Home

21 Mar 2012

Kuih Lapis Seri Wangi

Assalammualaikum
Semalam ada meeting dgn persatuan ladies kat sini,  dari pagi keluar sampai lewat petang baru balik rumah. So...tak sempatla saya nak terjah dapur kawan-kawan. Macam-macam aktiviti luar ada nanti. Kalau dah bz dapur alam maya ni pun terpaksa la cuti sekejap:D

oklah ceter pasal n3 hari ni pula...kuih ni dah lama juga saya buat sampai terlupa nak share kat sini. Bila meeting tadi baru teringat kuih yang belum saya n3kan ni. Buat masa last meeting dulu lagi. Biasanya setiap kali meeting saya akan bawa kuih utk minum coffee..tapi kekadang tu tak sempat nak snap pic pun dah abis.

Resepi ni dari Kak Yatie tapi saya copy dari Kak Dayang. Berkenan betul masa kak dayang tag pic kat fb dulu rasa terseru-seru jer nak buat. Memang sedapla kuih ni kalau nak tau mcm mana rasanya kenalah cuba sendiri kan.Oklah terima kasih pada Kak Yatie yang pakar membuat kuih talam dan juga Kak Dayang. Terima kasih kerana berkongsi resepi ni. izinkan saya berkongsi disini pula.


Kuih Lapis Seri Wangi



Bahan-bahan (loyang 8 inci)
Bahan A
2 cwn tepung beras
1 cwn tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sk garam
2 cwn santan pekat


Bahan B
1 1/4 cwn gula pasir
1 cwn santan pekat
2 cwn santan cair
2 helai daun pandan-di simpul


Bahan C
3 sb rata serbuk koko*
4 sb air suam utk bancuh koko*(di gaul rata, saya guna 1 sb coklat emulco je)
pewarna hijau, perisa pandan


Cara-cara.
  1. Masak bahan B hingga gula larut, biarkan suam sedikit.
  2. Sementara itu satukan kesemua bahan A di dlm mangkuk dan gaul rata, ketepikan dulu.
  3. Masukkan bahan B kedlm bahan A dan gaul rata, kemudian tapiskan.
  4. Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna hijau/perisa pandan dan satu lagi letak bancuhan koko/coklat emulco.
  5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dngn kain.
  6. Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
  7. Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi dan panaskan sebentar.
  8. Masukkan adunan koko 1 cwn dan kukus selama 5 minit.
  9. Setelah itu lapis pula adunan hijau selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
  10. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan.
  11. Kuih benar2 sejuk barulah cantik di potong. Gunakan pisau plastik ya supaya licin potongannya. Selamat Mencuba.


25 comments:

  1. cantiknya acuan kuih lapis Nieza.. tentu sedap secantik rupanya..

    ReplyDelete
  2. assalmualikum

    walau disini masih awal pagi.
    bila memndang lapismu yang berwarna warni.. ohhhhhhhh sedapnya...

    ayu minta sepiring ya

    ReplyDelete
  3. cantiknya.... mesti sedap ni nieza.. saya ni nak melapis yg seloyang pon tak lepas.. ni nak melapis acuan kecik, mau nangis tepi kukus.. hehhee..

    ReplyDelete
  4. mas pun plan gak nak buat kuih lapiss ni..
    sedappnya tengokk kak..
    cantikkkk lak tu..

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak buat Kuih Lapis. Resepi pun dah hilang. Nak cuba nak cuba!

    ReplyDelete
  6. Salam kak nieza! wow! ada meeting hihihi... kita lama tak melapis kak, bila tgk kuih lapis akak ni terasa gatal2 nak melapis jugak tp minggu ni mood kita kurang sikit nak main masak2 sbb minggu lepas terlebih makan sudah :D

    ReplyDelete
  7. cantiknya acuan yg nieza guna tu,
    kalau akak biasanya letak dlm loyang ye
    biasa le ,,nak cepat aje

    ReplyDelete
  8. Nieza, semlm k.gee teringin nk buat kuih lapis tp tak cukup bahan...pagi ni tgk pulak kuih lapis seri wangi kat sini... aduyai... tambah2 terlior k.gee

    ReplyDelete
  9. Cantiknya, Nieza... mesti makan dengan penuh khusyuk untuk menghargai susah payah membuatnya cantik begini, kannn..

    ReplyDelete
  10. Kakak ingat lengkung/jelly masa tengok gambar tau Nieza sebab kilat-cantik. Bila baca baru tahu kuih lapis. Mould yg Nieza guna tu tambah menarik...

    ReplyDelete
  11. tergoda nengoknya..
    ada masa boleh cuba.
    cantik lak tu..

    ReplyDelete
  12. Nieza,

    elegant banget kuih lapis tu!!!

    ReplyDelete
  13. cantiknya acuan ni. i wonder how it's look like&beli kat mana ye? org2 kreatif ni mmg hasilnya ckp menarik. rasanya pun mesti sedap ni ;)

    ReplyDelete
  14. Salam Nieza....rajin betul Nieza melapis ya...nampak menarik bolehlah akak try nanti

    ReplyDelete
  15. salam kak niewaa alahaiii cantiknyeeeeeerajin akak melapis...mcm sayjee nk makan nihhhh

    ReplyDelete
  16. Cantiknya! Indah kuihnya sedap rasanya... alahai Nieza... geram kakak tengok!

    ReplyDelete
  17. cntiknya kuih lapis tu...bentuk bunga2 lg...minta sekuntum bleh x..hehehe

    ReplyDelete
  18. cantiknye .. boleh wat hantaran kawin..

    ReplyDelete
  19. telitinya kerja awak ni nieza.. kalau saya confirm curah je semua 1 warna & tentulah namanya bukan kuih lapis... Cantik & nampak sedap sangat

    ReplyDelete
  20. cantiknya mould nieza ni.. hasilnya pun cantik .. cam sayang pulak nk makan..

    ReplyDelete
  21. wahhh cantiknya kak...rajin betul...:)

    ReplyDelete
  22. zaaa..kmaz smpai lewatttt...ada lgi ke kuih tu utk kmaz....comel je...msuk mulut pun senang tu..xyah nk ptong2 dh kan...

    ReplyDelete
  23. Cantiknya kuih yang Nieza buat,berseni.

    ReplyDelete
  24. salam Nieza...cantik lah kuih ni..tentu sedap juga.

    ReplyDelete
  25. Kuih lapis moden ni... Cute-mute je... Salam perkenalan.. MEh blogwlking @ ogyep

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)