Home

31 Dec 2011

Summer Trip To St. Petersburg, Russia

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Cerita trip masa summer hari tu lum abis lagi...dah 5 bulan dah masa berlalu baru nak share kat sini tapi tak kisahlah sekadar untuk simpan kenangan disini saja. Actually, trip ke St.Petersburg ni we all pergi pada 25 July 2011 bersama dengan rakan-rakan Malaysia di Finland ni. Selepas balik dari sini keesokan harinya pula saya terus balik ke Malaysia untuk ziarah bonda yang sakit dan sebab  itulah juga saya terlupa nak share kat sini.

Percutian kami kesana cuma 3 malam saja dengan dengan menaiki kapal cruise dari Helsinki to St.Petersburg lbh kurang 14jam juga lah atas cruise ship tu. Kiranya kami bermalam diatas kapal pada hari pertama, esoknya kami bermalam di hotel sana dan bermalam pula diatas kapal masa dalam perjalanan balik. Bertolak dari Helsinki pada jam 5ptng dan sampai sana esok paginya. Bila sampai sana terus ke destinasi pertama iaitu check in hotel disana. Bila dah siap check in bilik dan letakkan semua barang kami pun teruskan perjalanan melawat di sekitar bandar  St. Petersburg.

 turun jer dari kapal  semua penumpang kapal disambut dengan alunan muzik dari pemuzik ni

 ni la kapal yg kami naik

 sedang berbaris untuk pemeriksaan pasport oleh kastam

 alhamdulillah sampai juga ke sini setelah lama dirancang.

 St. Petersburg adalah merupakan bandar sejarah lama dan bekas ibu negara Russia yang mana berjiran dengan negara Finland ni. Memang menarik tempat ni kerana kawasannya yang berhampiran dengan laut memang cantik dan indah sekali permandangannya. Masa ni musim panas memang cerah tapi yang tak tahan cuaca panas yang terik tu yang membuatkan kami cepat letih.Tapi syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kami semua selamat pulang ke Finland dengan selamat.





































 subhanallah....sungguh indah sekali ciptaan Allah bila dapat melihat saat-saat akhir terbenamnya matahari pada hari tu.





Sekian sajalah dulu cerita percutian kami musim panas di negara Russia ni dan merupakan percutian kami yang terakhir dalam tahun 2011 juga. Sekadar berkongsi cerita dan simpanan kenangan disini saja. InsyaAllah jika diberikan kesempatan dan diberikan rezeki untuk bercuti lagi pada tahun hadapan nanti bolehlah dikongsikan lagi...:D

5 comments:

  1. Assalam Nieza....waaah ni jalan2 penutup tahun 2012 la yea...jauhnya sampai ke Russia eh... sonok tgk.. Terima kasih atas persahabatan yang terbina...semoga Nieza berbahgia selalu.. :)

    ReplyDelete
  2. Kak Ummi
    w.salam Kak ummi, ya la kak ceter jalan dah lama tapi baru hari ni berkesempatan nk share..dah nak tutup tirai 2011 baru teringat kak..hehe

    tq juga diatas doa dr akak ..sama-samalah kita kak ummi. semoga thn 2012 nanti juga akan lebih baik dr thn sebelumnya..insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. seronoknya dpt melihat tempat yg menarik.. brtuah badan.. 2011 tinggal kenangan .. melangkah kita ke th 2012 dengan penuh semgt n azam..

    ReplyDelete
  4. kak dzana:
    tq kak. sementara berada ditempat org ni saja nk tgk kak.bila dh blk msia nanti sure dh tak berkesempatan lagi. selamat thn baru juga buat akak sekeluarga..sama-sama kita doakan yg terbaik buat thn 2012 nanti ya:)

    ReplyDelete
  5. Subhanallah..cantiknya la sunset tu. Memang tempat-tempat kat Russia cantik2 ek...Kawan sy sebelum ni study kat Russia dan selalu update dlm blog pasal tempat2 menarik kat sana.

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)