Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. masih lagi dengan menu tertunggak....kuih bakar durian ni saya buat masa bawa ke morning coffee dengan persatuan hari ahad lepas. Malam tu mood terajin sikit...saya buat puding keju dan kuih bakar durian ni sekali. Actually kuih bakar durian ni nak buat untuk makan sarapan pagi tu tapi saya tgk adunannya banyak sangat...dan memang tak abisla kalau nak makan berdua jer kan so..bawa la ke majlis tu sama. Bagi yg family tak ramai boleh juga buat 1/2 adunan.
Kebetulan nak abiskan stok durian yang beli frozen tu juga...kat sini biasa beli durian frozen jer dan memang ada dijual dikedai aseanic dan vietnam. Durian siam jer ...import dr Thailand tapi bolehla kan kalau nak mkn tu. Mr.hubby memang suka durian ni....saya ni kurang sikit dan tak suka mkn gitu tapi kalau diproses buat lempuk dan kuih atau masakan lain saya makan la.
oklah berbalik pada n3 hari ni..kuih bakar durian ni resepinya saya ambik kat dapur Noorsha dan menurut Norsha lak resepi drp Kak Fida dari my resepi. Terima kasih pada kak Fida dan Noorsha kerana berkongsi resepi kuih yang sedap ni..memang sedap terasa lemak manisnya tu dengan ditambah isi durian lagi tu. So..bagi peminat durian bolehlah mencuba yer...:D
Sumber Resipi : Kak Fida, Myresipi, noorsha
Bahan²(loyang 11 x 11 inci)
250 gm isi durian
1700ml santan (600 ml santan kotak + 1100 air)
600 gm tepung gandum
400 gm gula pasir
6 biji telur
1 sk garam
2 sk pewarna kuning lemon + 1/2 sk pewarna hijau
saja guna SM bunga ros comel-comel ni....SM ni dah lama dah beli cuma baru kesempatan nak guna.
Cara²
1. Satukan kesemua bahan² ke dalam mangkuk dan kacau rata. Tuang adunan ke dalam pengisar dan kisar semua hingga halus. Tuang semua adunan yang dikisar kedalam mangkuk dan kacau hinggga rata sampai sebati.
2. Panaskan oven 180 C
Ya allah, memang cantik sungguh acuan kuih bakar durian nieza tu....
ReplyDeleteterpesona ayu...
gebu pula tu..
nak sarapan ke sana boleh?
terbau bau durian sampai Putrajaya hehe.Akak mmg hantu Durian.Apa saja asalkan durian suka.Biji durian pun suka hehe
ReplyDeleteSyoknye ada yang frozen nieza... Sini pak arab tak juai. Hehe... Bila org vietnam nk mai bukak kedai kt kuopio neh.hihi
ReplyDeletesaya kurang suka mknn berasaskan durian..tapi jadi rasa nak mkn tengok rupa kuih awak yg menarik!
ReplyDeletekuin cantik dgn mould yg cantik...teringin gak nk beli tapi dia tak muat la oven akak...oven akak mmg kecik comel ja nieza..kena bili mould yg sebiji2 jer tu
ReplyDeletemahal tak durian kat sana?
ReplyDeletetapi kalau nak makan..beli jelah kan.
Senang kalau ada kedai asian ni kan
Amboi Niezaaa.. Kuih bakar durian pun bentuk bunga jugak yer.. Cantiklah silicon mould tu.. Suka tgk kaler hijaunya tu..
ReplyDeleteWah hebat la Nieza, kita cni pun belum dapat lagi lolian, Nieza dah dapat, cantik kuih bakar tu...mula akak ingat cream puff..... so...so...creative
ReplyDeletesalam nieza - Menarik sgt durian lagi tu. Thank You Inform me!
ReplyDeleteAs'Salam Nieza
ReplyDeleteNak kuih bakar jugakkk! sangat2 suka lagi2 kalau ada kerak tu emmm sedapnya. Tambah pulak minum dengan kopiO panas layannnn..
berkenan dengan mould nieza yang cun itu, di KL ni mana nak cari..
amboii rajinnye kak nieza nih...cb yang duduk kawasan berlonggok -longgok durian pun tak tercapai di hajat nak buat lagi...akak memang rajin...cantik laa akak nye SM :)) cute mute
ReplyDeletewah wah...mana dapat doyan ni? import ke? ke ko tanam tepi rimah tu? hhaa..jeles aku..dok cni pon tak jumpa doyan..ke doyan yang tak jumpa aku?
ReplyDeleteaishhhh...cantiknya acuan!
ReplyDeleteishh ada lagi stok deriyan yer...kat sini dh mula melambak depa juai hat siam mari punya...akak tggu hat durian kampung punya...bestnyer kuih bakaq deriyan tuh..tang garing2 tuh mmg bestttt....
ReplyDeletemenggoda betul la tgk kuih bakar ni....mesti terangkat habes ni ngeee
ReplyDeleteKak nieza,comeynyer kuih bakar bila dibakar dlm S/M tuh..Sy pon da juga jns bunga gini,baru sekali guna jer..Doyan frozen pon kira oklah juga kak,bgi lpaskan kempunan,hihi..
ReplyDeleteuwaa.... tun ternampak SM omey tuu smp terlupa kat kuih bakar tu.. adoiiii.. nk gi cari kat mana niiii..
ReplyDeletegaring nya kulit kuih bkr ni..sedapnya kalau dpt yg byk kerak2 tu..kalau guna acuan ni..x lekat kan..sng je nk keluar kan..akak ada satu je acuan yg besar tu.
ReplyDeleteAssalam Nieza cayanggg...tu dia...kuih bakar doyaaannn dah kuar...byk doyaaan sana eks...terbalik pulak, kat sini mcm nak habis musim lak...hehhe
ReplyDeleteAssalam nieza, dok jauh2 pun dapat juga mkn kuih bakar durian, akk kat mesia ni pun tak terbuat2 lagi heheh, cantik munge2 ros tu, best yg kerak2 tu
ReplyDeletecantik nya SM tu... rasa macam terbau2 kueh bakar durian sampai sini... saya suka kueh ni..!!!
ReplyDeletesedap dan cantik dalam SM bentuk munge tuh...
ReplyDeletecantiknya acuan k.nieza,lembut kue bakar k.nieza wat mesti sedap mkn xtgk kiri kanan da..hehe. adui tringin lak nak mkn durian..hahha, tp sini ikut musim gak, kekdg ada kdg xda.
ReplyDeletekak nieza.. geramnya dengan SM tu.. cantik.. ita pun suka resepi kuih bakar durian ni sedap..:)
ReplyDeleteAssalamualaikum Nieza
ReplyDeletesedapnya nampak kuih bakar tu..dh lama kak nur tk buat kuih bakar...nk mintak sepotong boleh tk Nieza??
Thks ya Nieza bertanya khabar akak...love u dear...take care!!
Aslmkum Nieza, cantik acuan kuih bakar Nieza...bhg garing kat atas tu yg sedap.puding keju kat bawah tupin nampak menawan...warna pink dan putih menawan sekali...kena pula acuan bunga ros cantik...
ReplyDeleteohh Nieza setiausaha PERWAKILAN....mmg sibukkan kalau ada program dan mttg.2 minggu lepaspun akak di sini ada program morning coffee tp kali ni buat direstoren.
re; mmg meriah majlis kemerdekaan dg pelbagai makanan...byk yg hotel sediakan dan ada yg kami ladies pkt masak.
cantiknya nieza..
ReplyDeletekuih bakar yang haritu pun dah sedap. Tambah durian ni lagilah sedap kot....
bestnya.akak pun ada buat kuih bakar ni dua tiga hari lepas tapi sayang tau nieza acuan baru akak tu terlekat pulak.akak guna acuan kuih bahulu kemboja tu. terlupa nak panaskan dulu..ishhhhh...sayang kan nieza?.
ReplyDeleteKalau masakkan yang dicampur dengan durian tentu rasanya sedap dah tu baunya wangi.
ReplyDeletePegi rumah CM, dia pun buat sumthing dgn derian. Mai sini derian gakk.. nak makan deriannn..
ReplyDeletecantiknya tgk kuih bakar durian nie nieza.. comel... skg kat tmpt akak mmg dah ada durian.. tapi akak plak x d benarkan makan durian skg nie.. kurang sihat sikit.. huhu... x per.. akak jamu mata kat dapur nieza jer ler kan.. :)
ReplyDeleteTerima kasih untuk blog yang menarik
ReplyDeleteBoleh ke guna mould tu dlm oven?xcair ke?sy pon ade tp xpernah lak try masuk oven sbb ingat utk wt puding je hehehe
ReplyDelete