Home

28 Dec 2011

Summer Trip To Turku (2011)

Assalammualaikum semua
Hujung tahun yang agak membusykan saya...busy melayan tetamu yang bermalam dirumah dan shopping pun yer juga. Hari ni tetamu berjalan ke negara Estonia dan pulang pada ptng hari nanti. So...bolehla saya melepak dpn laptop dan update n3 sekejap. Dah nak abis tahun baru berkesempatan nak share gambar masa saya bercuti summer 2011 yang lepas. Walaupun lambat tak kisahla kan jadi dapat juga simpan kenangan disini.

Ceternya pada 4 Julai 2011 yang lepas masa musim panas kat sini saya dan suami serta kawan kat sini pergi berjalan-jalan di bandar Turku iaitu bandar sejarah lama dan terawal di Finland ni. Bandar Turku ni dulu merupakan pusat bandar yang terbesar sebelum bandar  Helsinki ni. Jarak dari bandar Helsinki ke Turku adalah dalam 180km dan lebih kurang 2 jam  perjalanan dengan kereta.


Kami bertolak pada awal pagi dan pulang pada petang hari..memang seronok bila berjalan masa summer ni sebab waktu siangnya yang panjang..jam 10-11malam masih terang dengan cahaya matahari lagi.Oklah layan jer lah gambar kat bawah ni:D

Perjalanan ke sana banyak melalui terowong yang lebih kurang sama mcm terowong di Malaysia

snap pic dari dalam keta jer ni..memang cantik sgt view masa summer ni...ladang gandum rasanya ni.

Subhanallah....suka tgk view dgn langit yg membiru ni rasa terubat rindu pada Malaysia sekejap.



salah sebuah kapal lama yang dijadikan restaurant











yg berbaring pun ada juga...


ramai sgt org bila time summer ni...pelancong pun ramai juga

antara hasil kraftangan org finnish













on the way nak balik ke Helsinki



Sekian sajalah dulu  cerita cuti-cuti summer di bumi Finland buat kali ini bersambung lagi pada cerita summer yang seterusnya nanti..InsyaAllah :D

23 comments:

  1. cantek sangat view hijau & kuning tue....

    ReplyDelete
  2. subhanallah.. mmg ala2 view di malaysia kan?
    ditambah musim yang panas.. tapi skrang malaysia dok mendung dan angin kuat

    nieza.. ayu suka pengalaman y nieza syerkan..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    Pemandangan yang cantik difotokan dengan amat baik. Suka sangat. Bila tengok gambo2 mula le rasa cam nak beli dslr je. Tapi hubby selalu bising sebab guna kamera compact pun tak pandai. hahaha

    ReplyDelete
  4. salam nieza..

    cantik!seronok baca kembara nieza..tak smpi ke sana dpt tgk pics pun cukup la..tq nieza!

    ReplyDelete
  5. Assalam nieza..subhanallah nieza..cantiknay..terima kasih nieza..sudi kongsikan gambar2 keidahan ciptaan tuhan ini..

    ReplyDelete
  6. aaa lawaaaanyeee yg kaler kunin2 ituu...hehehe

    ReplyDelete
  7. Subhanallah..Cantiknya pemandangan. Sejuk mata memandang. :)

    ReplyDelete
  8. Cantik sungguh pemandangan yg dpt dirakam. Teruja untuk merasai pengalaman di sana .

    ReplyDelete
  9. Masya'Allah...cantiknya pemandangan nieza.....thank you sbb berkongsi pemandangan ciptaanNya di sini....di bumi lain, terasa dekat je...mmmm....

    Take care darling....wassalamualaykumwbh......

    ReplyDelete
  10. Salam Nieza,
    Subhanallah, cantik sangat gambar2 nieza ambik tu. Saya paling suka gambar ladang gandum hijau dengan langit biru. Memang cantik sangat. Faiz pun suka tengok farm house macam tu, dikelilingi oleh ladang hijau. teringin nak ada rumah camtu. hehe

    ReplyDelete
  11. subhanallah cantiknya semua pics tu nieza...

    tqs for sharing.. bakul Finnish tu mcm anyaman kita jgk kan.. cantik..

    ReplyDelete
  12. salam kak..seronoknye jln2..cntik gak hsil kraftangan tu..byk ke memborong..?...hhehehehe

    ReplyDelete
  13. Subhanallah..terbentang indah..lama akak tak kesini...rindu dgn nieza

    ReplyDelete
  14. subanallah cantik nya nieza...sesejuk mata memandangkan Allah hu allah

    ReplyDelete
  15. Aslmkum Nieza
    Cantiknya gambar pemandangan di sana esp gambar ladang dg suasana kg.musim panas best nak jln2kan sbb pjg masa dan tak sejuk .
    re; kebetulan Nieza, akak masak2 utk kerabat...nak tahu kerabat mana...kerabat N9...Tuanku dg 2 puteranya serta rombongan dtg melawat Cairo.

    ReplyDelete
  16. kak nieza, yang bwh sekali tuh ladang gandum ke?? canteknyee.. kuning je..

    ReplyDelete
  17. tak merasa nak jejak sane, tumpang feeling tengok gambar2 akak jelaa..huhu!

    *kenapa tak watermarked kak. nanti saye nak kopipes bole? tq in advance! :-)

    ReplyDelete
  18. salam kak Nieza

    Subahanallah..cantik sangat scenery tuh...tumpang tengok dr jauh la yer..bilaa agaknya tuah nak ke sana hihi :)

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum Nieza,
    Subhanallah.....pemandangan yg sungguh asyik dan mendamaikan. Apabila kita melihat lagi dan lagi, maka akan timbullah keinsafan di dalam diri kita akan kebesaran ILLAHI.

    ReplyDelete
  20. Salam Nieza...cantiknya pemandangan dia,ladang gandum dah jadi macam sawah padi kat Malysia.

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)