Home

9 Mar 2012

Winter Sport Day 2012

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Minggu ni adalah minggu yang sangat mem`busy`kan  saya. Bermula pada hari isnin sampaila ke hari khamis. Terpaksa keluar pagi tumpang mr.hubby ke ofis sementara tunggu driver ofis antar ke rumah duta utk tugas masak-masak disana. Balik pula lewat petang sama dengan mr.hubby blk kerja juga. Bukanlah saya pergi bekerja setiap hari tapi jika ada tetamu atau jamuan yang akan dibuat di embassy saya kenalah pergi bantu. So..2 hari juga saya sibuk di rumah duta membuat kuih karipap frozen untuk tetamu. Bila dah balik rumah memang agak letih dan malas nak online. Tu sebabla blog pun tak sempat nak update dan bw blog kawan-kawan pun. 


Bila dah free ni dapatlah update blog sekejap.Sekadar nak cerita aktiviti saya kat sini jer ni. Pada hari rabu 7 Mac 2012 pula Malaysian Embassy team telah dijemput untuk menyertai Winter Sport Day, participated by all the Diplomatic Missions. Winter sport day Organized by The Ministry Of Foreign Affairs, Finland. Memang setiap tahun ada sukan ni dan sejak dok sini kira dah 3 kali jugalah saya join. Memang menarik macam-macam aktiviti ada.Ada permainan hockey ice, snow golf, nordic walk,sledding,ski dll.So...kali ni saya main ski dan sledding jer. Aktiviti ni bermula pada jam 10pagi sampaila jam 2.30petang. Dah abis tu lepak kat ofis mr.hubby dulu sementara tunggu dia siapkan kerja baru balik rumah. Memang penat sangat tapi enjoyla dapat juga keluarkan peluh walaupun masih sejuk beku lagi masa ni. 


Pengalaman yang best bila berkumpul bersama semua diplomat dari pelbagai negara ni amatlah berharga sekali. Yang menariknya kebanyakan yang datang sangat excited utk mencuba main ski walaupun tak ada pengalaman bermain tapi kami semua diajar cara dan teknik yang betul. Pada peringkat permulaan memang ramai yang jatuh tergolek tapi itu semua adalah satu kebiasaan bagi yang baru mula belajar.Alhamdulillah tahun  ni saya tak jatuh cuma agak takut sikit sebab dah lama tak main.Setahun sekali jer main ski tgu pun.Oklah layan jer lah gambar kat bawah ni. 

taklimat daripada urusetia yang bertugas

antara diplomat yang hadir...semua diplomat drp pelbagai negara dijemput


permandangan yang indah dan cuaca yang cerah 






paling menarik bila tgk org ni main ski sambil tarik anak di belakang.



tempat ski untuk kanak-kanak




sedang mendengar pesanan daripada instructor yang pakai jacket hijau tu.


ni pula main sledding..best:D
yang tak bestnyer kena panjat naik bukit ni jer
ni ler tempat mandi ais...kalau sekali dengar mcm pelik jer tapi kat sini tak pelik tau sebab  diorang ckp mandi ais ni juga adalah salah satu senaman untuk kesihatan. Biasanya diorang akan masuk ke dalam sauna terlebih dahulu untuk panaskan badan dan akan turun ke dalam laut beku kat bawah ni. Kawasan lapang tu adalah kawasan laut yang membeku dan di kawasan berair tu mereka letakkan pemanas untuk cairkan sedikit ais yang beku tu. Biasanya mereka tak mandi lama sangat la cuma sekadar masuk dan rendamkan diri sekejap saja dalam air tu.

bergambar bersama mascot Finland iaitu moomin sebelum balik.
Oklah tamatlah sudah cerita sukan winter pada tahun ni..tahun depan kalau masih disini lagi bolehlah datang join lagi..InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)