Home

30 Nov 2011

Red Valvet Cake @ Kek Baldu Merah


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Hari ni nak share RVC yang saya buat masa jamu tetamu datang makan-makan kat umah pada weekend lepas. Dah lama nak cuba buat kek si baldu merah ni tapi baru sekarang berkesempatan nak buat. Tapi buat pun simple jer tak ada deco cun pun. 

Dah ramai dah yang cuba buat kek ni, saya jer ketinggalan....masa buat kek ni tak perasan pula yg pewarna merah dah nk abis so...gitulah rupanya kek yang seberapa cun kejadian merahnya ni. Kalau byk warna merah tu nampak la berseri sikitkan..haha belasah jer la janji mkn sodap...memang sodap pun kena lak ngan topping cheese tu memang mabeles:D

Resepi kek ni ambik dr dapur kak Hana...actually dah lama dah saya simpan resepi ni sejak kat Hana n3 dulu lagi...pastu selalu nampak kat dapur kak Zai..yang mana resepi asalnya drp joy of baking. Tq pada semua yang telah berkongsi resepi kek yang best ni dan izinkan saya berkongsi disini pula.


RESEPI RED VELVET CAKE
Sumber resepi asal: joy of baking
sumber: Kak HanaKak Zai
Bahan-bahan

Bahan Kek
  • 250g tepung kek *
  • 1/2 sk garam *
  • 15g @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)
  • 113g @ 1/2 cawan butter
  • 160g gula kastor - resepi asal 300g
  • 2 biji telur gred A - hana gune 3 biji size M
  • 1sk esen vanila
  • 240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah
  • 2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah - hana buh 1sm jer - bleh ltk 2sm
  • 1 sk cuka
  • 1 sk soda bikarbonat
  • Cream Cheese Frosting
  • 227g cream cheese
  • 227 mascarpone - hana ganti cream cheese *nieza pun sama 
  • 115g @ 1 cawan gula kastor
  • 360ml @ 11/2cawan whipping cream
  • hana tambah susu segar sedikit utk frosting yg agak lembut

Cara-cara
  • Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.
  • Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.
  • Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
  • Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
  • Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)
  • Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.
  • Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.
  • Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
  • Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. :)))
  • Potong dan hidangkan.

28 Nov 2011

Tetamu Dan Makan-Makan Maal Hijrah

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. 
Cerita hari yang membusykan saya pada hari sabtu weekend yang lepas jer ni, busy melayan tetamu datang bermalam kat umah iaitu 4 orng adik-adik bujang dari UITM yang datang buat praktikal nursing di Saimaa University dekat Lappeenranta.... lebih kurang 2 jam by train dari sana ke Helsinki ni. 


Kebetulan sempena hari baik dan bulan baik maal hijrah ni saya dan suami pun buatla makan-makan sikit dan panggil kawan-kawan terdekat jer..tu pun last minute juga plan nak buat ni sebab adik-adik tu pun bg tau lewat juga utk dtng, mlm sebelum diorang bertolak ke sini baru diorang call bg tau tapi tak kisahla tu cuma kalau bg tau awal bolehlah masak special skit kan. Actually baru 1st time juga bersua muka dengan adik-adik UITM ni tapi terasa mcm kenal lama...seronok bila dapat berjumpa dengan adik-adik ni dan terasa meriah bila dapat berkumpul dengan kawan-kawan Malaysian yang lain.Macam tu la kalau hidup diperantauan org ni...:D


So...we all pun jemput kawan-kawan lain dah ptng juga jam 2ptng mcm tu baru jemput semua untuk mkn malam pada jam 7 mlm kat umah. Saya pun masak menu pun ala-ala bidan terjun la juga coz kul 2pm baru start masak semua tu dan hanya dapat masak yang simple-simple jer la. Sambil masak lauk pauk tu sempat juga saya godek buat kuih bingka suji dan kebetulan ada buat RVC sehari sebelum tu. Ada juga kawan-kawan lain yang bawakan makanan dan buah-buahan. 


Alhamdulillah majlis yang tidak dirancang ini berjalan dengan baik, semua org enjoy makan-makan dan adik-adik yang datang ni pun dah selamat pulang ke destinasi mereka di Lapeeranta semalam untuk meneruskan praktikal mereka di bumi Finland ni.

antara juadah yang dihidangkan...gambar kurang jelas sebab lampu dalam umah ni semua warna kuning. 


Saya hanya sempat masak kari kepala ikan salmon, ayam masak prune, sayur campur, kuih bingka suji dan red valvet cake saja.

semua tgh kusyuk menikmati makanan..tq pada kawan-kawan yg sudi datang.


mak bapak dok kusyuk makan ...anak-anak pulak sibuk nak exercise:D


meriah bila dapat berkumpul ramai-ramai gini..


layan teh tarik Malaysia pula:D

kek ni kawan yg bawakan....gambar pun saya tak sempat snap..copy dr kawan jer. kredit pic tu Hariyani tqvm:D
kek coklat  ni pun sama kawan yang bawakan....cepat betul toke kek ni buat kek. last minute jemput pun sempat lagi baking kek. 

sayur campur

red valvet kek saya yg tak berapa nk merah kes kehabisan stok pewarna merah...dan tak ada deco pun..tapi mkn sodap :D

Ayam masak hitam prune

fresh tulip from adik-adik UITM..tq dear :D

Kari kepala ikan salmon

mcm-mcm buah-buahan ada..semua kawan yg bawakan.



ni lah adik-adik UITM yang datang praktikal nursing kat Finland ni..all the best to u guys!! 


bergambar kenangan sebelum balik




ok, sekian sajalah dulu cerita makan-makan kali ni.....semoga bertemu lagi cerita makan-makan lagi di hari lain pula nanti..insyaAllah. Salam buat semua :D

26 Nov 2011

Salam Maal Hijrah 1433H




Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 1433H buat semua teman-teman blogger,fb, saudara mara dan semua muslimin dan muslimat tak kira dimana saja kita berada.  Sama-samalah kita membaca doa akhir tahun dan awal tahun hari ini. Semoga tahun-tahun yang akan datang diberkati Allah SWT hendaknya..InsyaAllah...amen.



AMALAN-AMALAN SUNAT
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
  • Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  • Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  • Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  • Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
    Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
  • Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  • Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  • Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  • Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  • Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  • Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  • Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  • Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  • Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  • Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  • Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  • Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  • Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
  •  sumberAl-Azim.com

24 Nov 2011

Blueberry Cheese Tart


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. 
Percubaan kali ke-2 buat cheese tart ni tapi masih belum berpuas hati dengan hasilnya lagi...kalau tgk org lain buat montok-montok jer jadinya tapi saya buat ni belum cukup montok..haha nak kena practice lagi ler nampaknya ni. So....kali ni saya buat blueberry cheese tart pula. Percubaan pertama dulu saya buat strawberry cheese tart dan boleh tgk disini. Walaupun rupanya kurang montok tapi rasanya tetap sedap.Layan jer la:D


Kualiti gambar ni pun kurang memuaskan. Lately ni, cuaca kat sini semakin tak menentu dah nak masuk winter ginilah...jarang-jarang ada matahari. Memang cloudy jer memanjang dgn hari siang yg semakin pendek. Kul 3 lbh dah masuk waktu maghrib..memang cepat gelap so.. nak tak nak gambar yg diambil ni hanya menggunakan lampu syiling jer lah.



Masih lagi menggunakan resepi yg sama drp blog Kak Azita Kitchen. Rasanya ramai dah yg cuba resepi ni kan. Terima kasih lagi sekali pada kak Azita kerana berkongsi resepi cheese tart yg best ni dan  izinkan lagi sekali saya share resepi ni disini yer. 




Source: Azita Kitchen

Tart Crust / Shell
Bahan-bahan :
170gm marjerin 
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla



Cara-cara :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.




Cream Cheese Filling 
Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
    Filling :
    Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.
Cara-cara ( rujuk gambar ) : disini
  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
  4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
  7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
  9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  10. Bakar selama 5 minit. Siap!!!
Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman Pn.Azita)
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 30 ~ 40 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. si adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.

22 Nov 2011

Hokkaido Milky Loaf


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Bersiaran kembali setelah 3hari tanpa  update n3. Memang tak ada online pun 2-3hari ni...bukanlah sibuk sgt pun tapi saja sibukkan diri buat aktiviti lain dan bila dah keluar tu malas pula nak online....fb pun online guna hp jer kekadang tu. Btw, tq pada yang sudi singgah disini ...kedatangan anda amatlah saya hargai..:D 


Oklah berbalik pada n3 hari ni pula, gara-gara tgk roti kat dapur K.Nor @ SG semalam terus terasa nk meroti jugalah. Geram tul tgk roti yang lembut gebus gitu. Kebetulan bahan semua dah ada terus buat jer la. Pastu nampak pulak Noorsha dok tayang roti yg sama ni  kat facebook lagi ler terasa nk buat juga dan Kak Anymz pun buat hari yg sama juga dgn Noorsha. Laju tul la enjin turbo diorang ni kan. Virus dr Kak Nor ni terbang sampai ke Finland dah ni...apapun terima kasih pada tuan empunya resepi Angie's Recipes , Wendy dan semua yang telah berkongsi resepi roti yg gebus dan sedap ni yer...izinkan saya berkongsi disini pula:D



Source: Angie's Recipes & Wendy
Makes: One 5X5X13 inch pullman tin, without lid

source : K.Nor 

540 gm Bread flour 

60 gm Cake flour 
10 gm instant yeast 
30 gm Milk powder 
80 gm Sugar 
9 gm Salt 
1 large Egg 
250 gm Fresh milk 
150 gm Whipping cream 




1. Mix everything together and mix until a dough forms.

2. Knead on speed 4 (Kitchen Aid) for 20 minutes until a smooth, glossy and elastic (It will pass the window pane test)
dough is achieved. 
3. Cover and let dough proof for 1 hour or until doubled.
4. Punch down and separate dough into 4 pieces. Make them round and let them rest for 10-20 minutes.
5. Roll out dough (like a longish oval) and roll up (like making swiss roll) and place them into a greased pullman tin.
6. Let dough rise until 2/3 full. Preheat oven. Brush on egg wash if preferred.
7. Bake for 40 minutes or until pan sounds hollow when tapped.

nampak mcm roti benggali pun ada:D

18 Nov 2011

Chocolate Rice Buns ( Roti Coklat Urai)


Assalammualaikum dan salam sejahtera di hari jumaat yang mulia. Hari ni layan bun coklat pula....lama betul saya tak meroti...bibik (BM) tu pun bukan main lama lena diulit mimpi. Cuaca sejuk-sejuk sekarang kat Finland ni lagi ler malas rasa nak meroti ni tapi bila tgk sana-sini dok tayang roti rasa mcm nak meroti la juga.

Resepi bun coklat ni ambik kat dapur Ros @ JintanManis...rasanya pernah juga ternampak kat dapur  Mas @ Duniaku dan Kak Nor SG pun dah cuba. Lama dah teringin nak buat masa Ros tayang dulu tapi tu la bila dah tangguh tu tak buatla kan...hari ni baru berkesempatan nak cuba. Sedap la rasa coklat rice tu lagi..memang best bun ni. Terima kasih pada Ros dan semua yang telah berkongsi resepi bun ni yer.Izinkan saya berkongsi disini pula:D


Sumber Resepi : Ros - Jintan manis
Bahan untuk doh roti :
  • 300gram tepung roti
  • sedikit coklat rice@coklat urai
  • 2 sudu besar susu tepung@skim milk
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 biji telur 
  • 1 1/2 sudu besar butter@marjerin
  • 120ml susu suam@air suam
  • 2 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar water roux
Untuk gliss dan topping :
  • baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu dan sedikit coklat rice
Cara membuatnya :
  1. Buat doh roti : Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh kecuali coklat rice dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali coklat rice  dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.
  4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, kemudian masukkan coklat rice dan uli sebati, bahagi doh pada 9 bebola kecil dan bulat-bulatkan, susun di dalam acuan petak 18cm atau di atas dulang pembakar, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun dengan bancuhan telur dan toppingkan dengan sedikit coklat rice, bakar pada suhu 180 darjah selama 20-22 minit atau sehingga permukaan bun perang.
  5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

17 Nov 2011

Nasi Ketumbar


Assalammualaikum
Hari ni nak share resepi  nasi ketumbar yang saya makan bersama lauk ayam serai kasturi. Actually dah lama simpan resepi nasi ketumbar ni rasanya dah ramai dah rakan-rakan blogger yang mencuba buat kan...sebelum saya balik bercuti ke Malaysia lagi sana sini org membuat nasi ni tapi masa tu belum berkesempatan nak cuba. Bila dah cuba ni baru tau boleh tahan sedapnya...mcm ala-ala nasi minyak pun ada tapi lebih harum dgn daun ketumbar ni...memang sedapla. Makan lak ngan ayam serai kasturi tu lagi ler mantop. 


Btw, terima kasih pada tuan empunya resepi dan semua yang telah berkongsi resepi nasi ketumbar ni...maaflah kalau ada yang dah cuba saya tak ingat dan terlepas pandang yer...izinkan saya berkongsi disini pula:D


 Resipi:  Q'ein 
Bahan-bahan
500g beras3 s/b mentega / minyak sapi dan Sedikit minyak
1 biji bawang merah ( dimayang halus )
3 batang daun ketumbar ( blend halus )
Sedikit garamPewarna hijau
1 kiub ayam



Cara-cara

  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Cairkan mentega bersama sedikit minyak.
  3. Masukkan bawang goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam.
  4. Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blend tadi dan secubit garam.
  5. Masukkan air dan masak seperti nasi biasa.
  6. Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau.
  7. Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.
*daun ketumbar yg diblend tak perlu ditapis kalau ditapis akan mengurangkan aroma daun ketumbar dlm nasi.