Home

4 Nov 2011

Salam Aidiladha

Assalammualaikum dan salam jumaat buat semua teman-teman blogger yang disayangi. Maaflah, banyak hari juga blog tak berupdate dengan n3 baru...lately ni mood untuk menulis semakin merundum dan sambil melayan mood bermalas-malasan. Maybe faktor cuaca disini juga turut mempengaruhinya. Betul la cakap orang kalau ketika autumn cuaca selalu gloomy, tak ada matahari dan cepat gelap....waktu siang yang semakin pendek membuatkan seseorang itu akan stress. Di Finland ni sampai ada kes yang membunuh diri pun ada bila cuaca mcm ni...nauzubillah..minta kita dijauhkan. 


Actully, saya bukanlah stress apa pun cuma kekadang tu hati dan perasaan saya selalu melayang terkenangkan bonda yang masih lagi terlantar sakit jauh nun disana. Kalau dulu, rindukan bonda telefon dan skype saja yang menjadi pengubat rindu saya bila berjauhan tapi sekarang ni,  semua itu dah tak berguna lagi buat saya. Sejak bonda diserang stroke, bonda dan tak boleh berjalan dan bercakap seperti dulu lagi. Teringat semasa saya berskype dgn SIL sejak baru blk sini hari tu, SIL ada tunjukkan gambar saya pada bonda tetiba nampak air mata bonda mengalir...bonda tak mampu untuk bercakap sepatah apa pun lagi tapi saya tahu hati dan perasaanya. Saya disini, lagi ler terasa sedihnya berjururai air mata saya mengalir bila melihat bonda melalui video skype. 


Sejak dari hari tu, saya dah tak sanggup untuk berskype lagi dgn SIL takut bonda akan sedih lagi. Saya hanya bersembang dgn SIL dan bertanya khabar melalui telefon saja. Ya Allah berdosakan saya buatkan bonda menangis....setiap kali lepas solat saya hanya mampu berdoa dan membaca yasin saja untuk bonda. Saya tak mampu lagi membantu untuk menjaga bonda tapi apakan daya...tempat seorang isteri adalah disisi suaminya.


Saya sedar ini adalah ujian dan dugaan yang saya lalui bila dok jauh di perantauan orang ni..bukanlah saya kesal dengan apa yang berlaku tapi saya redha dan  terima seadanya tapi apa yang saya mohonkan semoga Allah SWT berikan kekuatan pada saya untuk tabah dan sabar menghadapi dugaan ini. Maaflah, saya sekadar meluahkan apa yg saya rasa disini saja, bukan ada niat apa-apa kerana blog ini dan teman-teman blogger disinilah yang telah menceriakan hidup saya. Dengan sibukkan diri disini juga kekadang telah sedikit sebanyak membantu mengalihkan ingatan dan kesedihan yang saya rasa. 


Bersedih bukanlah disebabkan saya tak dapat balik raya ke apa cuma sedih tak dapat menjaga bonda sedangkan saya disini ada byk masa terluang. Walaupun diberikan kesempatan 2 bulan  menjaga bonda tetapi amatlah terlalu sikit berbanding dengan pengorbanan yang diberikan bonda membesarkan saya. Bab beraya di perantauan adalah biasa buat saya sejak berkahwin dengan suami yang bertugas di luar ni. Walaupun tiada kedengaran takbir, saudara mara dan korban lembu dan sebagainya tapi kita tetap akan meraikannya..walaupun secara sederhana saja...syukur alhamdulillah.

Dalam kesempatan ini,saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua teman-teman blogger, teman-teman fb, silent readers yang sudi singgah ke blog buruk saya ni dan tak lupa juga buat semua umat islam  di seluruh dunia.Semoga Hari Raya Aidiladha pada tahun ini lebih baik dari tahun lalu. Mohon maaf sekiranya saya ada terlanjur kata..sama-sama kita bermaafan dihari  mulia yang akan menjelang tiba ni nanti..semoga kita sama-sama mendapat rahmat ilahi selalu hendaknya....salam sayang buat semua :D


         KEKURANGAN YANG SATU
Kekurangannya hanya pada yang satu.
Anak-anak tidak pulang ke desa.
Jika ada pun, mungkin di hari kedua. Kerana komitmen kerja dan tanggungjawab yang tidak mengenal Raya. Kampung halaman kurang menerima kepulangan anak kota.
Namun…
Andai kekurangan itu membolehkan anak-anak menjadi soleh dan terhindar daripada dosa, maafkanlah kekurangan itu duhai sang ayah, duhai sang bonda. Mungkin takbir Aidil Adha sedikit sepi daripada gelak tawa mereka, tetapi jika dengan itu anak-anak bisa lebih patuh kepada yang Esa, maafkanlah kekurangan itu.
Anak yang akan memanjangkan doa selepas matimu, bukan semestinya anak yang selalu pulang, andai pulangnya membawa dosa. Anak yang doanya didengar Tuhan, bukan semestinya anak yang pulang dengan hilai tawa kegembiraan, andai ketawa itu hanya menjauhkan keluarga daripada-Nya.
Anak yang doanya didengar Tuhan, adalah anak yang soleh, anak yang patuh kepada Tuhan. Biar pun di Aidil Adha mereka dan ibu bapa terpisah berjauhan.
Ibrahim jauh daripada keluarganya. Hajar dan Sarah sering jauh daripada suami mereka. Ismail dan Ishak sering berjauhan daripada ayahanda, namun rumahtangga itu memancarkan sejuta kehebatan. Biar tubuh terpisah  di ufuk mentari, semuanya hampir, dekat di hati.
Jauh adalah pada jauhnya semua daripada-Nya.
Dekat adalah pada intimnya kita mendampingi Dia.
Justeru pada satu kekurangan di Aidil Adha, maafkanlah anakanda yang kejauhan.
Kerana mungkin dalam kekurangan itu, doa si anak lebih didengar Tuhan.
Maafkan kami wahai ayah dan bonda.
Ampunkan kami wahai Tuhan yang Maha Memaafkan.
kredit kepada: 
ABU SAIF @ www.saifulislam.com

30 comments:

  1. sedeynyer baca....x per akak yg pasti bonda akak pow faham perasan akak mcm mana....IA moga bonda cepat sembuh ....sempat gak buat kad raya ek....selamat hari raya haji buat akak sekeluarga...

    p/s::akak font saiz blh besarkan sket x?? terasa kecil sgt...ker mata ayu yg rasa gituew ekkk???

    ReplyDelete
  2. smga bonda nieza cepat sembuh.. selamat hari raya adil adha buat nieza diperantauan..

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidil Adha Nieza...

    Semoga Nieza tenang dan sabar dengan segala dugaan..
    hanya insan-insan yg terpilih sahaja yg di uji sehebat ini.. dan Nieza antara yang menjadi pilihan Nya..
    Ada rahmat yang menanti di sana..

    Jangan putus berdoa untuk kesejahteraan bonda tersayang..

    ReplyDelete
  4. salam kak nieza...salam aidiladha juga...akak kuatkan dan tabahkan hati ya..n3 akak buat sy bercucuran air mata...

    ReplyDelete
  5. dindaaa...
    kanda juga amohon maaf...salah silap di hari mulai ini..semoga bonda kita berdua cepat sembuh aminnn... mmg sedih kan.. kita sama2 alami..dlm keadaan yg berbeza...

    ReplyDelete
  6. assalam nieza, salam aidiladha buat nieza&suami.

    Akak doakan semoga bonda nieza cepat sembuh..Bykkan berdoa dan bersabar menempuh ujian dr Alla s.w.t.Ada hikmah disebalik semuanya

    ReplyDelete
  7. moga bonda nieza cepat sembuh ye & selamat hari raya

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Nieza adikku,
    sabar ya dik,akak faham sangat perasaan Nieza ketika ini...lebih2 lagi mengenangkan bonda yg sakit...betul kata Nieza tu, tempat isteri adalah di sisi suami...berdoa dan sentiasalah berdoa moga bonda Nieza cepat sembuh dan sihat spt sedikala ya...Salam AidilAdha buat Nieza dan suami. Jaga diri dan kesihatan sepanjang di perantauan ya sayanggggg..

    ReplyDelete
  9. salam nieza...selamat hari raya aidiladha buat nieza dan suami..semoga tabah dengan ujian ini ye..doakan yg terbaik buat bonda...

    ReplyDelete
  10. Salam Nieza, selamat hari Raya Aidil Adha buat nieza n suami... berjauhan cuma dimata tp bonda dan keluarga tetap dihati kan... banyakkan berdoa, semuga bonda nieza cepat sembuh spt semula.

    ReplyDelete
  11. Selamat Eid Ul Adha dari Shah Alam.

    ReplyDelete
  12. Assalam Nieza..memang nieza sedih..tapi..seperti kata nieza..tempat seorang isteri adalah disisi suaminya.
    suami juga telah memberi peluang untuk nieza menjaga bonda selama 2 bulan.
    semoga nieza diberi kekuatan..dan banyakkan bersabar dan berdoa..sentiasa menghadiahkan bonda nieza dengan ayat2 suci alquran..walaupun dari jauh..pohonkan yang baik2 buat bonda nieza.
    insyaallah.

    ReplyDelete
  13. kak nieza selamat hari raya..ye kan memang takde suasana nak raya pon..semoga bonda kak nieza sihat kembali..insyaAllah..

    ReplyDelete
  14. selamat hari raya Aidiladha buat Nieza dan keluarga yer...

    ReplyDelete
  15. Assalam nieza, akk pun nak ucapkan selamat hari raya aidil dha buat nieza n suami.

    moga bonda nieza cepat pulih seperti biasa, bersabarlah

    ReplyDelete
  16. sedihnye kak..... semoga akak terus tabah.. tun doakan ibu akak cepat sembuh, insyaAllah..

    ReplyDelete
  17. Assalam nieza,
    tanpa disengajakan airmata akak telah jatuh berjujuran dik..sungguh terharu baca luahan hati nieza ni..akak dapat bayangkan perasaan niez tu..tapi bersabar lah ya..insyaallah Allah tak akan menguji umatnya diluar kemampuannya..

    selamat hari raya aidil adha buat nieza & hubby ya..take care dear..

    ReplyDelete
  18. Assalammualaikum Nieza.terharu akak membaca kisah Nieza. Akak doakan moga bonda Nieza sihat kembali.sedihkan bila kita berjauhan begini...org yg kita sayang sakit dan memerlukan kita di sisi tp apakan daya jarak membataskan...betul kata Nieza ujian yg dilalui bila jauh diperantauan...Allah menguji ketabahan kita dan moga Nieza terus diberikan kekuatan dan kesabaran....
    Slmt hari raya Aidiladha buat Nieza&hubby.

    ReplyDelete
  19. slm aidiladha juga dari k'ida yer,..moga bonda nieza beransur sembuh..insyaAllah

    ReplyDelete
  20. Salam Aidiadha Nieza.Kak Ros macam Nieza jugak raya diperantauan.Kat KL tak balik Kelantan...ah...kan dah buat lawak bo....Saja nak hiburkan hati Nieza.Semuga semuanya selamat untuk Nieza ya.

    ReplyDelete
  21. Assalam Nieza,
    Sayu membaca coretan nieza kali ni. Harap nieza terus tabah dan tenang menghadapi dugaan. Teruskan berdoa sebagai bukti sedalam mana kasih sayang dan cinta nieza pada ibu. Allah Maha Mendengar kerana Dia lebih mengetahui apa yg tersirat di hati setiap hambanya.

    Salam Aidiladha juga buat nieza & hubby...

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum Nieza

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
    Semoga Amalan Kita Diterima Oleh Allah

    saya doakan agar ibu anda dlm keadaan sihat

    Wassalam

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum nieza..

    berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...sabar ye dgn ujian ini, moga bonda nieza cepat sembuh...redho dgn apa yang berlaku..

    Salam aidiladha dari Nagoya.;)

    ReplyDelete
  24. Selamat hari raya aidiladha buat nieza sekeluarga.. semoga bonda beransur sembuh.. amin.

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum nieza..
    Salam Aidiladha buat nieza n suami..
    akak doakan moga bonda nieza sihat sejahtera hendaknya... sedih rasanya membaca entri nieza nie.. tapi akak harap n berdoa moga nieza tabah n sabar menempuhi segala ujian dariNya yer..

    ReplyDelete
  26. salam aidiladha
    semoga bonda nieza cepat sembuh

    ReplyDelete
  27. salam kak nieza.. sabar ye.. moga bonda akak cepat sembuh ye.. salam aidiladha dari ita sekeluarga

    ReplyDelete
  28. sayunya baca luahan nieza ni.. sabar ya.. semoga semuanya dlm perlindungan Allah.. semoga bonda nieza kembali sembuh.. berkat doa anak2 dan keizinan dr Nya..

    slmt hari raya nieza.. :)

    ReplyDelete
  29. Salam Niza,

    sedihnya membaca luahan hati Niza..saya harap Niza tabah menghadapi semua ini. Memang mudah bercakap kan, dan berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..tabahkan hati!!

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)