Home

20 Jun 2011

7 Tahun dah masa berlalu....



18 Rejab 1425H (Jumaat) - 18 Rejab 1432H (Isnin) pada hari ni genaplah 7 tahun pemergian ayahda tersayang saya ke rahmatullah. Perginya yang tak akan kembali lagi..dan rindu dihati ini hanya Allah saja yang mengetahui.  Arwah abah pergi disaat saya masih memerlukan perhatiannya kerana pada masa itu saya baru saja tamat latihan kejururawatan dan masih belum bekerja dan berkahwin. Tapi Allah lebih sayangkan arwah dan arwah pergi mengadap ilahi akibat serangan angin ahmar. Saya terima dan redha kerana itu adalah janji Allah pada setiap yang hidup pasti akan mati. Semoga roh arwah tenang disana dan ditempatkan dikalangan para solihin..insyaAllah.


Walaupun sudah 7thn masa berlalu tapi ingatan mesra pada arwah tetap berkekalan selamanya dihati saya. Setiap kali lepas solat saya akan sedekahkan al-fatihah dan tak lupa juga bacaan yasin pada setiap malam Jumaat. Selagi hayat dikandung badan selagi itulah saya akan berdoa  pada arwah...hanya itu saja yang mampu saya buat setelah arwah tiada.  Syukur Alhamdulillah semasa di tanah suci Mekah hari tu sempat juga saya buatkan ibadat umrah untuk arwah...mudah-mudahan segala amalan ikhlas dan doa saya buat arwah diterima Allah swt..amin.

2 comments:

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)