Home

27 Dec 2011

Talam Pandan Kacang Merah


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Kembali bersiaran dgn n3 masak-masak pula....bila lama bercuti ni rasa lemau jugalah nk update blog ni. Hari ni baru berkesempatan nak update walaupun  N3 tertunggak tapi saya nak share jugala resepi kuih talam yang saya buat ni, bagi peminat kuih talam bolehla mencuba resepi kuih talam dari Kak Yatie ni. Sebelum ni saya pernah buat juga kuih talam kacang merah ni tapi guna resepi Kak liza boleh tgk disini.


Saya buat kuih ni untuk jamuan makan-makan kat umah kawan hari ahad lepas ni. Terima kasih pada kak Yatie kerana berkongsi resepi kuih talam yang sedap ni dan izinkan saya berkongsi disini pula:D


Sumber: Kak Yatie
BAHAN UTK LAPISAN BAWAH (loyang 10x10x2@3inci
  • 1 1/2 cwn kacang merah*- yg telah direbus empuk
  • 1 cwn air*(* di kisar bersama)
  • 1 1/2 cwn tepung beras
  • 2 cwn santan sederhana pekat
  • 2 sudu besar Tepung Hoen Kwee (putih)/tpng jagung
  • 1 cwn gula halus
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna merah

CARANYA
  1. Kisar kacang merah yg telah di rebus bersama 1 cwn air. Biarkan ketepi.
  2. Dalam bekas lain masukkan tepung beras, tpng hoen kwee/tpng jagung, gula, garam bersama santan. Bancuh semua bahan dan tapis.
  3. Masukkan kacang merah yg di kisar tadi dan gaul sebati. Masak hingga naik wap dlm 10 minit guna api sederhana saja- tutup api.
  4. Panaskan pengukus. Alaskan loyang dngn plastik dan sapu minyak di kelilingnya.
  5. Tuangkan adunan tadi dan kukus selama 25 minit.
  6. Sementara itu, buat utk adunan lapisan atas.
  • BAHAN UTK LAPISAN ATAS
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cwn gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn air (kisar bersama 3 helai daun pandan dan tapiskan)
  • secubit garam
  • pewarna hijau
kuih yg siap dipotong ni la yang saya bawa ke majlis makan-makan di rumah kawan kat sini.

CARANYA
  1. Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap dlm 10 minit guna api sederhana je.
  2. Tuangkan adunan ke atas lapisan kacang merah tadi.
  3. Sebelum tuang adunan, pastikan tiada air bertakung di permukaan kuih. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan guna tisu dapur utk mengelap air.Selepas tu, cakar2 sikit guna garpu barulah tuangkan adunan warna hijau.
  4. Kukus lagi selama 25 minit guna api sederhana saja.
  5. Setelah siap, buka penutup kukus dan biarkan 5 minit dngn api yg belum di tutup. Ini bagi mengeringkan permukaan kuih.
  6. Setelah siap, angkat loyang kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.

15 comments:

  1. Wahh comelnya kuih talam yang bulat bulat tuh.

    Kalu Kak Azie, seketul terus masuk mulut ngap!

    ReplyDelete
  2. Hem...macam janji2 aje...semalam akak buat talam pandan juga...tapi bawah hijau atas putih dot...dot sagu... ini memang febret akak la....jom tukar akak buat beef puff pastry.

    ReplyDelete
  3. salam kenal2an....

    wahh... sedapnyer kueh ni.....
    bak 2-3 ketul kt sni... ;)

    ReplyDelete
  4. Rajinnya. Nampak sgt menyelerakan. Akak sekarang ni mals sungguh le nak bukak lappy. rasanya my homework mesti dah bersawang

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Nieza,
    tq sudi mencuba resepi kuih talam ni, buat akak terliur je tngk kuih Nieza ni...sedapkan ada kacang merah tu..mcm makan eskrem je..

    ReplyDelete
  6. Nieza, rajinnya menalam...sedap sungguh tgk talam kcg merah ni...kcg merah mmg favorite akak tauu... Kalau dekat mst dah lesap 4 5 ketuii dlm molooottt akak nih...hehe

    ReplyDelete
  7. Rajinnya menalam adik akak sorang ni...mesti sedap...gabungan talam kacang merah ni kan...tak penah buat lagi...he he...alahai! :)

    ReplyDelete
  8. salam kak..sedap nmpak talam ni..banyak dptnye tu...bg2 jiran sblh ke..bestnye :)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaykumwbh Nieza........

    Waaaaaaaaaaaaaaaa must be cedap cebab comel cangat!!!!!:)

    MMM terasa2 di tekak ayu ni, mcm nak try jer..mmmm....

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Nieza..rajin tul Nieza menalam yaaaaa....Mesti sedap ni

    ReplyDelete
  11. Ya Allah...canteek dan sedaaapnyer!!
    Memang Nekcik ni peminat segala talam yang manis dan lemak berkrim dan mesti lembut!!!tqvm

    ReplyDelete
  12. lama tak dengar khabar nieza..
    sedapnya..
    colour pun menarik

    ReplyDelete
  13. Aslmkum Nieza
    Belum pernah cuba talam kacang merah ni...boleh cuba bila ada pot luck nanti.senang kuih talam...masak seloyang dan potong2...sesuai utk jamuankan...

    ReplyDelete
  14. Kak Zai kagum tengok cara Nieza potong kuih talam.Kak Zai selalu ambik recepi dari sini tapi bila bab potong tak dapat nak buat secantik dan sekemas macam Nieza buat.

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)