari buku resepi beliau 1 hari 1 resepi. Saya tak ada buku tu tapi resepi ni saya ambil kat dapur kak Yatie dan menurut kak Yatie pula dari kak Ummi. Terima kasih pada chef Hanieliza @ Kak Liza, Kak Yatie, kak Ummi dan semua yang telah berkongsi resepi pie yang sedap ni. Izinkan saya berkongsi disini pula ya:D

 
SHEPHERD'S PIE
Resepi: Chef Hanieliza @ Buku 1 Hari 1 Resepi
Sumber: Kak Ummi Kak Yatie
Bahan A (Untuk Inti):-
  • 500 gram daging kisar
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cawan kacang panggang
  • 8 biji cendawan butang (dibelah 4)
  • 5 biji tomato masak (dipotong dadu)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • 1 pokok daun parsli (dicincang) 
  • 1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 kiub stok daging
  • 2 sudu makan minyak masak/minyak zaitun
  • Garam secukup rasa
Cara Memasak Inti:-
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
  3. Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
  4. Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
  5. Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
  6. Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula...



Bahan B (Untuk Pai):-

  • 1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • Air untuk merebus kentang secukupnya

Cara Menyediakan Pai:-

  1. Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
  2. Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
  3. Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
  4. Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil
  5. Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula. 
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (akak set oven 190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
  7. Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu.


Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers