Home

2 Mar 2012

Kari Daging


Assalammualaikum dan salam dihari Jumaat buat semua. Masak lauk simple jer tapi memang menyelerakan bila mkn dengan nasi putih ataupun dimakan dengan roti. Kalau orang Penang ni memang tak dapat dipisahkan dengan kari atau gulai. Dari kecil sampai besar memang menu kari la yang mak saya selalu sangat masak sebab semua ahli keluarga memang suka makan kari...tapi bila saya masak tak sama juga mcm mana mak masak walaupun dah ikut cara dan bahan yang digunakan mak tapi tetap tak sama dengan masakan mak. 

Masa blk bercuti hari tu pun ada abg saya ckp kenapa saya masak kari tak sama mcm mak masak pun...haha Itulah yang dinamakan air tgn seorang ibu kan memang tak dapat dibandingkan dengan yang lain. Saya juga percaya semua org akan merasakan apa yang saya rasa juga. Maaf, Sekadar selingan saja dikala hati ini sering rindukan masakan ibu walaupun saya sedar saya tak mungkin lagi dapat merasakan masakan ibu bila terkenangkan keadaan ibu yg masih terlantar sakit stroke sekarang ni. Tapi ingatan mesra tetap kekal dlm hati saya.

so hari ni, saya berkongsi resepi kari daging yang saya belajar dari mak saya disini pula..walaupun resepi asalnya tak ada bubuh plain yogurt tapi saya letakkan sikit mengikut citarasa saya pula. Selamat mencuba.


Source: http://Nurniezza.blogspot.com
Bahan-bahan
1/2 kg daging dipotong kecil
5 s/b serbuk rempah kari daging 
2 s/b serbuk cili
2 s/b kerisek 
2 s/b plain yogurt
1 cawan santan pekat 
3 biji kentang dibelah 4
1-2 cawan air
daun kari
1/2 cawan minyak
3 biji buah pelaga
1 sdk serbuk jintan putih
1 sdk serbuk ketumbar
3 biji bunga lawang
2 btg kulit kayu manis
garam secukup rasa

Bahan dimesin halus
3 biji  bawang merah besar
5 ulas bawang putih
1 inci  halia


 Cara-cara
1. Daging dibasuh bersih dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan kekuning-kuningan.Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, pelaga, cengkih, dan ketumbar.
3. Bancuhkan rempah kari dan serbuk cili dengan sedikit air utk jadikan paste dan masakkan paste rempah sehingga masak dan pecah minyak.
4. Masukkan daging, daun kari dan air ke dalam periuk yg ditumis tadi. Masakkan sehingga daging lembut dan naik minyak.
5. Masukkan santan, plain yogurt, kentang,kerisik dan garam. Biarkan sehingga mendidih dan daging empuk.
6. Kecilkan api dan biarkan masak sehingga naik minyak dan pekat.
7. Siap dan sedia utk dihidangkan bersama nasi putih.

22 comments:

  1. nieza.. bila tengok kari daging tu, memang nampak sedap sangat,, mcm lauk org kawin.. mcm lauk2 kat restoren. fuhhh mmg warne pun cantik.

    sedih baca bab ibu tu. semoga mak nieza tabah n sabar dn org2 sekeliling juga tabah menghadapi ujian Allah. putaran hidup. time kita tak tahu bila pulak kan. berdoa banyak2.. sedih la pulak

    ReplyDelete
  2. terlior k.gee tgk...teringat rendang daging makan ngan lemang di pagi raya...wuhuuuu... cedapnyaaaa

    ReplyDelete
  3. salam Nieza..apa khabar?lama tak singgah ke dapur Nieza ni..wah kari ni nampak sungguh power hehe btol- btol kari yang kaw.Jika besoknya dipanaskan atas dapur lagi sedap.

    ReplyDelete
  4. makan dgn nasi beriani atau minyak sedap ni...perrggghh

    ReplyDelete
  5. hehehe macam sayalah orang johor tak tinggal supnya kan? tapi memang nampak sangat sangat sedap tau kari kak nieza ni..:)

    ReplyDelete
  6. Kak Nur..
    bagi Rahel sikit kari daging tu,nak mkn ngan roti paratha..

    ReplyDelete
  7. as-salam kak Nieza
    sedap ni kak mkn dgn roti jala...perrggghh

    ReplyDelete
  8. assalam nieza..kari pekat uye..santan secawan aje..mesti sedap ni..nak cuba jugak kai nieza ni..ganti ayam pun boleh kan

    ReplyDelete
  9. aslmkm tuan tanah kedaung..hamba datang nak makan nasik berlauk daging tu..silala jemput sila jgn segan2..huh..ni sape yg kena jemput ni..hjehehe

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Nieza,
    sedih plk baca kisah Nieza ni, moga sabar dan tabah ya dik..akak sentiasa doakan moga ibu Nieza cepat sembut....mmng rindu bebenor rasanya nak rasa masakan ibu saat ini kan..takpelah...sekurang2nya Nieza dah boleh masak mcm masakan ibu..akak tngk pun buat terliur je...kalau Penang dngn karinya..kalau Johor dngn asam pedasnya....mmng best..

    ReplyDelete
  11. Salam Yong, hmmm mencecer ayaq lior cik. Tapi kan, font kat blog ni kecik sikit Yong, berpusing mata akak nak fokus, maklum dah tua hi hi!

    ReplyDelete
  12. aslmkum nieza.. dapur akk jugak yg tak berasap2.. tgok kari nieza ni.. sedapnya..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Nieza,

    ish dh lama kak Nur tk nampak Nieza nie...windu gitu...sihat ke??

    Aduh sedapnya lauk kari daging tu...salah pandang mcm lauk kicap..boleh lah masuk list simpan dlm peti besi dulu...hahaha.

    ReplyDelete
  14. Salam Nieza,
    Ni memang kari utara betul ni. Nampak sungguhhh sedap.. saya pun belajar dengan Faiz lah dah suka kari mari ni. hehe... kalau lama tak makan teringat dibuatnya. hahaha :D
    Betul mcm nieza kata tu, air tangan ibu tak sama wpun kita ikut resipi nya kan. :)

    ReplyDelete
  15. assalam nieza,
    wah kari daging ni memang nampak lain dari yang lain memang harus masuk list ni nieza..slurpss..dapur dah warm up nampak..hehe

    ReplyDelete
  16. adus... ternganga je mulut tengok kari daging ni.. serius mesti sedap ni..

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum nieza...
    akak doakan moga nieza tabah dan banyakkan sabar yer nieza.. sememangnya akak pun gitu.. dalam seminggu tu .. kalau x makan masakan mama akak.. pasti akak akan rindu.. bak kata org.. masakan ibu ler yg paling sedap kat dunia nie.. Akak doakan moga mama nieza cepat sembuh..
    tgk kari daging tu sgt menyelerakan.. menarik ler resipi kari daging nie nieza... nampak sgt sedap..

    ReplyDelete
  18. sedapnya kari daging, suka sangat tapi ada rakyat kat rumah tak brp minat

    hem, sedih baca tapi kurangnya masih ada mak lagi kan, mcm saya ni dah takde mak, alahai cuma mampu kenang memori jelah, kurang2 walaupun mak nieza terlantar, boleh juga nieza bercerita dgn dia kalau tgh sedih ke apa, moga mak nieza cepat sembuh

    ReplyDelete
  19. Salam Nieza...

    Sayu plak bila sebut2 pasal mak...air tgn masakan mak memang sukar ditandingi...moga nieza sabo dan redho ye...
    Konherm ini kari utara ni..dapppnya dpt cicah dgn rotcai..or roti..tingat masa belajar kat utara haihhh...

    ReplyDelete
  20. Tergoda sesangat dgn kari daging tu.. warnanya je dah buat saya terliur, cicah roti jala sedap ni...

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum Nieza Syg..

    Apa Khabar? Sedapnya Kari Daging Tu...Warnanya Menawan Hati...Terbuka Selera Kak Lin...Hiasannya Macam Lauk Pengantin.....Suka3

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)