26 Dec 2010

Salmon Goreng Pedas


Hari ni masak simple-simple jer coz lunch tadi ada jemputan mkn-mkn kat umah jiran tetangga kat sini sempena chrismas day....dah ada jemputan kena juga lah pergi kan walaupun berat sgt ati nk pergi...bkn apa risau pasal bab mkn jer la.....tapi alhamdulillah diorang ni faham agama islam so...diorang taula apa yg kita boleh mkn dan tak boleh mkn.

Diorang msk ikan salmon, ikan panggang, ubi kentang, roti ,salad dan finnish traditional food yg dibuat drp carrot dan potato jer...dan tak ada hidangan air arak. Setiap menu mkn tu dimaklumkan dulu bahan yg digunakan dan dimasak. Memang rasa terharu juga diatas semangat kejiranan yg diorang tunjukkan....bkn setakat jemput mkn saja tapi kasi hadiah lagi.....dan itulah budaya mereka.


Actually sebelum pergi tadi dah isikan perut mkn kat umah dulu dah ...nanti tak ada lah lapar sgt dan mkn tak ada lah nk mkn byk2 kan... So....saya msk salmon goreng pedas jer lah hari ni..nk abiskan stok ikan salmon yg berbaki hari tu. 
Sedap juga bila salmon ni di goreng dan dilumur dgn cili ni....bahan dan cara msk pun simple jer...maybe ramai yg dah tau kan....coz senang sgt nk buatnya.


Source: Nurniezza.blogspot.com
Bahan-bahan
4 ketul ikan salmon / nak gunakan ikan lain pun boleh juga.
3 ulas cili merah dikisar
4 biji cili padi dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 biji bawang besar dikisar
1 biji tomato dikisar
sedikit air asam jawa
1 s/k serbuk kunyit
garam secukup rasa
1 biji bawang besar di hiris bulat

Cara memasaknya
1. Lumurkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit hingga rata.
2. Panaskan minya dan gorengkan sehingga garing...dan ketepikan.
3. Di dalam kuali lain, tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga garing dan masukkan sedikit air asam jawa.
4. Biarkan kuah agak pekat 
5. Tuangkan sambal di atas ikan goreng tadi , masukkan bawang besar yg dipotong bulat dan sedia utk dihidang.

5 comments:

  1. amboi Nieza..sedapnyer..terliur..tak mengerlip mata tengok salmon goreng pedas tu...agaknya kat sana senang dpt salmon kan..kat sini kalau ada bajet lebih barulah dpt merasa..untung nya duk sana..

    ReplyDelete
  2. wahhh macam2 menu salmon... kretip la za! suker pulak haku nengoknyer.. tak la boring adik grill ajer.. thanx za...

    ReplyDelete
  3. Akma, ala goreng simple jer tu Akma....kat sini memang senang sgtlah sebab ikan ni jer yg byk...dan harganya memang murahlah kalau nk compare dkt M'sia tu...tapi kalau dah selalu sgt mkn rasa jemu juga.

    ReplyDelete
  4. hana:
    tak adala kreatif sgt pun msk yg simple2 jer ni...tak ada byk pilihan ikan ler kat sini...yg fresh pun dok nampak salmon jer...kekadang bosan juga kan kalau nk grill jer ...kita masak ikut selera tekak org melayu la pula...tryla hana mcm2 lh msk ngan salmon ni.

    ReplyDelete
  5. kat mesia nak makan ikan salmon..isk.isk.isk.tengok rege RM pun seriau.

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers