Home

14 Nov 2011

Angel Hair Goreng Pedas Berempah


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. 
Hari ni layan angel hair jer lah versi pedas ikut citarasa tekak org melayu....haha mcm mana sedap pun mkn omputih ni saya rasa sedap lagi masakan kita kan...nak yang pedasx2 jer. Selalu juga masak goreng-goreng gini  tapi jarang nak share pun sebab selalu main campak-campak jer.


 Sejak dok kat sini memang tak ada mee kuning pun nak buat sendiri mee kuning malas pula yg paling senang masak spaghetti jer la. Tapi kali ni saya cuba resepi Kak Nor dan olahan Zaliedana ni pula yg versi bercajun. Lama dah org abis mabuk cajun saya lak tak abis lagi..:D Tapi cajun dan serbuk berempah yg lain memang sentiasa ada stok pun...mr.hubby kalau masak dia suka bubuh semua tu. Oklah terima kasih yer pada Kak Nor dan Zaliedana kerana berkongsi resepi ni...Izinkan saya berkongsi disini pula.


Resepi : Kak Nor
Sumber olahan : Zaliedana
Bahan:
  • 1/2 paket angel hair
  • 1 kpg dada ayam -  dipotong kecil
  • 3 ulas bawang putih -  diketuk dan dicincang
  • 1 labu bawang besar *
  • 1 biji tomato (besar) *
  • 1/2 batang carrot *
  • 1/3 biji capsicum merah *
  • 1/3 biji capsicum hijau * (* dipotong dadu)
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk cili kasar
  • 1/2 sudu besar cajun
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 cawan air rebusan angel hair
  • 1 biji telur - dipukul sedikit
  • garam dan sedikit gula secukup rasa
  • daun sup


Cara memasak :
  1. Rebus angel hair sehingga lembut dan toskan. (Asingkan 1 cawan air rebusan)
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan ayam dan masak hingga isi ayam bertukar warna putih.
  4. Masukkan tomato, carrot, capsicum merah dan hijau dan goreng seketika.
  5. Masukkan pula serbuk lada hitam, serbuk cili kasar, cajun, sos cili, garam dan sedikit gula jika suka.
  6. Masak hingga tumisan berbau wangi dan alihkan bahan2 ketepi kuali dan masukkan telur.
  7. Biarkan telur masak sedikit lepas tu kacau hingga menjadi seperti scramble egg.
  8. Masukkan angel hair dan juga air rebusan tadi (tujuan dimasukkan air adalah utk menghasilkan angel hair yg sedikit basah dan tidak terlalu kering.. boleh skip jika lebih suka angel hasir yg kering)
  9. Kacau goreng lagi sekejap dan bolehlah dihidangkan dlm pinggan.
  10. Taburkan daun saderi sebelum dihidangkan.

27 comments:

  1. mmg sedap khen kalo makan pedas2
    mau plak org utara mmg terkenal ngan masakan pedas tue....mmg terangat giler la....nmpk sedap sgt angel hair akak buat ni

    ReplyDelete
  2. fuuhh... kaler yang menyala tu menikam kalbu... pastinya sedapppppp...!!!!! lapar pulak ni..

    ReplyDelete
  3. As Salam Nieza...
    Nmpk sedap plak pasta Nieza nih.. biasa lah tekak org melayu wlpun dimana kite berada mesti nak yg kemelayuaan tuh hehehe

    ReplyDelete
  4. lagi pedas lagi sedap.. klau akk pun masak curi2 letak cili pes.. tpi selalu ank bujang akk komplen.. knp pedas bu.. hihihi.. ank bujang akk tu selera western.. tak suke yg pedas2

    ReplyDelete
  5. salam nieza....mmg sedap kalau pedas2 cmni kan...mmg dah tekak melayu nk buek cmno....hihihii

    ReplyDelete
  6. Lebih pedas lebih bagus...nak rasa ,..nak rasa..:D

    ReplyDelete
  7. Lapar la pulak rasanya nampak spaghetti ni... kecur airliur.

    ReplyDelete
  8. Assalam Nieza, tgk pic pun dah tau sedap n pedas tu, sungguh menyelerakan.

    ReplyDelete
  9. sedap nya..boleh refer for breakfast besok.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Nieza,
    samalah mcm akak masa dok oberC dulu, masak guna spaghetti style melayu punyerrr..suka yg pedas2..barulah umphhhhhh kan...

    ReplyDelete
  11. Kak Nieza,mmg nmpak sodap toi,smp anak sy yg duk tgk pic nih pon leh ckp dapp dap,hihi..Pedas2 tuh yg best,lagi pedas lagi sempoi..Pastu mula lah nak tunggang ayaq,hihi..

    ReplyDelete
  12. Nieza.... elok aje letaknya udang-udang tak berbaju Nieza susun bertenggek-tenggek atas angel hair tu... kak Amie kutip udangnya dululah....

    ReplyDelete
  13. amboi...kalau dah tekak Melayu nak yang pedas2 aje...kalau cheq sue gak pedas2 ni tolak tepi la...

    ReplyDelete
  14. betul tu nieza... tekak melayu tak leh elak dr makan yg pedas2.. kalau k.nor buat spaghetti bolognese pun k.nor letak cili mesin, tambah lg dgn serbuk lada hitam hehe

    tq ya nieza sayang, sudi try resipi ni.. akak bwak balik sepinggan ni ya.. syok nampak udang duk bertenggek tu :)

    ReplyDelete
  15. sedapnya nieza terguda tengok udang tergolek tu ,anak2 akak ni tekak lain sikit cajun tu depa kata tak sedap la bu ,macam2

    ReplyDelete
  16. telan air liur je la kak rose memalam ni... lapo tengok udang tu posing cantik tertenggek!

    ReplyDelete
  17. assalam nieza..yang paling tak boleh tahan..tengok udang yang nieza letak tu..kecur air liur dibuatnya..

    ReplyDelete
  18. Wah! Angel hair versi Melayu. Ni mesti power ni.

    Nieza: Thanks ;)

    ReplyDelete
  19. salam nieza.
    sedapnya kejadian pasta ni. Rugi mat saleh kat sanun tu...hehe..

    ReplyDelete
  20. sedapnye kak nieza...nak2 udang tu posing baik punya!!!
    xpenah try lagi yg masak berempah ni...
    nnt mie nak tryla..hehehheh

    ReplyDelete
  21. Assallamualaikum Nieza..
    Mak aiiii.. Tergolek2 udang tu atas mee.. Pas tu kaler menu pun cantik.. Tergoda akak ni Nieza.. Di sini sekarang asyik hujan jer.. Sejuk jer. Buat perut asyik menyanyi2.. Hishhh..kalau tak control nafsu, mau tembun kak Naz habis musim tengkujuh ni nanti.. Dulu masa akak duduk di Perth, time musim sejuk jer, berat badan naik..hahaha.. Mana tak nya asyik nak mengunyah jer..huhuhu..

    ReplyDelete
  22. Kak Zai geram tengok udang yang bergolek tu,lagi pedas lagi sedap kan.

    ReplyDelete
  23. nieza,akak sedang bayangkan makan angel mi ni masa sarapan pagi.akak suka yg pedas2 sebagai sarapan pagi.kalo org lain takut sakit perut tapi pd akak itu yg best tu...:)

    ReplyDelete
  24. terliur suda....udang tu mcm dah nak masuk ke mulut ucu jer...

    ReplyDelete
  25. kak nieza cayang~ tun suka makan nii.. tp x pernah buat versi cajun lagi.. cajun ada lg ni, nnti nk try wat letak cajun pulak..

    ReplyDelete
  26. budak kecik kat umah saya ni, pedas sikit dah komplin..so kalau masak memang jarang isi lada..huhuhu

    ReplyDelete
  27. huhu salam singgah, tumpang tanye, pemilik blog nie duduk kat oversea ke? kite tanye sebab mmg susah nak cari mee kuning kat tmpt kite nie, pakai spagetti jer kalo nak makan mee..

    huhu salam singgah sekali lagi, lately banyak jumpa blogger masak² yang duk oversea :D

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)