10 Nov 2010

Ayam Masak Ros

Hari ni masak lauk ala-ala kenduri gitew...haha kalau kat kampung mkn nasi kenduri ayam masak ros ni memang marvelleous...org mkn ngan nasi minyak tapi saya makan ngan nasi hujan panas....actually mana-mana nasi pun boleh.
ok ceta pasal resepi ni pula saya dapat drp chef Faizal yg banyak pengalaman dlm dunia msk memasak ni...chef Faizal ni husband kepada kawan saya yang tinggal jauh di Penang...Penang Mali punya resepi ni....tqvm to chef Faizal n wifenya Reen diatas resepi yg sedap ni....minta izin share resepi yer.

1 ekor Ayam - potong empat belas( saya gunakan 1/2 ekor ayam jer)
Bahan
3 biji bawang besar - hiris nipis
7 biji bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
10 biji buah pelaga
7 biji bunga cengkih
3 helai daun pandan
minyak sapi 1/4 cawan ni saya gantikan dgn marjerin
minyak masak 1/2 cawan

Bahan B ( kisar sampai halus dengan 1 setengah cwn air)
3 biji bawang besar
setengah labu bawang putih
6 biji buah keras
1 inci halia 
1 inci lengkuas
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu sederhana jintan putih

Bahan C
Cili kering 10 tangkai (rendam dan kisar)
Cili merah 6 biji buang biji - kisar sekali pun takpa

Bahan D
Tomato pes kimball - 2 sudu besar
dan susu cair 1/2 tin

Cara memasak
1) Lumur ayam dengan sedikit kunyit dan garam dan goreng hingga masak
2) Tumis bahan A, hingga naik wangi, sampai bawang nampak bersinar.
3) Masukkan bahan B dan tumis hingga air sedikit kering.
4) Masukkan bahan C, tumis hingga keluar sedikit minyak
5) Setelah itu masukkan tomato pes, kacau 1 minit , masukkan perasa seperti garam, gula secukup rasa.
6) Masukkan Ayam dan golek golek kan , setalah itu masukkan susu cair, kacau dan tutup api .

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers