14 Jun 2011

Apam Pisang Coklat



Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua...banyak hari tak bersiaran ni terasa macam lama sangat jer tak online. Maaflah lately ni banyak sangat hal-hal yang membusykan saya ditambah pula dengan aktiviti summer sekarang ni tak sempat nak bw. Dah letih malas rasanya nak online. Memang bulan ni agak busy sikit setiap weekend ada jer aktiviti luar. Kalau winter malas nak keluar rumah tapi bila dah summer sampai jam 10-11pm pun masih kat luar lagi sebab cerah jer rasa tak sedar yang waktu dah lewat..:D


Lagi pun tujuan saya berblog ni pun hanya untuk isi masa lapang saja bukan nak mengejar traffic dan populariti  tapi hanya mengejar redha Allah dan ikhlas berkongsi dengan sesiapa saja yang sudi so...tak ada masalah kalau orang tak sudi singgah dan baca n3 saya pun. Btw terima kasih pada pengunjung baru yang sudi follow blog ni walaupun tak ada n3 baru..insyaAllah kalau ada masa saya akan kunjungan balas nanti.


Oklah berbalik semula pada n3 hari ni...layan apam pisang coklat lah yer...sedap apam ni..lembut jer rasanya. Bahannya pun simple dan membuatnya mudah sangat so...memang sesuailah nak buat bila time mood malas melanda..haha mcm saya sekarang ni lah kan...mood nak berjalan jer kejanya...:D btw.. terima kasih pada Kak Yatie yang telah berkongsi resepi ni izinkan saya berkongsi disini pula.



Sumber : Kak Yatie
Bahan-Bahan
Bahan A
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
secubit garam halus


Bahan B:
1 cawan pisang masak dilenyek
1 cawan minyak masak
3/4 cawan gula perang
2 biji telur ( dipukul sedikit )



Cara-caranya:
  1. Campurkan bahan-bahan A dan ayak bersama. Ketepikan.
  2. Pukul sedikit telur, tambahkan dengan bahan-bahan B yang lain. Kacau sebati.
  3. Masukkan bahan A ke dalam adunan B dan gaul sebati.
  4. Panaskan kukusan. Masukkan adunan apam tadi ke dalam bekas-bekas kecil dan kukus 10 hingga 15 minit.

31 comments:

  1. akak pun sama, blog untuk isi masa lapang, bila lapang ada lah entry bila tk lapang..memang blog tu terperok je hihi
    anyway, nampak sedap apam ni sbb ada choc n banana...great combination tu

    ReplyDelete
  2. Kak Nieza,
    Ikhlas cakap,
    Datang sini sebab suka
    nengok gambar akak
    yang best2..
    Makanan yg sedap2..

    P/s: Mata saya terhibur :)

    ReplyDelete
  3. salam Nieza..
    Wah seronok musim summer boleh jln2...
    akak pun suka apam pisang ni.. nanti boleh buat sebab pisang banyak yg dah masak ranum.. tak tau nak buat apa dgn pisang tu..

    ReplyDelete
  4. salam nieza.. ita pun sama kalau berblog amik masa bla malam atau kerja rumah dah siap baru sedap nak mengadap lappy... mearik apam pisang ni

    ReplyDelete
  5. assalam nieza, apa kbr, sedap nmpk apam pisang coklat tu...

    ReplyDelete
  6. wahh..cantik apam pisang tu kak...
    nak tumpang makan sekali bolehh....

    ReplyDelete
  7. As'salam Nieza

    tengah musim buah pisang lah kan... hihihi. stok pisang kat rumah k.ct pun ada lagi ni. rasa2nya minggu ni dok tayang kuih yang berasaskan pisang jerlah ya nieza... hihihi

    cun apam pisang coklat nieza ni :)

    ReplyDelete
  8. Rindu ngan masakan Nieza...lama sangat cuti nya...

    ReplyDelete
  9. nieza..
    hantar sini sikit..
    ayu kalau dah namanya makanan berasaskan coklat.. adeh.. meleleq air liur ko

    ReplyDelete
  10. Tiba2 pisang di dapur melambai2.. minta dilenyek2 buat apam pisang coklat.. :-)

    ReplyDelete
  11. wah...gebu jer..
    tak pernah buat apam pisang ni..selalu buat pisang goreng jer...

    ReplyDelete
  12. gebu jer...

    tak pernah buat lagi apam pisang ni..selalu buat goreng pisang jer...

    ReplyDelete
  13. patut ler tak bersiaran byk hari..sibuk ye nieza..mesti sedap apam ni..ada rasa lemak manis pisang tu..

    ReplyDelete
  14. As'kum Nieza

    Wahhh...gebunya apam pisang tu..tak tahan tgk tau...pisang baru jer habis dok buat lepat...lenkali akak beli setandan ler...bole cuba mcm2 dari sumber pisang nih..aduuhhh..

    ReplyDelete
  15. Salam Rindu Nieza...
    lama kak hawa tak kemari...hehehe menggoda betul apam pisang coklat tuh berposing..cantik lah :)

    ReplyDelete
  16. sama lah kita nieza, akak pun berblog sebab mgisi masa lapang...anak2 pun dah besar. Kalau waktu anak2 kecik dulu, manalah sempat nak berblog. Dan jauh sekali unk mgejar trafik.Hanya berniat unk memberi ilmu yg bermanafaat...semoga ilmu yg sedikit ini dapat mengalir terus walaupun akak dah tiada nanti :)

    ReplyDelete
  17. Nieza.. akak pun sama tapi tak serupa cam Nieza sbb akak berblogging utk nak himpun menu2 dan resepi2 yg dah cuba sendiri utk rujukan akak or my kids one day nanti.. Sambil2 tu boleh kongsi resepi kan.. Tapi ada sesuatu yg sama.. Kalau lama jer tak de entry tu maknanya busy @ malas lah tu.. Ataupun ada urusan lain yg lebih penting dan memerlukan perhatian akak hehehee...

    Anyway apam pisang ni ayu jer...nape ek??? Oooooo..sebab nieza buat dalam acuan putri ayu..hehehe...

    ReplyDelete
  18. morningg!!!!!!! wahh.. tgh2 malas pun berjaya wat apam ye.. tun kalau dh malas tu, mmg jd cengkodok laa pisang nih.. hihi...
    bestnyer summer ^^ tun suka summer sbb time tu blh blk msia.. kui kui...

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah... rezeki bonda hari ni terjumpa blog ni. salam ukhawah buat tuan rumah. terima kasih kerana sudi berkongsi. nmpk sedap apam pisang ni. cara buatnya pun nampak mudah. insyaallah akan dicuba nanti.

    ReplyDelete
  20. Nieza...
    Akak pun berblog sekadar nak berkawan...akak pun bukannya pandai sangat...dan TQ sebab folo akak dulu ye...akak suka datang sini sebab boleh tgk gambar yg Nieza kongsikan dengan kami semua...dan tengok masakan Nieza...Niezakan pandai masak..akak ni pandai makan aje..he..he..macam apam pisang tu...emmmm

    ReplyDelete
  21. Keluarga kakak kalau kuih yg ada pisang-pisanga memang suka....

    ReplyDelete
  22. sedapnya apam pisang coklat ni... nampak cam kruncy sikit la...kruncy ke...kalau kruncy mesti sodap nak gigit ni...fiza suka...he he he

    ReplyDelete
  23. sedapnyer nieza apam pisang coklat ni...nampak cam kruncy je...kruncy ke...fiza suka kalau kruncy2 ni...sedap jer bila gigit...he he he

    ReplyDelete
  24. ermm, molek2 apam Nieza tu, samalah akak, Nieza. Ada jer aktiviti, bila dah penat, nak online pun tak larat. Ni baru sedar, dah masuk 15hb baru ada 3 entri jer, urmmm

    ReplyDelete
  25. assalam nieza..cantik apam pisang..rajin nieza masuk dalam bekas..akak selalau masuk talam je..lepas tu potong..

    ReplyDelete
  26. assalam nieza..cantik apam pisang..rajin nieza masuk dalam bekas..akak selalau masuk talam je..lepas tu potong..

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum..
    Saya berblog untuk mencari ilmu dan mencari kawan. So dapat tambah ilmu dan tambah kawan memang dah 1000x nikmat.
    Nampaknya ada kemajuan dalam teknik mengambil gambar. suka tengok.

    Kat umah ada pisang awak. Susaikah?

    ReplyDelete
  28. SALAM,
    BILA NAK BALIK KE MARI? SALAM KPD JEMI

    ReplyDelete
  29. choc & banana memang great combi.. pancake ke, muffin ke, kek ke.. oso apam ni... tak terpikir buat apam dgn choc & pisang..

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum nieza...
    wah akak tetinggal kapal nampaknya... baru dapat jenguk dapur nieza nie.. Huhuuu...
    wah sungguh comel apam pisang tu nieza... nmpk sungguh sedap... ;)

    ReplyDelete
  31. salam kenal,
    gambar apam ni sungguh hidup sekali, terasa macam nak sambar aja di skrin pc ni.

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers