Home

13 Mar 2012

Ice fisihing 2012

Assalammualaikum semua
Cerita aktiviti pada hari sabtu 10 Mac yang lalu saya ikut mr.hubby dan rakan-rakan Finland kat sini pi memancing di lautan yang membeku. Ni adalah salah satu daripada aktiviti  yang boleh dibuat semasa musim sejuk ni. Mr.hubby memang minat sangat memancing  dan dan pada hari ni adalah pengalaman pertama dia jugalah memancing di lautan beku ni. 

Setelah lama menyimpan hajat untuk memancing di musim winter ni,  akhirnya tercapai juga hajatnya utk merasai sendiri pengalaman ni. Saya hanya menumpang jer ikut coz saya tak minat sangat memancing ni. Mulanya rasa macam malas nak ikut sebabkan cuaca macam tak berapa bagus dengan berkabus jer awal pagi tu tapi hati mcm teringin sangat nak tengok secara dekat cara orang memancing kat dalam laut beku ni  so...ikut jugaklah. Memang bestlah pengalaman ni sebab hanya dimusim sejuk ni saja saya dapat berjalan diatas laut kalau musim panas nanti hanya dapat pandang air sajalah.Ada juga yang ambil kesempatan bermain ski dan berjalan kaki di laut beku ni. 

Tempat yang kami pergi ni adalah satu kawasan pantai yang bila tiba musim panas nanti ramailah yang akan berpiknik dan mandi di pantai ni. Permandangan di musim panas dan sejuk amatlah berbeza sekali kerana saya dah pernah melihat sendiri 2 musim yang berbeza di tempat ni. Walaupun tak ada rezeki nak dapat ikan kali ni tapi ianya adalah satu pengalaman berharga buat kami semua. InsyaAllah kalau laut masih membeku lagi,  mr.hubby dan rakan-rakan lain akan keluar memancing ditempat lain pula pada minggu depan pula.

 TYT Duta dan isteri juga turut sama join pada hari tu..kebetulan tempat ni dekat jer dengan rumah TYT Duta
 sedang membuat lubang untuk memancing


 terpaksa menggunakan manual drill ni utk menebuk lubang ais ni...ketebalan ais ni lebih kurang 1/2 meter juga.
 ni lah rupa lubang yang siap ditebuk dan ready utk memancing 
antara koleksi umpan yg biasa digunakan mr.hubby semasa memancing

1 comment:

  1. wow, bestnya. Satu pengalaman yang tak mungkin dilupakan...

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)