Assalammualaikum dan salam sejahtera.....org kat Malaysia sure tgh diulit mimpi ni....kami kat sini baru jer sudah dinner....siang tadi saya keluar pergi beli barang sikit dan mr.hubby lak cuti sempena thn baru cina hari ni bolehlah keluar jauh sikit. Oleh kerana barang yang dicari tu tak ada kat bandar Helsinki ni, saya dan mr. hubby pergilah mencarinya di luar bandar ni lbh kurang dlm 1jam 30 minit juga perjalanan dari umah tadi kalau kat Malaysia tu lbh kurang dr Penang ke Taiping la jaraknya.
Oklah berbalik semula pada n3 ni saya masak nasi lemak ni masa lunch tadi sebelum keluar tu kena isi perut penuh-penuh dulula kan nanti nk singgah mkn susah pula. Dah siap mkn tu baru bertolak. Actually Nasi lemak ni biasa-biasa jer dah banyak kali buat dah pun dan sure semua orang dah pandai masakkan...saya pun main campak2 jer...tapi saya bubuh jugalah resepi untuk rujukan sesiapa yang nk cuba masak style saya ni....asalnya resepi bonda tersayanglah...tapi biasalah org tua-tua masak tak ada sukatan so saya olah baliklah ikut citarasa saya juga.
Source: Nurniezza.blogspot.com
Bahan-bahan untuk nasi lemak 2 cup beras basuh dan toskan
2 cawan santan
1 cawan air
2 helai daun pandan koyakkan dan simpul
2 keping hirisan halia
3 ulas bwg merah dihiris halus
garam secukupnya
Cara memasak
1. Cuci bersih beras dan toskan kemudian masukan berasa, santan dan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
2. Bila nampak nasi kering, kacau rata dan tutup semula tudung. Biarkan ia sentiasa panas dalam periuk rice cooker.
3. Bila telah masak hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus atau telur goreng, ikan bilis goreng, dan ulam timun.
Sambal tumis sotong
Bahan-bahan
200 gm sotong dipotong kecil dan dicuci bersih
1 senduk cili kering mesin
1 labu bawang besar dimesin halus
2 ulas bawang putih dimesin halus
sedikit belacan jika suka tak nak bubuh pun tak apa
1 cawan air asam jawa
2 labu bawang besar..mayang kasar
1 s/k gula
1 s/k kicap manis
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk tumis
Cara memasak
1. Tumiskan bahan yg dimesin halus sehingga wangi.
2. Masukkan cili yang siap dimesin dan masakkan cili sehingga masak dan biarkan sebentar.
3. Masukkan sotong, garam, gula, kicap manis dan air asam dan bawang besar.
4. Masukkan air sedikit dan biarkan sambal mendidih seketika.
5. Bila dah naik minyak dan masak bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi lemak tadi.










