Home

9 Mar 2012

Lunch and birthday party

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan selamat hari wanita buat semua yang bergelar wanita tak kira dimana saja anda berada. Walaupun tarikhnya semalam tapi semalam agak busy juga tak sempat nak ucapkan. So..sempena hari wanita ni pada 8hb Mac 2012 jam 12 tgh hari semalam saya ada jamuan mkn tgh hari kat luar bersama dengan Puan pengerusi dan semua ahli persatuan wanita kat sini  atau dikenali dengan PERWAKILAN.

Selepas makan tengah hari tu kami meraikan birthday utk ahli yang menyambut birthday pada 3bulan yang lepas. Kira majlis 2 in 1 jugalah... sambut hari wanita dan juga belated birthday party. Birthday party ni biasanya memang akan dibuat sekali 3-4 bulan sekali. Selalu buat morning coffee atau hi tea kat rumah tapi kali ni Puan pengerusi minta kami semua cuti masak-masak dan bawa kami makan diluar pula. Jamuan ni diadakan di restaurant Singapore tapi ownernya adalah orang Malaysia yang tinggal disini.

Bila dah selesai makan, kami balik semula ke ofis untuk meraikan birthday members dengan memotong kek dan minum kopi di embassy. Walaupun ahli tak ramai tapi terasa meriah juga bila buat sesuatu aktiviti tu. Bergambar sekadar untuk simpanan kenangan saya disini saja.









12 comments:

  1. sekali sekala mkn luar pun best jugak kan. best la ada kedai makanan msia/singapore kan. :D

    ReplyDelete
  2. bestnye dpt mkn2...hehe

    ***selamat hari wanita jugak awak...

    ReplyDelete
  3. assalam nieza..selamat hari wanita..bagusnya party nieza tu..memang semuanya wanita sahaja yang sambut birthday

    ReplyDelete
  4. Aslmkum Nieza.Alhamdullilah akak sihat cuma baru ada kesempatan nak jln2 blog kwn2.happy belated birtday buat kwn2 Nieza....bestkan ada xtvt mkn2 gini...barulah dpt selalu jumpa kawan2.
    re; mmg best cuti di Istanbul...wpun sejuk tp ttp seronok.ohh Nieza pergi musim bunga...tentu cantik view kat masa itukan. kat tempat Nieza masih salji....tentu masih sejuk sgt kat sanakan..

    ReplyDelete
  5. aslmkum nieza.. apa kbr.. walaupun tak ramai.. yg penting kemesraannya jelas terpancar.. seronok ..

    ReplyDelete
  6. Bestnya adik kita seorang ni...jalan..jalan cari makan....tugasnya memang cam tukan...anyway enjoy

    ReplyDelete
  7. happy birthday semua... issshhh, cantik kek tu.. rasa nak sikit.. nak buat sah2 tak reti.. hehehe..

    ReplyDelete
  8. Eeee...seronotnya Nieza ada xtvt camni...yg penting meriah and hepi..x kesah la ahlinya ciput...mcm beh plak kek tu...yummy je..

    ReplyDelete
  9. Niezza, lama tak dtg blog awak. Kita pun sibuk je....sibuk kt dapur..hehe..
    takde masak2 ke skrg?

    ReplyDelete
  10. Selamat Hari Wanita Nieza... kadang2 terlupa nak raikan diri kita ye...he he hehhe meriahnya!

    ReplyDelete
  11. assalam nieza,
    seronok betul activity disana ya..
    memnaglah tak rasa bosankan ada aje activity yang
    ada..selamat hari wanita juga pada semua kaum wanita ..
    activity masak2 masih suam2 kuku lagi ke?..hehe

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)