Home

8 Nov 2011

Sambutan AidilAdha 1432H Dan Tetamu Dari Kuopio

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hari ni nak ceter pasal aktiviti We all kat sini jer yang mana sambutan beraya aidiladha disini secara sederhana saja....alhamdulillah walaupun secara sederhana tapi tetap disambut juga cuma cara sambutannya saja yang berbeza dengan org di Malaysia. Kalau di tanahair kita dikelilingi dengan sedara mara tapi bila diperantauan orang ni hanya kawan-kawan diperantauan orang ni saja yang ada. walaupun tak ada korban kat sini tapi solat sunat aidiladha dan jamuan makan-makan tu adalah juga.

Alhamdulillah raya aidiladha kali ni saya diberikan kesempatan untuk bersama suami berbeza dengan sambutan aidilfitri yang lepas kami hanya berjumpa 2-3hari selepas raya. Pada jam 9pagi saya dan suami keluar ke masjid yang terletak berhampiran dengan rumah untuk menunaikan solat sunat aidiladha. Masjid tu ramai juga org dan ada 2 sessi untuk solat pada hari tu iaitu pada jam 9.30am dan 10.30am untuk sessi yang kedua. 

Semasa di masjid itu juga secara tidak sengaja saya berjumpa dengan tetamu yang datang dari jauh iaitu blogger Ijan @ Blogresepi yang belajar dan tinggal di Kuopio. Walaupun kami dok dalam negara yg sama di Finland ni tapi saya lum pernah lagi bersua muka hanya bertegur sapa di blog dan facebook saja. Jarang-jarang juga Ijan join beraya disini kerana jauh juga perjalanan dari Kuopio ke Helsinki ni. Lebih kurang dalam 4jam 30minit juga perjalanan by train. Alhamdulillah seronok juga dapat berjumpa Ijan dan family. Selepas berborak tu saya dan suami pun mengajakla diorang sekeluarga ke rumah  sebentar sementara nak menanti seorang kawan dtng untuk pergi bersama-sama ke majlis makan di rumah kawan. 




Menu simple saya di pagi hari raya......tak masak banyak pun sebab tgh hari dah ada jemputan makan-makan. Tak sangka pula ada tetamu jauh nak datang .Kalau bagi tau awal-awal nak datang, insyaAllah boleh masak menu special lagi....hehe btw, Maaflah ijan yer...hanya ini saja hidangan yang dihidangkan. Kuih talam suji dan puding tu buat untuk potluck kat umah kawan.

Ijan ni comel dan manis jer orangnya mcm mana tgk dalam gambar mcm tu ler rupanya...jauh beza tul ngan saya ni :D 
Tapi yang best tu orgnya peramah dan banyak cerita yang nak di sembangkan insyaAllah jika ada kesempatan lagi nanti bolehlah kita jumpa lagi.

 Mikael dah bosan dgn semua org asyik berborak jer.....layan kartun dulu yer:D


 bergambar untuk kenangan bersama kawan yang study PHD kat sini Izza dan Ijan sefamily....lepas ni tak pasti ada kesempatan lagi ke tak nak beraya bersama sebab Ijan pun maybe next year dah nak balik Malaysia.

Setelah selesai makan dan borak dirumah saya.....kami semua pun memulakan perjalanan  bersama pada jam 11pagi ke rumah kawan  untuk majlis makan-makan disana pula. Disinilah kami berkumpul dan dapatlah berjumpa dengan kawan-kawan family student Malaysia lain yang berada di Finland ni. 

 antara tetamu yang hadir


macam-macam makanan ada. ada nasi minyak, ayam masak merah, lauk kari kambing, rendang daging nogori,lemang, asam laksa, nasi himpit, sambal jawa tempe, nasi dagang,gulai ikan tongkol, dan juga pelbagai lagi dessert.....banyak sangat menu sampai saya lupa nak snap photo dessert dah. Saya cuma bawakan puding dan kuih talam suji saja.

 gambar ni lak cerita pada keesokan harinya......selepas abis aktiviti ijan bershopping saya dan suami pun bawalah Ijan makan lunch ke restaurant Malaysia kat Helsinki ni. Isi perut kasi kenyang dulu sebelum diorang berangkat pulang ke Kuopio. Nak ajak makan kat rumah puh dah tak sempat coz train diorang balik ke Kuopio petang tu juga.



di station train @ Helsinki . Ijan dan family dah ready nak balik ke Kuopio.Mikael pun nampak dah seronok naik train tu. Alhamdulillah dah selamat sampai tu yer Ijan. InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi nanti....jemput datang lagi  yer:D

16 comments:

  1. Salam Nieza,
    Terima kasih ada cerita istimewa pulak kami di blog Nieza. hehe... :)

    Kami memang seronok kali ni dapat beraya di Helsinki dengan kawan2. Dapat juga akhirnya jumpa kawan2 semua. Buat Nieza dan En Faizal, setinggi tinggi terima kasih kami ucapkan atas semua nya. Bawa kami jalan2 sampailah hantar ke train station. Semoga dapat kita berjumpa lagi lain kali ye :)

    Saya pun belum sempat nak edit gambar lagi. Nanti nak juga buat kenang kenangan di blog. :)

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya...meriah juga sambutan raya di sana ..walaupun hanya menjamu selera..ada tetamu lagi..bestnya

    ReplyDelete
  3. meriah jugak raya kat sana ekkk
    menu raya kira malatop gak la tu kak
    jelezzz tgk umah akak besar sebab umah kami kat jpn ni kecil2 jer...muat2 if ramai nk dtg mmg x selesa...

    ReplyDelete
  4. wahh... bestnyer!! lg meriah raya kt finland dr kat bintulu nih.. huhu.. eii.. cubit pipi mikael! geram nengok..

    ReplyDelete
  5. Nieza, wpun jauh dari family tapi seronoknya dapat gader2 ngan kawan2 dihari raya... dan menu raya tu... pastinya serasa macam sambut raya kat mesia kan...

    ReplyDelete
  6. salam aidiladha diperantauan nieza..
    wah seronok dpt jumpa ijan & family..byk juga menu dihidangkan w/pun dlm keadaan tergesa2..bila dh diperantauan..dpt berjumpa mcm satu family kan..

    ReplyDelete
  7. salam aidiladha kak niza... meriah juga sambutan kat sana ye... :)

    ReplyDelete
  8. Assalam nieza, nampaknya lagi meriah kat finland dari mesia raya. Best jupa ramapi kwn2 mesia kat sana, hilang sikit rindu nak ckp melayu hehe

    ReplyDelete
  9. slm aidiladha juga dari k'ida...seronok bila dpt bersama kwn2, mkn sama2, satu cara sbg pengganti family yg jauh dan dpt meriahkan suasana raya dirantaukn nieza...kecil comel jer ijan ni yer...bestnyer dpt jumpa rakan blogger

    ReplyDelete
  10. Waaaaaaaaaaaahhh..ni jeleessss niih!! syoknya meriah jgk aidil adha kat sana yea Nieza....suka akak tengok you all gader2 camni... makanan pun ngencess jek tgk. :)

    ReplyDelete
  11. waaa... seronoknya nieza.. akk tumpng gembira .. bila diperantauan kwn2 lh yg mjadi saudara kita kan..

    ReplyDelete
  12. salam kak nieza.. lawanya rumah.. bak kata ayu kat atas tu.. rumah jepun alahai kecil je.. huhhuhuhu... seronok dapat berjumpa dengan ijan..:)

    ReplyDelete
  13. meriah :)
    seronok tengok..walaupun jauh di rantau tetap merayakan dgn meriah

    ReplyDelete
  14. cantiknya rumah kat sana! kalau tengok rumah kat jepun ni mcm kotak je. hehe..best kumpul ramai2 jumpa ijan lagi. eh nmpak LL la kat situ. :D

    ReplyDelete
  15. Ijan:
    w.salam..sama-sama kasih Ijan...cerita untuk kenangan saja ni..apapun seronok dapat berjumpa dgn Ijan sekeluarga. Lain kali jemputla dtng lagi yer:)

    Kak Nazrah:
    biasa jer kak tapi bila dah berkumpul dgn kwnx2 ramaix2 ni terasa juga meriahnya:)

    ayu:
    bolehlah ayu tapi raya haji ni sambutannya tak la semeriah raya posa kan. akak last year blk Malaysia tak adala sambut kat sini.umah kat Finland ni pun tak la besar sgt ayu org sini pun x suka buat umah besarx2..maybe faktor cuaca sama kot.

    Tun:
    alahai ciannya tun...gitulah ada org merantau kan sabar la yer. mikael tu malux2 kucing jer tgk org...hehe

    Kak Rose:
    betul la kak...bila dah berkumpul ramaix2 tu terubat juga rindu pada family yg jauh:)

    Kak Zai:
    salam aidiladha buat kak zai sekeluarga juga. yer kak kwnx2 dah jadi mcm sedara juga la bila jauh dr family ni..memang seronok:)

    Noorsha:
    salam aidiladha juga buat noorsha sekeluarga...boleh la sha meriah jumpa kwnx2 dan mknx2 jer:)

    ReplyDelete
  16. Kak Rosaliza:
    betulx2 memang seronok bila berkumpul dgn kwnx2 ni kak..kalau dok Msia selalu kita berkumpul ngan family la kan:)

    Kak Ida:
    ya betul tu kak kwn yg sama-sama merantau dah jadi mcm family la juga kan...memang seronok jumpa ijan:)

    Kak Ummi:
    itulah kak selalu nengok blogger kat Msia jer gaderx2 kan kita pun jeles gak...hehe

    Kak dzana:
    ya la betul tu kak...kwnla pengganti sedara yg jauh dimata:)

    Juwita:
    tq Ita...tak la besar sgt ita..tapi kat Jepun memangla tanah terhad kan.

    Kak Kasih:
    tq kak...gitulah adat org merantau kan kak:)

    Kak Asmara:
    ya betul setuju tu....sama-sama kita merasa bila dok merantau ni kan..haha memang best jumpa Ijan dan LL pun ada join sama tu:)

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)