Home

29 Jul 2011

Salam Ramadhan & Berehat seketika...



Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan  blogger, fb dan semua pengunjung kesini yang saya sayangi. Sempena kedatangan bulan ramadhan yang mulia ni saya juga ingin  mengambil kesempatan untuk  mengucapkan selamat berpuasa buat semua teman-teman blogger dan semua muslimin dan muslimat tak kira dimana saja berada. 


Jutaan kemaafan saya pohonkan pada semua kerana tidak dapat membuat kunjungan balas dan berbalas komen anda. Lately ni memang saya jarang online dan bw. Diatas sebab-sebab tertentu juga saya terpaksa mengambil keputusan untuk..........
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^


Mohon maaf juga kerana terpaksa berehat seketika untuk menulis disini. Sejak 2-3 menjak ni fikiran saya amat sedih dan tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya utk berblogging. Saya sangat risau memikirkan keadaan ibu yang sakit akibat serangan stroke pada 21 Julai yang lepas. Keadaan ibu saya semakin lemah  sekarang ni...dan ketika anda membaca n3 ini mungkin saya sudah dalam perjalanan pulang ke Malaysia kerana seawal  jam 6 pagi waktu Finland saya dah berada di airport sini. 


gambar ehsan drp pakcik google


 Semoga perjalanan  saya dari Helsinki - Frankfurt - KLIA - Penang, Malaysia akan dipermudahkan Allah dan selamat sampai dengan selamat pada hari sabtu ni. Doa dan harapan saya juga semoga ibu saya kembali sihat...InsyaAllah jika ada kesempatan saya akan updatekan cerita disini ....salam sayang buat semua.

25 Jul 2011

Moist Orange Mocha Brownies


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hujung minggu lepas yang membusykan saya ..mcm-mcm aktiviti ada. N3 hari ni nak share brownies yang saya buat pada hari sabtu dan dibawa semasa aktiviti piknik dan pertandingan memancing bersama Malaysian kat sini. Hari ahad pula busy dgn  jemputan makan-makan umah kawan.


Oklah ceter pasal  resepi brownies ni, saya ambil dr dapur Kak Yatie. Actually senang jer nak buat brownies ni...tak perlu guna mixer pun...tapi hasilnya memang sedap. Kawan-kawan kat sini yang makan pun ckp sedap dengan gabungan nescafe, coklat dan sunquick oren memang mabeles dan tak rugi kalau nak mencubanya. Btw..tqvm pada kak Yatie kerana berkongsi resepi yang sedap ni dan izinkan saya berkongsi disini pula yer..:D


Source: Kak Yatie
Bahan A :
  • 1 cawan butter cair / minyak masak
  • 1 cawan susu cair
  • 2 cawan gula perang(guna gula putih je pun takpe)
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 - 1 sudu kecil nescafe - bancuh dengan air panas diatas
  • 2 - 3 sudu besar sunquick orange (nieza bubuh lebih)
Bahan B : (kacau rata) - guna wisk
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji telur gred B
Bahan C : ( ayakkan )
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara - cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
  2. Kacau bahan A supaya sebati.
  3. Masukkan bahan B dan kacau rata.
  4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
  5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
  6. Bakar selama 45 - 50 minit atau sehingga masak.
  7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat. Yatie salutkan dngn coklat putih dan selang selikan dngn campuran coklat putih yg di letak perisa oren. Mmng sedap...
Chocolate Topping
  • 250 gm coklat masakan
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil susu cair
Cara-cara untuk topping :
  1. Panaskan coklat dalam periuk / bekas secara double boil.
  2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
  3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
  4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.
*** untuk topping tu nieza gunakan coklat masakan putih yang dicampurkan dengan butter, susu cair dan sunquick oren***


22 Jul 2011

AYAM BAKAR TOMYAM


Assalammualaikum dan salam di hari jumaat buat semua. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam..insyaAllah. Hari ni layan ayam bakar tomyam pula. Ramai dah blogger yang mencuba ni...ada yang buat versi ikan dan juga ayam dengan menggunakan bahan yang sama....apapun memang sedap.


Bila dah sampai ke dapur saya ni, saya ada derhaka sikitla buat penambahan bahan seperti halia dan lengkuas....tapi hasilnya memang sedap. Bagi sesiapa yang belum mencuba bolehlah mencuba. Terima kasih pada tuan empunya resepi asal dan semua yang telah berkongsi resepi ni. Jom kita sama-sama hebohkan lagi dan izinkan saya berkongsi disini pula yer.


(olahan dr Ikan Siakap Bakar Tomyam by K.Hanieliza)
sumber : NoorshaK.ZaiSheila, & K.Nor@SecubitGaram
Bahan A
1 ekor ayam (bersih)
2 sudu besar pes tomyam
5 helai daun limau purut
1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
1 biji tomato (potong 6)
Aluminium foil

Bahan B (Dikisar)
2 biji cili merah
5 biji cili api
3 batang serai
1/2 inci halia (nieza tambah)
1 inci lengkuas (nieza tambah)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit gula dan fish sos - ni kita tambah sdri


Cara Membuat:-
1. Gauikan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin)
2. Letakkan ayam dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.
3.Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit.
4. Perahkan limau semasa menghidang.


Stylish Blogger Award From Kak Wattie



Assalammualaikum semua...sebelum terlupa  nak gantung award ni  dulu. Dah byk hari peram baru nak gantung bukan apa dah ambil awal lama dah tapi tertimbus dgn resepi baru jer....:P


Stylish Blogger Award  datangnya daripa Kak Wattie yang dok di Penang. Walaupun dulu nieza dah pernah dah terima  award yg sama ni tapi  kali ni datangnya drp org yang tak sama so...dgn berbesar hati nieza menerimanya kak...terima kasih diatas ingatan....sayang selalu..mhhuuaahhx3..:D


Tugasan yang diberi adalah berikan pada 8 org blogger lain tapi rasanya dah ramai dah yg dapat award ni kan...so nieza skip kat sini jer lah yer:D

21 Jul 2011

PUDING JELLY OREN


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Pepagi subuh kat sini dah n3 puding yer...tak pe la bila pun kan. Nak n3 ptg tadi tak sempat so...bila yang sempat jer lah yer.Ni pun sebelum masuk tido sempatlah n3 dulu. Puding ni memang best dan menarik dgn belang-belangnya tu ditambah pula dengan rasa oren dan susu tu memang sedapla.


Tapi warna belang di bahagian tgh puding ni jadi warna lain sikitla maybe pasal lapisan puding belum cukup beku sangat saya dah tuangkan lapisan ke-2..gara-gara nak cepat la. Tu sebab mcm bercampur sikit tapi tak apalahkan yang penting mkn sodap:D btw..Terima kasih pada tuan empunya resepi Juwita dan semua yang telah berkongsi resepi puding ni. Izinkan saya berkongsi disini pula.


resipi : Juwita Fariz
sumber : K.Nor@SecubitGaram,Kak Rose, Kak Yani 
Lapisan Jernih
4 g serbuk agar-agar
500 ml air
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing-masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning
cara-cara
Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
ketepikan


lapisan puding
4 g serbuk agar-agar
200 ml air
300 ml susu
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning
Cara-cara
Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan, susu, perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
Masak sebentar dan ketepikan


cara-cara untuk melapis.
sediakan bekas yang sesuai.
masukkan lapisan puding dahulu biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras kemudian masukkan lapisan jernih buat kaedah yang sama sehingga habis.
Boleh la disimpan didalam peti sejuk sehingga benar2 keras
Jika ingin dipotong sila kurangkan kandungan air bagi jelly ini kerana jelly ini agak lembik.

20 Jul 2011

Pandan Blueberry Roll


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Sebelum masuk tido dan sementara menunggu masuk solat subuh kul 2.30am pagi kat sini, n3 roti ni lah dulu. Org kat Malaysia kalau nak bf tu boleh ler singgah bf sini dulu tapi jgn abiskan pula yer..tinggalkan sikit kat tuan umah ni...:P Oklah ceter pasal n3 roti hari ni saya masih menggunakan basic doh roti mayonis lagi...haha kan dah ckp dah jatuh chenta sama itu doh roti mayo so...mcm-mcm rotila dah keluar...:D


Rasanya dah 3-4kali dah kot buat roti guna doh roti mayo ni...memang suka dan terima kasih sekali lagi pada kak Yani yang telah berkongsi resepi doh tu. Tapi kali ni saya membuat kelainan sikit dengan meletakkan sedikit pandan paste pada doh itu..hasilnya memang terbaik..sedap dan lembut.


Resepi doh : Kak Yani
By: http://Nurniezza.blogspot.com
Bahan-bahan A :
  • 300g tepung roti
  • 110g air
  • 50g water roux
  • 50g mayonis
  • 45g gula
  • 45g marjerin/butter
  • 1 sudu kecil yis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar susu tepung
Bahan-bahan B
Beberapa titis pandan paste.
blueberry jam secukupnya...(boleh juga gantikan dengan apa saja perisa/sekaya ikut citarasa masing-masing)
Kelapa kering secukupnya.



Cara membuatnya :
  1. Masuk semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. Pilih setting doh dan ON.
  2. Keluarkan Doh ke atas papan pencanai dan tumbuk doh untuk buang anginnya.
  3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bentukkan membujur.Aturkan atas dulang pembakar.Jangan lupa sapukan sedikit minyak pada dulang tu ya. Cara buatnya boleh rujuk disini. 
  4. Biarkan doh naik baru paipkan jem/ kaya keatasnya.Kemudian taburkan kelapa kering.Bakar hingga masak.
  5. Tutup doh dengan  plastik wraper dan biar selama 45 minit hingga doh naik 2 kali ganda sebelum dibakar
  6. Bakar dgn suhu 180 degree selama 12-15 minit

19 Jul 2011

Blended Strawberry Cake


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Masih lagi  dengan n3 stroberi....harap tak ada yang bosan yer...bosan pun tak apa sebab tuan umah memang suka makan stroberi...:D 


Kek ni di buat hasil olahan daripada resepi kek oren (blended). Sebelum ni,  pernah juga tgk kat dapur Kak Sariyusa yang telah pun mencubanya. Sama juga diolah daripada resepi yang sama untuk dijadikan kek stroberi ni. Memang mudah untuk sediakannya tanpa menggunakan mixer pun. Kek oren blended dah pun saya cuba dulu dan kali ni saya mencuba kek stroberi blended pula dan hasilnya memang sedap.


Adaptasi resepi Blended Orange Cake
Source: http://Nurniezza.blogspot.com
Bahan-bahan ( loyang 9 inc )
100-200gm buah strawberry
 1 cawan minyak
2 cawan gula halus
3 biji telur
* 2 cawan tepung gandum
* 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
pewarna merah


Cara-cara
  1. Panaskan oven 170'C atau mengikut kepanasan oven masing-masing. Alaskan loyang berukuran 9" dengan baking paper, sapu sedikit keliling loyang dengan minyak dan ketepikan.
  2.  Cuci bersih buah strawberry .Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  3.  Masukkan perisa strawberry atau strawberry emulco dan pewarna merah, kacau rata menggunakan spatula. 
  4. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  5.  Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  6.  Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak. 
sebelum bakar

18 Jul 2011

Puding Strawberry


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Bertemua kembali dengan menu puding pula...tgk sana sini dok tayang puding kan....so..saya pun nak tayang juga...memang best layan puding dikala cuaca yang panas sekarang ni. Makan puding yang disejukkan dalam peti ais ni terasa nyaman jer tekak ni.


Oklah resepi ni ambil kat dapur kak Nor@secubit garam yang telah diadaptasikan daripada resepi puding laici... saya pun tukar juga bubuh stroberi..so..terima kasih yer kak Nor berkongsi resepi puding yang sedap ni...izinkan saya berkongsi disini pula.


olahan dari Puding Laici
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
5 gm agar2 serbuk
2 1/2 cawan air
6 sudu besar gula (tambahkan jika suka lebih manis)
1/2 tin susu cair
100gm strawberi ~ blend dgn sedikit air
sedikit pewarna merah


Cara:
Masukkan air, gula dan agar2 serbuk ke dalam periuk. Masak lah hingga mendidih.
Masukkan susu cair dan buah strawberi yg diblend tadi serta pewarna hmerah. Padamkan api.
Kacau hingga sebati.
Tuangkan ke dalam acuan yg dah dibasahkan dgn air.
Bila puding dah sejuk, masukkan dlm peti ais.
Biarkan sejuk, baru lah dihidangkan.

semua acuan ni guna silicone mould

17 Jul 2011

Heart Shape Pide with cajun


Assalammualaikum dan salam di hari minggu buat semua. Semalam agak sibuk sikit dan tak adalah n3. Biasa di hari weekend ni saya jarang dapat online coz ada jer aktiviti  luar rumah tapi hari ni mr.hubby pergi memancing saya malas nak ikut. Baik dok umah boleh golek-golek...:D Tapi ptg nanti nak keluar juga merayau-rayau kejap...mana boleh lepak umah jer kena keluar ambil  angin luar sama.


Oklah berbalik pada n3 hari ni ceter pasal roti lap u lap me bercajun pula. Tu dia virus cajun dah semakin merebak ke sini dah....kuat betul penangan cajun yer. Ni gara-gara terguda nengokkan roti yang kak Nor@ secubit garam buat hari tu lah saya pun nk juga mencubanya. tak la susah mana pun boleh rujuk step by step nk buatnya disini. Resepi doh roti ni saya menggunakan resepi doh roti mayonis Kak Yani dan intinya pula menggunakan resepi inti turkish pide. 


Gabungan daripada resepi yang berlainan maka jadilah roti ni dan hasilnya memang sedap dengan roti yg gebus lagi tu. Terima kasih pada semua yang telah berkongsi resepi dan izinkan saya berkongsi disini pula.


Basic dough roti mayonis (Resepi : Kak Yani)
Bahan :
  • 300g tepung roti
  • 110g air
  • 50g water roux
  • 50g mayonis
  • 45g gula
  • 45g marjerin/butter
  • 1 sudu kecil yis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar susu tepung
  • Cara membuatnya :
    1. Masuk semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. Pilih setting doh dan ON.
    2. Keluarkan doh... tumbuk2 utk keluarkan angin.
    3. Bahagikan doh kepada bentuk-bentuk kecik dan mas masukkan inti .
    4. Biar naik 2 kali ganda sebelum dibakar
    5. Bakar dgn suhu 180 degree selama 12-15 minit
WATER ROUX : 
(menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
30gm tepung gandum
150ml air
Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.



INTI PIDE(Dari Turkish Pide)
Bahan Inti pide:
250 g daging cincang
250 g cheese mozarella, dipotong nipis
150 g cheese cheddar, dipotong dadu
2 biji tomato, dipotong dadu
1 biji bawang dpong dadu
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk cayenne
1/2 sudu teh serbuk hot cajun
1 sudu besar minyak zaitun
3 biji telur
daun sup secukupnya, dipotong halus
garam secukup rasa, serbuk perasa jika suka

Cara:
Panaskan minyak didalam kuali.Tumis bawang besar sehingga layu.Masukkan serbuk lada hitam, cayenne,hot cajun, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
Masukkan daging cincang. masak sehingga daging bertukar warna dan masak betul. Angkat dan ketepikan
Didalam mangkuk yang besar,campurkan tomato, daun sup, cheese mozarella dan cheddar dan daging yang telah disejukkan tadi. Gaul rata. Inti pide pun telah siap untuk digunakan.

15 Jul 2011

BAKED SANDWICH


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Salam di hari Jumaat yang mulia...semoga hari ni membawa keberkatan buat kita. Pada yang berpuasa sunat hari ni...selamat berpuasa diucapkan.


Oklah ceter pasal n3 hari ni saya buat baked sandwich ni ptng semalam lagi. Balik jer singgah dapur kak Nor terus ler buat kebetulan bahan semua ada....inti pun guna lebihan turkish pide semalam dan nak buatnya sangatlah senang. Terasa sedap dgn casing roti yg rangup tu buat kita tak jemu mkn dibuatnya. Apapun terima kasih pada kak Madiha & kak Nor kerana berkongsi resepi yang sedap ni..izinkan saya berkongsi disini pula ya.


sumber: Kak Madiha & K.Nor
Bahan Kulit/Casing 
Roti gardenia secukupnya
Bahan-bahan Inti 
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1/2 camca serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
200gm - 300gm isi ayam, dicincang
5 biji cendawan butang (dlm tin) , dipotong halus
1 biji telur
Garam & gula secukup rasa
Cheese secukupnya (MaDiHaA guna mozarella cheese) ~ k.nor guna slice cheese

*** Nieza guna inti Turkish pide resepi disini***


Kaedah penyediaan 
1. Lenyek atau gelek roti hingga nipis masukkan dlm acuan dan buangkan tepi lalu dibakar 7 – 8 minit. boleh rujuk step by step disini
2. Tumiskan bawang-bawang. Masukkan sos tiram. Kacau sebentar dan masukkan lada hitam.
3. Masukkan ayam & cendawan. Tumis sehingga masak. (jika perlu tambahkan sikit air untuk bagi ayam betul2 masak)
4. Pecahkan telur dan kacau-kacau sehingga rata dengan ayam dan cendawan.
5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan sehingga kering.
6. Isikan dalam kulit roti dan taburkan cheese secukupnya. Bakar sebentar sekadar mencairkan cheese.
7. Sedia dihidangkan.. lebih enak dimakan waktu panas2 kerana roti rangup.. jika dibiarkan lama roti sedikit lemau.. tetapi masih enak dimakan



14 Jul 2011

Turkish Pide


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hari ni  jom kita terbang ke Turkey..layan turkish pide la pula. Buat makan bf tadi ni....memang sedapla. Angin cajun dah terbang ke Finland dah ni...haha org jauh pun kena tempias cajun juga tau. 


Actually dah lama tgk resepi ni masa memula tgk kak Ayu tayang dulu lagi. Masa ke Istanbul, Turkey tu merasa juga makan  turkish pide ni disana tapi tak tau pula boleh buat sendiri. Bila tgk Kak Ayu tayang tu dah tau dah memang sedap ni...pastu tgk Ika bangkok, Kak Nor dan last nampak kat dapur zaliedana...sapa lagi yer dh buat?hmmm... maaf yer kalau ada yg saya terlepas pandang lagi. Operasi mencari cajun pun dah berjaya tapi cajun kat sini namanya lain...kat Finland ni diorang lebih kuat bahasa ibundanya iatu bahasa finnish bukan english so....kalau pergi supermarket tu memang kena bawa kamus finnish la kalau nk cari brng. Alhamdulillah dengan bantuan cik google translate tu dapat juga cari cajun tu.


So....terima kasih pada tuan empunya resepi dan semua yang telah berkongsi resepi yang best ni....saya copy resepi drp dapur kak Nor...tq kak. Abaikan rupa sampan yg tak cun tu yer..memang tak tau cara yg betul nak buat tu..saya main belasah jer buat tu...yang penting makan sodap..:D


Resepi :http://resipidiana.blogspot.com
Sumber : Kak NorKak AyuIka dan Zaliedana 
Bahan Doh pide :
  • 480 g tepung roti
  • 375 ml air suam ~ k.nor guna 300ml jer (just nice)
  • 60 ml minyak zaitun
  • 1 sudu besar yis
  • 1 sudu teh garam,
  • secubit gula kastor ~ k.nor letak 2 sudu besar gula castor
Bahan Inti pide :
  • 250 g daging cincang
  • 250 g cheese mozarella, dipotong nipis
  • 150 g cheese cheddar, dipotong dadu
  • 2 biji tomato, dipotong dadu
  • 1 biji bawang dpong dadu
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh serbuk cayenne
  • 1/2 sudu teh serbuk hot cajun
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 3 biji telur
  • daun sup secukupnya, dipotong halus
  • garam secukup rasa, serbuk perasa jika suka
Bahan sapuan pide :
  • 50ml susu segar
  • 1 biji telur


Cara membuat pide :
  1. Larutkan yis dan gula dengan 125ml air suam dan ketepikan pada suhu bilik selama 10 minit sehingga berbuih.
  2. Menggunakan tangan masukkan 90g tepung roti kedalam aduan yis yang telah berbuih tadi dan gaul rata sehingga adunan menjadi adunan yang lembik.Taburkan atas permukaan adunan sengan sedikit tepung roti dan tutup dengan tuala dan biarkan pada suhu bilik selama 30 minit untuk menjadi 'sponge'
  3. Letakkan lebihan tepung(390g) kedalam mangkuk yang besar. Buatkan lubang ditengah dan masukkan adunan'sponge' yang telah diperap tadi, minyak dan juga lebihan air suam(250ml).(D ambil langkah senang masukkan semua dalam breadmachine dan masukkan adunan "sponge'.) Kalau gunakan tangan adunan memang melekit, tapi jangan panik.
  4. Selepas diuli sehingga menjadi doh yang sebati, alihkan adunan roti pide kedalam mangkuk yang telah disapu dengan sedikit minyak zaitun dan tutup dengan tuala dan biarkan ia naik dua kali ganda selama 1 jam.
  5. (*Adunannya memang lembik, uli sampai tak melekat ditangan, dengan adding minyak zaitun and tepung sedikit demi sedikit).
Cara Inti Pide :
  1. Panaskan minyak didalam kuali.Tumis bawang besar sehingga layu.Masukkan serbuk lada hitam, cayenne,hot cajun, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
  2. Masukkan daging cincang. masak sehingga daging bertukar warna dan masak betul. Angkat dan ketepikan
  3. Didalam mangkuk yang besar,campurkan tomato, daun sup, cheese mozarella dan cheddar dan daging yang telah disejukkan tadi. Gaul rata. Inti pide pun telah siap untuk digunakan.
Cara Membuat Pide
  1. Bahagi adunan doh pide kepada 6 bahagian(Boleh adjust nak berapa keping). Canai doh berbentuk lonjong memanjang 35cm x10cm.
  2. Angkat doh pide yang telah dicanaikan dan letakkan diatas loyang yang telah disapukan dengan minyak zaitun atau taburkan tepung.
  3. Taburkan inti pide dibahagian tengah tinggalkan 2cm pada bahagian tepi.Inti pide yang telah ditabur dibahagian tengah dilekukkan sedikit(jadi mudah untuk letak telurnya nanti).
  4. Tepi pide dilipat keatas inti pide sedikit dan tepinya dipusing(twist) sedikit jadi bentuknya macam sampan gitu
  5. Campurkan bahan untuk sapuan pide dan sapu tepi pide.Bakar pide dalam oven pada suhu 180C selama 5-7 minit sehingga doh masak.
  6. Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk dan pecahkan kuningnya.Bila waktu membakar 5-7 minit telah tamat. Keluarkan pide,tuangkan telur yang telah disediakan diatas pide pada bahagian tengah inti dan bakar selama 2-3 minit sehingga telur masak.
  7. Pide pun siap untuk dihidangkan. Enak dimakan panas.

inilah rupa cajun dan cayen di Finland ni..:D