Home

13 Mar 2012

Demo Membuat Roti & Pizza

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua
update n3 tertangguh jer ni...memang lately ni tak sempat nk update blog dan bw pun. Macam-macam aktiviti ada. Rindu nak bw tapi itulah masa agak terhad jer bila sibuk-sibuk ni. Bila dah blk rumah macam batery weak jer rasa bdn ni... InsyaAllah bila dah free nanti saya bw yer. Terima kasih pada yang sudi singgah ke sini. Bukanlah saya tak masak cuma tak sempat nak n3kan menu masak-masak lagi jer. Hari ni juga agak membusykan saya sebab ada tempahan makanan utk lunch kat embassy. 

Oklah n3 ni cuma nak cerita demo  membuat roti dan pizza bersama teman-teman dari  Indonesia embassy disini iaitu pada 11 mac lepas mereka datang ke rumah saya untuk belajar meroti dan pizza ni. Actually dah lama juga diorang bagi tau saya yang diorang sangat berminat untuk membuat roti sendiri dan minta saya tolong ajarkan. Selalu tanyakan saya bila saya free dan bila dah sibuk dengan aktiviti luar persatuan ladies saya terpaksalah tangguhkan dulu sehinggalah sampai hari ahad lepas baru saya berkesempatan utk ajarkan.  Tak sampai hati pula untuk saya menghampakan hajat teman-teman ni, lagipun kawan yang seorang lagi tu dah tak lama dah disini dan akan pulang terus ke Jakarta nanti. 

Pada mulanya saya segan juga untuk mengajar meroti ni kerana saya bukanlah seorang yang pakar dalam bab meroti ni coz saya hanya belajar sendiri dan mencuba resepi yang dikongsikan oleh kawan-kawan blogger saja. Tapi tak menjadi masalah kalau yang berminat saya kongsikan bersama ilmu dan pengalaman selama saya mencuba membuat roti ni. Ilmu yang baik ni eloklah dikongsikan bersama kan so...apa yang saya katakan pada mereka saya sekadar berkongsi pengalaman saja. Semoga ilmu dan pengalaman yang saya kongsikan bersama ini dapatlah dimanfaatkan bersama juga. 

Resepi untuk membuat roti ni adalah sangat terbaik bagi saya kerana hasilnya sangatlah lembut dan gebu. Doh yang banyak ni juga saya gunakan untuk membuat pizza dan pelbagai roti lain. Dengan menggunakan doh yang sama tapi saya dapat hasil roti yang beraneka bentuk. resepi roti ni dah banyak kali juga saya cuba bolehlah rujuk disini dan disini

cara untuk membuat sosej blossom bun.  gambar ni agak blur sikit kerana diambil menggunakan camera hp jer.

 doh yang telah naik dan sedia utk dibakar



 siap ditopping dengan mayonis dan cili sos sebelum dibakar


 roti bentuk bunga tapi agak sememeh sikit disebabkan inti jem yang saya gunakan ini lembik. terlupa nak snap gambar step by step cara buat roti ni.
ni pula buat roti tocang..adunan yang siap diwarnakan dengan pink dan coklat
 ni lah hasilnya bila siap dibakar....fresh dari oven

 dengan menggunakan adunan doh yang sama juga saya buat pizza tuna pula.
pizza yang dah siap dibakar....
posing gambar  dulu sebelum mkn..
 minum petang dengan menu ringkas bihun goreng dan kuih bingka telur. Lupa pula saya nak snap pic.
Terima kasih pada Ibu Rahmi dan Citra yang sudi datang dan belajar membuat roti dan pizza ni. Semoga ilmu yang dipelajari ni dapat dimanfaatkan dengan baik. Terima kasih saya ucapkan pada semua teman-teman blogger yang sama-sama berkongsi resepi roti yang telah saya cuba buat selama ini dan izinkan saya panjangkan ilmu yang dikongsi bersama teman-teman lain pula. Jasa baik semua amatlah saya hargai.

53 comments:

  1. Assalamualaikum Nieza,

    Seronok tengok roti yang menjadi camtu. Roti sosej tu mmng kegemaran anak2 saya tapi ibunya buat tk penah menjadi...huhu..mintak izin copy resepi Nieza, Thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam Kak SH,
      cubalah resepi ni pula kak..mana tau menjadi nanti tapi saya dh buat byk kali memang bestla.simpan 3-4 hari pun roti masih lembut lagi.

      Delete
  2. Cantiknya! Pandai buat ye Nieza.... Kak Amie hanya tahu beli di kedai aje, rugikan kalau tak pandai buat sendiri!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak..bolehlah kak setakat nk mkn sendiri tu kan dok sini tak ada jual roti ni la kak.kalau kat msia senang kan nk mkn beli jer kat bakery tu.

      Delete
  3. tahniah nieza..dah jadi guru ...mulia tuuu ...kak pun selalu ajar kawan2 kat sini free..yg ptg kepuasan hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak Ilah, tapi tu la guru tak bertauliah bolehlah saya ni...hehe sekadar berkongsi pengalaman yg ada saja kak apa yg penting ikhlas nk berkongsi ilmu bersama kan:)

      Delete
  4. Nieza cantiknyaaaa ,macam2 adooo,munge sosej yg bulat tu akak belum try

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak Chik Mimi, tapi akak buat roti pun cantik gak...kena try ni kak sure anak-anak akak suka nanti:)

      Delete
  5. as-salam kak Nieza
    Wow, this bread looks so pretty and I am sure is fantastic in taste too.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam ady, tq..yes the taste was delicciouse..:)

      Delete
  6. Cantik roti2 yang awak buat tu...tak sabar pulak saya nak meroti...dah lama betul saya tak buat roti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq..cubalah buat pula Zalinzalina sure awak pun boleh buat mcm ni nanti.

      Delete
  7. if dekat boley join gak
    rajin betul la akak
    dah mcm pizza yg jual kat kedai tue

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayu, jauh pun kalau nk join boleh jugak..terbang la kesini..hehe btw. tq dear:)

      Delete
  8. Salam Kak Niezza...rajin betul buat aneka roti ek..bestnya makan time panas2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam Rahel, ceter pasal rajin meroti ni ada musim gak kalau dah start meroti rasa nk buat roti jer kalau dtng angin malas tu tak ada lah:)

      Delete
  9. Kak Nieza, comel pulak saya tgk roti tu. hehehe. Teringin pulak nak cuba buat. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. trylah buat hani...kalau tak cuba mana tau kan:D

      Delete
  10. assalam nieza..alhamdulillah murah rezeki nieza.
    sudi berkongsi ilmu dengan kawan2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam acik, ya alhamdulillah mudah-mudahan mcm tu jugalah kan.ilmu yg ada eloklah kita kongsikan bersama.

      Delete
  11. Assalam nieza, cantiknya kejadian roti bolsom tu, nampak sangat gebu semua roti n piza tu, sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak Rosaliza, tq kak..ni ada juga hasil dr tgn kawan-kawan yg buat ni saya cuma tunjukkan saja kak. resepi doh ni memang terbaik la kak.

      Delete
  12. ouh begitu caranya yang sosej bulat2tu! wahhh.. tengkiu .. wah.. best nya menu menu nya!! teringin nak coba lah! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kella boleh juga rujuk pada n3 roti saya yg lama dulu tgk pada lebel roti. selamat mencuba ya:)

      Delete
  13. kak nieza.. windunyer nk tgk gmbr masak2 akak.. byk aktiviti persatuan ye. windu pulak zaman2 aktif berpersatuan dulu.
    best jugak masak2 ngan kawan2 ni. kawan tun kt sini pun ada pesan suruh ajak dia bila buat roti. tp tu laa, sbb lama kan nk siapkan roti, susah pulak nk cari masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup Tun, kalau ada aktiviti memang akak sibukla sikit..dah keluar tu malas dah nk online..mskx2 pun simplex2 jer la. bila free dapatlah update blk. betul la tun sekali sekala kalau ada peluang memasak ramaix2 pun best jugakan tapi nk buat roti ni memang perlukan masa yg lama sikit tu sebabla sampai malam juga diorang melepak hari tu.

      Delete
  14. Salam Nieza..wahhhh rancak meroti nampak...Yang 1st one tu peberet saya tuuu...sosej+sayur campur+mayonis+sos...wahhhhhh best tuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam sue, tu lah angin meroti dah mari la...hehe saya pun suka roti sosej tu.memang fav sepanjang zaman la:)

      Delete
  15. sedap plak tengok roti dan piza nieza ni...rasanya cam nak cuba buat jugak...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah buat nanti..memang tak rugi kalau nk cuba pun sebab hasilnya memang sedap la:)

      Delete
  16. sedapnye..
    lapo saya nengok gambar2 roti & pizza nie.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lapo ke? nk kasi mkn pun dah abisla...hehe

      Delete
  17. wahh.. tahniah nieza.. msti seronok semuanya dpt belajar buat roti.. ank akk tgok roti kt atas tu terus jer oder..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak zana..itulah seronok juga bila tgk kawan-kawan suka buat roti ni.akak kena buat la nanti..memang bebudak suka kalau sosej ni kak.

      Delete
  18. fuhh dah leh bukak kelas ni kak nieza..apapon mmg kepuasan lebih kan dpt makan roti panas panas...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelas kecikx2 boleh la hajar..cikgu yg nk ngajar ni pun bkn pakar sgt pun masih dok belajar-belajar juga lagi.ya betul la satu kepuasan bila dpt mkn roti buat sendiri kan:)

      Delete
  19. Salam kak...

    geramnya tengok!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam...jgn ler geram pulak.kena cubalah nanti utk hilangkan geram tu yer..:)

      Delete
  20. menyelerakan.. :D.. tp pizza tu lady xleh makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa lak tak leh tu lady? saya semua boleh jer:D

      Delete
  21. bagus nya nieza.. dapat berkongsi ilmu kan.. seronok je tengok ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya la Izah ilmu yg ada kalau disimpan jer pun tak ke mana pun kan..baiklah kita kongsikan.semuanya datang dr Allah juga.

      Delete
  22. Salam kak! kita pantang tgk org buat roti, mesti nak main2 ngan tepung jugak :D tp sini dah petang, kena esok2 kalau nak buat :D Cantek! doh yg sama2 tp mcm2 leh kerjakan dia yer kak :D jimat tenaga pun ya ehehe.. akak apa khabar? sihat? takpe kak, uruskan yg penting dulu, BW dgn berblogging ni anytime leh kerjakan dia hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam Ika!khabar baik..tq dear.ya la betul juga tu utamakan yg penting dulu kan:) ya mcm2 cara kita boleh kerjakan dia ika.akak kalau nk meroti ni ikut angin juga..kalau angin rajin merotila kalau angin malas tu tido lena jer lah bibik (BM) tu..hehe

      Delete
  23. meleleh je air liur ni.. tangan nieza ni macam mesin je.. buat apa pon semua jadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak adalah sampai tahap mcm tu kak..saya juga insan biasa yg masih ada kelemahan dan kekurangannya.apapun kita syukurlah atas anugerahNya kan.

      Delete
  24. salam nieza... lama tak menyibuk kat dapur nieza ni...rajinnya meroti mcm2 bentuk ada...akak ni tak lulus lg nak buat gini nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak, apa khabar? saya pun lama tak singgah dapur akak.dah lama tak meroti kak ni pun atas permintaan kawan nk belajar meroti ni kak.insyaAllah akak pun boleh buat mcm ni juga nanti:)

      Delete
  25. Wahhh great one Nieza..cantik je roti sosej tu. Ada bakat you! Nanti leh ajar Love ya...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq dear Love! boleh jer nk belajar tu tapi Love kena terbang ke sini la nanti yer:)

      Delete
  26. Aslmkum Nieza.dah buat kelas roti....bagus kongsi ilmu dgn kwn2kan...apatah lagi dr negara lain tentu mrk suka dpt ilmu baru.roti Nieza buatpun cantik dan elok jadinya.akak bab roti belum pass lagi....tu yg malas nak meroti...

    ReplyDelete
  27. w.salam kak ziela, kelas kecilx2 jer kak.ni pun atas permintaan kawan-kawan jer la. ya la kan ilmu yg ada walaupun sikit eloklah kita kongsikan.akak pun boleh buat juga mcm ni kak..saya pun masih lagi belajar-belajar juga meroti ni.

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum Nieza... :-)

    Semlm Kak Lin nak komen kat sini tapi line x ok pulak. Cantiknya Roti Blossom tu...Kak Lin pun lama x buat Pizza...sedapnya....

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)