8 Dec 2011

Irish Lamb Stew


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua
Alhamdulillah dah selamat dah cuci gigi ptng tadi... bila baca pengalaman kawan-kawan di kotak komen spaghetti tu buatkan saya tersenyum sorang-sorang pula kat sini. Actually memang saya takut nak jumpa doctor gigi sejak dulu lagi tapi kena pergi juga walaupun tak la setiap thn. Cuma kat Finland ni pengalaman pertama la sejak dok sini. Last year dah nk buat tapi tertangguh jer.


Sejak mr.hubby buat appoinment hari tu..banyak kali ckp kat mr.hubby minta dia postponed kan dulu tapi dia ckp tak boleh dah nanti kena bayar sendiri...alahai sabar jer la kecut perut juga memikirkannya...haha tapi  jangan ingat saya sorang jer yg takut tau..ada ramai lagi diluar sana yg takut juga tu...hehe  tak ada apa la cuma ngilu jer tapi bila tgk alatan yg tajam tu jer yg takut.


Cuma nak berkongsi pengalaman jer ni...cuci gigi kat Finland ni memangla mahal sekali pergi jer dah kena euro140..kalau RM brapa kira lah yer. Nasib baik we all tak kena bayar sendiri....sebab semua ditanggung kerajaan. Tapi kalau dok Malaysia pun free juga kalau pi klinik goverment kan.


Oklah berbalik pada n3 ni pula yer...Menu makan malam tadi layan lamb stew ni  jer la..kalau makan ngan roti lagi sedap ni. Terima kasih pada kak Maz kerana berkongsi resepi stew yang sedap ni..izinkan saya berkongsi disini pula yer:D

Irish Lamb Stew 
Bahan-bahan
  • 500g daging kambingg tanpa tulang (segar) - potong kiub saiz sederhana
  • ½ labu bawang besar – didadu
  • 1 ulas bawang putih – dicincang
  • 1 batang lobak merah – kerat saiz sederhana
  • 5-6 biji cendawan butang segar – belah dua (optional)
  • 1 biji ubi kentang – potong saiz sederhana
  • 1 kuib stok daging
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar mentega
  • 1/4  sudu kecil serbuk paprika
  • 1/4 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
  • sedikit kicap manis - nak bagi warna kuah gelap sikit
  • minyak zaitun secukupnya
  • air secukupnya (dlm 2-3 cawan)
  • sedikit daun thyme (optional)
  • sedikit garam jika perlu
  • sedikit parsly (optional)




Cara



1. Panaskan oven suhu 170 C.

2. Gaulkan daging dengan sedikit garam, thyme dan 1 sudu besar minyak zaitun. Ketepikan.


3. Panaskan periuk (periuk yang boleh masuk oven terus). Masukkan 2 sudu besar minyak zaitun dan biar minyak panas betul. Kemudian masukkan daging, biar seketika dalam 2-3 minit sehingga daging sedikit perang/garing kemudian balik sebelah lagi. Angkat dan masak sampai habis.

4. Dengan periuk yang sama (goreng daging), paanskan 2 sudu besar minyak zaitun, masukkan bawang besar dan bawang putih. Masak sehingga bawang sedikit layu. Kemudian masukkan mentega dan bila cair masukkan tepung gandum dan kacau sebati guna senduk kayu agar tidak berketul.

5. Masukkan air (agak2 la ye), stok daging, sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram, serbuk paprika dan serbuk jintan putih. Kacau sebati, kemudian masukkan lobak merah, ubi kentang dan cendawan. Masukkan daging dan padamkan api.

6. Tutup periuk dan masukkan dlm oven dan masak selama 1 1/2 jam atau sehingga daging lembuk/empuk. Setelah 1 jam dalam oven, balik-balikkan daging, kacau sikit dan boleh la tambah sedikit air jika perlu. Perasa secukup rasa dan biarkan daging masak sepenuhnya.

7. Tabur dengan sedikit parsly dan boleh la dihidang dengan nasi atau roti.



A Gift From Kak Kasih

Assalammualaikum 
Nak ceter pasal hadiah yg saya dapat dari seorang kakak yang dok jauh di Malaysia ni. Kakak yang saya maksudkan ni, hanya mahu dirinya dikenali sebagai Kak Kasih jer dialam maya ni...mungkin ramai dah yang kenal kan. 

Perkenalan tanpa bersua muka dan yang hanya mengenali antara satu sama lain dialam maya saja tapi terasa begitu mesra sekali. Syukur diatas perkenalan dan persahabatan yang dijalinkan ini, semoga akan mengeratkan lagi ukhwah sesama kita InsyaAllah.

Actually hadiah yang diberi ni dikirim pada seorang kakak org Malaysia yang berkahwin dgn org sini dan dah lama tinggal di Finland ni. Kebetulan kakak tu balik bercuti ke Malaysia baru ni dan berjumpa dengan Kak Kasih yang dah lama dikenalinya masa beliau menetap di Malaysia dulu. Ceternya diorang dah lama lost contact tapi itu la kan kalau dah ditakdirkan nak jumpa ke hujung dunia pun akan bertemu juga..small world kan yg jauh kita dapat dekatkan semula. Apapun syukur alhamdulillah bila Allah temukan mereka semula ..saya tumpang gembira juga. 

Jutaan Terima kasih saya ucapkan pada Kak Kasih diatas hadiah yang diberikan ini. Semua barang yang dikirim ni adalah dibeli dari luar negara ni coz kak kasih ni memang suka melancong. Seronok bila tgk banyak juga yang akak kasi ni...amatlah bermakna sekali buat saya. InsyaAllah akan disimpan dengan baik sebagai tanda persahabatan dan kenangan dan N3 ni adalah sebagai tanda menghargai pemberiannya saja.... bukannya ada niat lain pun..hanya simpanan  kenangan buat saya disini saja.

 suka scoop rice ni..comel jer...:D



 fridge magnet ni pula dari Vietnam..cantik...saya memang suka kumpul FM ni.

FM ni pula dari Turkey..cantik juga.

 magnetic memo holder yg menarik

 FM ni dari Japan..cute jer

beg kain  sulaman yang cantik

Tqvm for the Lovely Gift sis....really appreciate!...sayang akak selalu..mmhuahhx3:D

7 Dec 2011

Spaghetti Olio Tuna Pedas

 
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Hari ni layan spaghetti jer la simple dan yang pastinya menu yang mengenyangkan. Agak sibuk sikit hari coz jap lagi nak keluar ada appoiment dental hari ni. Tapi bab nak jumpa doc gigi ni memang takut bebenor...bukannya nak pi cabut gigi tapi nak gi cuci gigi jer pun. Maybe sebab saya tak jadi misi gigi kot...:D


Oklah berbalik pada n3 hari ni saya ambik resepi spaghetti ni kat dapur CMG.dah lama simpan sejak CMG n3kan dulu..memang sedap bila saya makan pula dgn smoked oyster.Btw, terima kasih pada CMG kerana berkongsi resepi yg sedap ni dan izinkan saya berkongsi disini pula.



Source:CMG
BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram spaghetti (mat guna angel hair)
1 tin tuna, ditoskan
1/3 bahagian traffic light capsicum (merah, hijau, kuning) didadu
1 biji bawang besar, cincang
3 ulas bawang putih, cincang halus
10 biji cili padi, cincang halus
2 helai bay leaf
4 kuntum cendawan butang segar, hiris
12 biji buah zaitun hitam, belah 2 setipa satu
1 camca teh Mix Italian Herbs (boleh beli kat pasaraya)
Serbuk lada hitam secukupnya
Minyak zaitun secukupnya
Garam dan sedikit gula

Herba Basil segar sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Spaghetti direbus hingga lembut dalam air mendidih bergaram, toskan dan gaul dengan minyak zaitun, ketepikan. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, masukkan bawang besar, bawang putih, bay leaf dan juga cili padi cincang tadi hingga harum, tambah italian herbs dan cendawan, masak sekejap.
  2. Masukkan tuna dan traffic light capsicum, gaul rata. Tambah sedikit garam dan gula. Kacau dan masuk spaghetti, sederhanakan api dan gaul rata2. Masuk buah zaitun tadi dan gaul lagi. Akhir sekali tambah serbuk lada hitam, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hias dengan herba basil segar sebelum dihidangkan segera.


Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers