5 Apr 2012

Nasi Lemak Kuning Tumis

 Assalammualaikum
Terima kasih buat semua teman-teman blogger dan juga teman-teman di fb yang memberi ucapan pada blog anniversary saya pada tahun yg ke-2 ni. Terima kasih pada yang sudi gantung kad dan bunga tu juga. Tiada paksaan sebenarnya cuma agak berbesar hati bila ada yang sudi. Hanya sekadar tanda penghargaan diatas sokongan semua juga saya berkongsi tarikh yang special tu bersama. Dengan sokongan yang anda berikan ni lah membuatkan blog ni masih bertahan sampai ke tahun ke 2 ni.  Semoga ukhwah yang terjalin akan mengeratkan lagi ukhwah sesama kita..InsyaAllah. Mudah-mudahan akan terus sehingga ke tahun yang seterusnya juga...apapun kita hanya merancang tapi takdir yang menentukannya.

Oklah ceter pasal nasi lemak tumis ni pula. Dah abis dah baru nak n3 kat sini. Rasanya ramai juga yang dah cuba buat nasi ni tak dapatlah nak saya listkan nama semuanya sebab nanti tertinggal pula tapi resepi ni memang lama saya simpan sejak Mamasya n3 kan memula dulu. Terima kasih pada tuan empunya resepi asal dan juga mamasya serta semua rakan-rakan yang telah mencuba dan berkongsi resepi nasi lemak yang sangat sedap ni. Memang makan sampai bertambah-tambah nasi dibuatnya..sabar jer la kan:D


Nasi Lemak Tumis 
Resepi: Jun @ MYR
Sumber: Dapurmamasya
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi (nieza tak bubuh minyak sapi tapi lebihkan minyak biasa)



Cara-cara
Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing. masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai dan garam.
pastu masak seperti nasi lemak biasa..
hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/kerang/sotong, timun, telur n ikan bilis goreng, kacang dll. 

Nota Dapurmamasya
Utk nasi lemak kuning ni , tambah 1 sb kunyit semasa masukkan santan dan air.


Sambal Nasi Lemak

Resepi; Oh Malaysia
Bahan-bahan (Sambal) 5-6 orang
12 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
8-10 sudu besar cili kisar - letak 5 sb saje
2 cawan air
1 keping gula Melaka
Sedikit belacan
Sedikit asam jawa
Sedikit ikan bilis (dikisar) Nieza gantikan dengan kerang 
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Cara-cara
Untuk sambal, masukkan 2-4 sudu minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga sedikit garing.
Masukkan cili kisar dan kacau sekata. Biarkan seketika.
Masukkan air, gula Melaka, belacan, asam jawa dan ikan bilis/kerang. Masak sehingga pekat. 30-60 minit.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.

24 comments:

  1. mas pun suka sangat nasi lemak ni kak...
    memang sangat best...
    hmm..sedappnya tengok set nasi lemak akak tu...
    menyelerakan betoiiiiiiii

    ReplyDelete
  2. Asmlkum..
    Nasi lemak tumis disini pulak..Hadoiii..sue jg yg masih ketinggalan ketapi..Tak buat2 jg lagi..Heeeee...
    Lapo ni...tak balik keja lagi..Ngeee

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Nieza,
    cantiknya nasi lemak kuning tu... kak Amie nak kutip kacang gajusnya dulu, telurnya tu pun menggamit selera...setengah masak ye Nieza, wah! ini kalau makan panas2 memang terangkat beb!

    ReplyDelete
  4. kak nieza...kite pnh buat ni...sedapppp gilerrr kan...alahai ni yg rs nk bernasi lemak plak arini nihhhh

    ReplyDelete
  5. salam nieza...cantik nmpk nasi lemak tu, dan mst lg sedap kalau nieza ajak akk mkn sekali....hihihihi

    ReplyDelete
  6. salam nieza
    dah habis yer..he heheee baru nk mintak :)..wahh cantik nasi tue..pakai mould star lg..pun sama mcm kak amie..nk kutip gajus jew dulu..:)

    ReplyDelete
  7. Salam kak nieza! amboiiiii! dia guna badam lagi! hihihi.... bdm mentah kat sini mahaiiii padahal melambak lambak badam pun jual mahal jugak huhu... nasi lemak tak pernah borring nak masak n makannyer tp tu lerrr, kita sorang yg layan nasi2 lemak gini lain2 cuma makan nasinyer ajerr :D

    ReplyDelete
  8. akak pun baru makan nasi lemak
    tp nieza punya nampak special
    dan sedap

    ReplyDelete
  9. Salam Nieza... tak pernah jumpa nasi lemak kuning lagi kat sini.. jumpa yg putih jer...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Nieza sayangggg!

    Aduh seksanya mata memandang nasi lemak mu itu...sungguh tergoda akak
    dibuatnya....dgn gambar yg cantik bertambah beseri nasi lemak tu...hehe.

    ReplyDelete
  11. Tuk..Tuk..Tuk...Assalamualaikum Nieza

    Aduhai!! sedapnya nasi lemak tumis ni...bila agaknya Kak Lin dapat merasa yer Nieza..suka3. Terliur Kak Lin..

    Selamat Menjamu Selera :)

    ReplyDelete
  12. aslmkum nieza.. apa kbr.. cam dah lama tak BW.. byk cete n menu2 yg terlepas... tgok nasi lemak nieza yg kelass ni.. mmg tak tahan rasa tekak ni..huuuu

    ReplyDelete
  13. sgt2 comeiii nsi tu bentuk bintang...terliur tgk...mesti sedap ni...nice presentation...mangkuk putih kecik2 tu pon cunnn..hihi

    ReplyDelete
  14. Salam Nieza...
    best nyer complete set of nasi lemak..
    terliuq tgk!!

    ReplyDelete
  15. Salam Nieza.jamu mata nasi lemak Nieza kat blog pula...tadi kat Fb.ohh Nieza buat sambal kerang...sedap tu...akak suka kerang.tp kat sini tak dalah.cantik nasi bentuk bintang tu....

    ReplyDelete
  16. Wow...lwh buka kodai dopan ghumah ni....err...org sana leh makan ke..??

    ReplyDelete
  17. Pagi Niezza....baru masuk tdo ek? hari tu ada juga terniat nak buat nasi lemak tumis tapi kansel pulak sb buat nasi hujan panas dulu. Lepas ni boleh cuba yg mcm ni pulak.
    Kat sini kerang mahal tau, kita org jarang makan sb kerang ni agak alergi kt kulit akak dgn hubby. Elok la kan...buat tmbh darah kita org naik je...hehe..sekali sekala takpe.

    ReplyDelete
  18. Salam kak. Menarik la nasi lemak tumis. Xpernah buat. Baru kali ni betul2 baca resepi hihi.. Rupanya kene tumis sampai pecah minyak sntan tu eh? Meati nak cuba jugak lah. Tq kak! :D

    ReplyDelete
  19. Salam Kak Nieza..pagi nie masuk rumah kak nieza ada nasi lemak tumis buat saya terasa kesedappan nasi tu..sedapkan.

    ReplyDelete
  20. Ya Allah.....dasyatnya. Huhu!!!xleh go on le k.ros nieza. Nanti bertambah2 ukur lilit lengan aku. btw mmg plan nak wat nasi lemak Ahad ni (cuti kan). Tapi xnak challenge le dgn Nieza nasi lemak tumis ni, takut sedap sgt. Kita nak wat yg biasa2 aje ;)

    ReplyDelete
  21. Nasi lemak yang betul2 menggoda la Nieza...haih sedapnyaaaa! Rasa nak makan karang jugak...hehe :)

    ReplyDelete
  22. Assallamualaikkum Nieza..
    Nak nasi lemak sepinggan ye Nieza.. Sebiji hidang macam dlm gambar tau!
    Tq for the poskad yg Nieza beri sempena 2nd ulangtahun blog .. Semoga Nieza terus success!

    ReplyDelete
  23. nampak sedap & cantik presentationnya. Amboi! kacang tanah ganti kacang gajus.. kalau jual dkt sini, maunya harga berlipat kali ganda kan..

    ReplyDelete
  24. hmm masakan melayu di Finland...menarik....dulu masa saya kat UK tak jumpa pulak orang yg terer masak makanan melayu so mengidam ler hehe...senang2 tu Nieza jenguk la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makannnnn je hehe...dan jgn lupa follow ok sebab maklum la blog baru nih sunyi jerrr TQ TQ TQ

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers