Home

8 Jun 2011

Summer Trip To Porvoo & Kotka

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Cerita kali ni tentang summer atau musim panas disini pula...dah masuk bulan Jun ni baru ler rasa cuaca yg panas macam dok kat Malaysia tu...temp dah mencecah ke 30-31 degree C dah waktu siang...memang kipas angin pun dah mula beroperasi dah kat umah ni. Actually rumah ni tak ada kipas angin pun...kipas syiling pun tak ada tapi masa last summer dah ada pengalaman panas tu sebab beli juga masa tu...pakai dalam 2-3 bulan jer dah sejuk balik simpan store jer la dulu....sampai la sekarang baru keluarkan semula.


Bila cuaca dah cerah ni bermulalah aktiviti berjalan-jalan we all kat sini....sementara ada peluang berjalan ni baik digunakan sepenuhnya kan.. nanti bila dah balik M'sia belum tentu nak datang lagi ke sini. So... ceter pasal trip we all weekend lepas kali ni pula iaitu pada 5 Mei 2011 pada jam 10pagi bertolak dari rumah masing-masing dan berkumpul di station minyak yang ditetapkan. Trip kali ni we all berjalan jauh sikit daripada bandar Helsinki yang jaraknya lebih kurang dalam 130km dari bandar Helsinki. Summer trip dibuat secara konvoi berkereta dengan Malaysian yang ada kat sini. Destinasi pertama yang dituju adalah perkampungan lama Finland iaitu Porvoo.

Porvoo  ni adalah salah satu tempat pelancongan utama juga di Finland ni. Bandar Porvoo ini dibuka pada kurun ke 13M. Kebanyakkan rumah disini adalah berusia lebih daripada 100thn....sebab itulah tempat ni dibuat tempat yang bersejarah untuk dilawati pelancong. Bandar ini juga pernah mencatatkan sejarah menjadi bandar ke-2 yang terbesar selepas bandar Turku pada kurun ke 17M sebelum bandar Helsinki dijadikan ibu negara Finland sekarang.  Actually saya dan suami dah pernah ke sini dah masa last year dan lawatan ni adalah lawatan kali  ke-2. Jarak bandar lama Porvoo dengan bandar Helsinki adalah lebih kurang 30km saja.


rumah-rumah lama yang berusia lbh 100thn  di tepi sungai  itu kelihatan masih cantik dan terjaga




bergambar bersama kawan-kawan Malaysia turut serta dalam summer trip ni





di hadapan bangunan itu terdapat sebuah kapal lama yang telah dibuat restaurant...memang cantik...



permandangan restaurant dari seberang sungai











Setelah 1-2jam berjalan-jalan disekitar kampung Porvoo ni kami teruskan perjalanan pula ke Kotka iaitu terletak di sebelah Timur negara  Finland ni....bandar Kotka ni jauh sikit daripada bandar Helsinki dah dekat dengan sempadan negara Russia dah. Ssaya dan suami pernah drive sampai ke sempadan Russia dah masa last year...tapi tak masuk la sebab tak ada visa masa tu.

Bandar Kotka ni dikenali dengan bandar Maritim Finland atau bandar 'City by the Sea' yang sungguh mendamaikan. Bandar Kotka ni ini mempunyai 400 pulau kecil di sekitarnya. Bandar ini juga adalah merupakan pelabuhan eksport ke dua terbesar di Finland.


Sebaik saja sampai di sana pada jam 2 ptng kami terus mencari tempat yang sesuai untuk berkelah dan makan makanan yang dibawa. Macam-macam makanan ada.....saya cuma bawa nasi daging dan air asam saja...yang lain kawan-kawan yang bawakan. Memang seronok bila dapat makan tepi laut dengan pelbagai juadah makanan yang terhidang ni...penat perjalanan pun boleh hilang bila masing-masing nampak makanan yang menyelerakan ni.



macam ni lah suasana kat Finland...mana pergi mesti nampak boat jer....kalau summer macam ni memang meriah dengan boat kalau laut beku tak adalah boat ni.


ni pula mini aquarium kat Kotka...ada pelbagai jenis ikan Finland kat sini...saya dah pernah masuk dulu so..kali ni malas dah nak masuk..kawan-kawan lain jer yang masuk.....gambar ikan dalam ni boleh tgk pada n3 trip saya yang lepas disini.

ni pula salah satu taman yang ada di Kotka....Cantik view masa summer ni ..pokok-pokok pun menghijau cantik dan mendamaikan..



 gambar bunga ni saya zoom dari jauh jer.....bunga ni sesat dalam rimbunan pokok lain...

bunga yang terdapat di taman ni....banyak lagi gambar bunga saya ambil tapi malas pula nak edit..


air terjun pun ada...





Dah abis berjalan di taman ni kami singgah sebentar di Muzium kapal pula....terlupa pula saya nak snap photo masa ke sana. Selepas itu kami pun bertolak balik dan berhenti sebentar di perhentian pada pertengahan jalan untuk menunaikan solat. Maklumlah kat sini bukan ada kemudahan tempat untuk solat kan so....dengan menggunakan hamparan tikar jer lah kami bersolat...Alhamdulillah setelah selesai solat jamak kami meneruskan perjalanan balik ke rumah masing-masing dan saya dan suami sampai di rumah pada jam 7.30malam.


Sekian sajalah cerita jalan-jalan di waktu summer buat kali ini....akan bersambung lagi nanti pada cerita dilain hari pula..InsyaAllah..

20 comments:

  1. cantek & nyaman jer nieza tempat2 tu :)

    ReplyDelete
  2. bestnya... dapat jalan2
    pic pun cantik..

    ReplyDelete
  3. Salam Nieza...
    Cantik permandangan di sana... Beruntung Nieza dpt menikmati keindahan alam sambil jalan bersama teman2 :)

    ReplyDelete
  4. Assalam kak nieza,best betoi kan melawat tmpat org..Bertuahnya akak..Cantik sgt2 rumah tepi sumgai tuh wlpong dah lama,restoran tuh pon cantik..Teruja sungguh melihatnya..

    ReplyDelete
  5. Salam kak!!! sejukkkkk mana memandang sejukkkk lg org2 yg sedang bergumbira dan menikmati pemandangan tu bestnyerrr! mcm dlm set penggambaran jerr! tgk tasik2 tuuuu waaaaaaaa....sonok!!

    ReplyDelete
  6. salam nieza - best dpt peluang berjalan2 mcm ni tmt pun sgt cantik.

    ReplyDelete
  7. subhanaAllah...
    cantikknya gambar2 tu....

    wahhh..bestnya picnic...

    ReplyDelete
  8. assalam nieza..cantik2 gambarnya..boleh jadikan kenangan bila nieza dah tak dok sana.
    meriah betul bekal makanan nya ye nieza..

    ReplyDelete
  9. cantek erk tempat org :) bersih jerk..

    ReplyDelete
  10. salam nieza..cantiknya pemandangan tu nieza..akak boleh sampai dlm mimpi je lah..nasi dagingpun menyelerakan...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum nieza..
    seronoknya p jejalan.... pemandangan yg sangat indah gitu.. makanan tu lg ler... semuanya sedap2 belaka akak tgk.. :)

    ReplyDelete
  12. Salam Kak NIeza,
    Subhanallah, cantik sungguh pemandangan kat sana..
    Tak sampai sana, dapat tengok gambar pun jadilahh:)

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Niezza

    seronok nyerrr

    terima kasih kongsi pengalaman

    Wassalam

    ReplyDelete
  14. Kalau diluar negara bangunan lama dijaga dengan baik tak macam di mesia habis semua diruntuhkan.

    Cantik pemandangan disana, damai saja.
    Restoren atas air... bestnya...

    ReplyDelete
  15. cantikknye k.nieza tempat2 di findland ni, sronok dpt piknik mkn2 gan member, rs lepas rindu family kat mesia kan:)

    ReplyDelete
  16. Ramai juga ya kawan2 nieza di sana.Seronok jln2 ni kan! alang2 dah duduk sana, baik la meronda puas2. Gambar pun cantik la..

    ReplyDelete
  17. best nya nieza...
    cantikkkk sangat rumah2 tepi sungai tu.

    ReplyDelete
  18. Cantiknya! pandai Nieza ambil gambar. Kene ambil gambar byk, simpanan dan kenangan untuk akan datang kan! Rindu europe, best jugak jln2 sana tp orgnya tak begitu friendly eh. org UK n Japan more better. hihi..

    ReplyDelete
  19. seronok dpt jejalan tpmt org... cantik pemandangannya...

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)