Home

30 Apr 2011

Talam Kastard Jagung


Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu buat semua....sekali lagi saya dgn weekend yang membusykan....biasa weekend ada jer aktiviti makan-makan ni...mcm ni ler meriahnya dok oberc ni kalau tak buat makan-makan tak ada la nak jumpa kawan-kawan dan beramah mesra kan. So...hari ni buat tayangan kuih talam lagi...harap tak ada yang jemu yer....ahaks...:D Sebelum saya pergi ke majlis 'Malaysian Canteen' hari ni..sempatlah saya n3 kan kuih talam yang dibuat semalam ni. Dah siap potong dah kuih ni untuk dibawa masa majlis kat ofis mr.hubby jap lagi.

'Malaysian Canteen' ni dianjurkan oleh Malaysian embassy dan dibuat setiap 3-4 bulan sekali utk semua rakyat Malaysia disini. Sebagai tuan rumah  kami bergotong royonglah masak makanan Malaysia. Tugasan saya adalah memasak 2 loyang kuih talam dan nasi lemak utk 10 pot saja. yang selebihnya kawan-kawan lain yg masak. 

Pilihan kuih talam saya kali ni adalah kuih talam kastard jagung...sekali buat sampai 2 loyang terus..memula berdebar juga nak tgk hasilnya coz tak pernah buat lagi talam ni baru 1st time nak cuba kan.....tapi hasilnya alhamdulillah menjadi dan sedap. Actually memula tu ternampak kat dapur Kak Noorsafone @ Story Of Mama yang telah berjaya dalam pertandingan membuat pelbagai kuih talam ...dapat tempat pertama lagi tu. Tahniah utk Kak Noorsafone. Resepi asalnya daripada dapur Kak Yatie @ Sinar kehidupanku...Tahniah juga buat kak Yatie dan terima kasih kerana berkongsi resepi yang best dan sedap  ni....izinkan saya berkongsi disini pula.


Bahan-Bahan- loyang 10 inci

Lapisan Bawah
  • 1 1/2 cwn tepung beras
  • 1/2 cwn tepung jagung
  • 1/2 cwn tepung kastard
  • 1 cwn gula
  • 1 cwn jagung krim manis
  • 3 1/2 cwn santan
  • sedikit perwarna kuning
  • sedikit garam
Cara Menyediakan Lapisan Bawah
  1. Satukan kesemua jenis tepung dlm sebuah mangkuk.
  2. Masukkan sedikit garam, gula dan santan.
  3. Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api kecil sehingga naik wap. Masukkan jagung krim dan gaul lagi sehingga sebati.
  4. Alaskan loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.
** Setiap 10 minit saya buka penutup kukus dan lapkan air yg terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit.(utk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih..)



Bahan Utk Lapisan Atas
  • 2 cwn santan pekat
  • 1 cwn air pandan ( 3 helai daun pandan kisar bersama air dan jadikan 1 cwn jumlahnya)
  • 1 cwn tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tpng ubi
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar gula pasir
  • secubit garam
  • Pewarna hijau/pandan

Cara Menyediakan Lapisan Atas
  1. Masukkan kesemua bahan dlm sebuah mangkuk. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.
  2. Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
  3. Cakar2kan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan pandan ke atas lapisan jagung tadi dan kukus selama 20 minit.
  4. Saya kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yg terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit.(jumlahnya 20 minit juga kan..)
Tips.
** Sekiranya terdapat sedikit air di permukaan kuih, sengetkan loyang sedikit dan buangkan air yg terdapat di permukaan kuih...guna sudu je...atau lapkan guna tisu dapur.
** Sejukkan kuih, kuih ni hendaklah betul2 sejuk barulah cantik bila di potong.
** Gunakan pisau plastik utk memotong apa2 jenis kuih talam atau kuih lapis supaya cantik.

29 Apr 2011

Talam Durian


Assalammualaikum dan salam Jumaat buat semua...semoga hari ni dan hari-hari seterusnya memberikan keberkatan dan rahmat buat kita semua. Hari ni saya nak berkongsi resepi kuih talam durian pula....gara-gara nak abiskan saki baki durian tu...saya mencubalah buat kuih talam pula. Kali ni saya telah derhakakan resepi yang mana resepi asalnya adalah kuih talam pisang drp Kak liza @ kak Hanieliza tapi telah saya tukarkan pisang dgn durian pula. 

Minta maaf yer kak liza bukan niat nak mengubah resepi tapi sekadar mencuba saja...hasilnya memang terbaik..alhamdulillah menjadi. Terima kasih kerana berkongsi resepi kuih talam tu. Resepi talam pisang dah pun saya cuba memang sedap...dan talam durian ni pun sedap...tak jemu memakannya...dah rasa sekali nak rasa lagi dan lagi...memang sedap..bagi peminat-peminat kuih talam dan durian bolehlah mencuba resepi ni...memang mabeles.


So...bagi yang tak makan durian tu ambil bau dan jamu mata jer lah yer....tapi kalau tak mkn nk mencuba buat apa salahnya...mana tau dah rasa sekali nk mkn lagi...:D


Bahan Lapisan Bawah
1 cawan Durian [di lecek]

1/2 cawan gula pasir
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
2 cawan santan cair
secubit garam
sedikit pewarna kuning


Cara
1. Panaskan kukusan. Alaskan loyang bulat saiz 8 inci dengan daun pisang atau spukan minyak sekiranya tiada daun pisang.
2. Gaulkan semua bahan dan tuangkan dalam loyang.
3. Masukkan dalam kukusan dan kukuslah selama 30 minit.
4. Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan lapisan bawah.


Bahan Atas
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
2 s/b tepung jagung (nieza tambah)
1 s/k garam

Cara-cara
1. Gaulkan semua bahan supaya sebati dan rata.
2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan kacau sebentar.
3. Bila nampak pekat, tutup api dan tuangkan keatas lapisan bawah
4. Kukuskan lagi 20 minit.
5. Sejukkan betul-betul dan potong untuk dihidangkan


kuih yg siap dipotong utk mr.hubby bawa ke ofis

ni ler durian siam mali...isi memang tebal.

28 Apr 2011

Kek Durian Lembab Marbel Coklat


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua...hari ni buat tayangan kek durian pula...jgn ingat org kat sini tak ada durian tau...haha durian kat sini lagi special tak kira musim..ada jer buahnya.... durian siam pun jadilah kan janji dpt ler merasa juga. Durian siam ni beli kat kedai aseanic kat sini...mr.hubby memang peminat durian. Saya lak kalau mkn gitu jer tak berapa suka....lebih suka  makan yg siap diproses..mcm buat kuih, bubur atau kek ni bolehlah. 

Kalau kat Msia tu tak payah ckplah kan memang puas ler mkn tapi bila dok sini dpt beli yg diimport ni pun jadilah walaupun mahal juga reganya kalau nk compare ngan rega kat Msia tu.....tapi nk mkn punya pasal tutup mata jer lah kan. So...sebelum durian ni dihabiskan oleh mr.hubby saya buat ler projek kek durian...hmmm memang sedapla...resepi dah lama simpan baru hari ni berkesempatan nak cuba. Terima kasih yer pada Hanaz dan kak Madiha a.k.a Ratna yg telah berkongsi kek yg sedap ni. Izinkan saya berkongsi disini pula. snap photo pun nak cepat jer ni.tak sempat nk kasi posing lama2 pun kek ni...mata dah ngantukla.



Adaptasi dari resepi Kek Durian Lembab Hanaz Manis


Bahan2nya 
1 cawan isi durian 
1 cawan susu segar 
1 cawan mentega cair 
3 butir telur gred A 
1 cawan gula kastor (MaDiHaA kurangkan 2 sudu besar sebab nak kurangkan manis)
2 cawan tepung gandum 
¾ teaspoon soda bikarbonat (resepi asal 1 teaspoon)
1½ teaspoon baking powder (resepi asal 1 teaspoon)
2 teaspoon coklat emulco

Pewarna kuning secukupnya 
Sedikit marjerin & tepong gandum utk mengris loyang 




Cara2 Menyediakan 

1. Ayak tepong, soda bikarbonat & baking powder sebanyak 3 kali.  Ketepikan.

2. Kisar isi durian, susu segar & mentega cair sehingga halus.  Panaskan oven 170C & griskan loyang dengan marjerin & taburkan tepong sehingga rata. Buang lebihan tepong.

3. Pukul telur dengan gula sehingga benar2 kembang & gebu.
4. Masukkan sebahagian bahan2 yang dikisar halus & kacau rata.  Masukan lebihannya dan kacau lagi sehingga rata.
5. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit dan kaup balik dengan spatula sehingga sebati.
6. Bahagikan kepada 2 bahagian sama rata.  Satu bahagian dicampurkan dengan coklat emulco & kacau rata.  Satu bahagian lagi dimasukkan dengan pewarna kuning & kacau rata.
7. Sudukan 3 sudu besar adunan warna coklat.  Sudukan 3 sudu besar adunan warna kuning di atasnya.  Sudukan lagi 3 sudu & diikuti dengan 3 sudu lagi adunan secara bergilir2.  Ulangi sekali lagi proses yang sama.  Step yang ke empat.. sudukan pula 2 sudu besar adunan seterusnya & ulangi sehingga 3 kali ulangan.  sudukan 1 sudu besar untuk pusingan yang seterusnya sehingga adunan habis.  Hentak2kan sedikit loyang supaya adunan turun & rata.
8. Bakar (api atas bawah) dalam oven selama 45 minit atau sehingga kek masak (suhu & masa membakar kek bergantung oven masing2). Untuk menguji kek sudah masak.. cucukkan ditengah2 kek dengan lidi penguji sekiranya lidi keluar bersih bermakna kek sudah masak & bolehlah dikeluarkan dari oven.


mcm ni ler rupa step by step yg saya buat tu..saya hanya meletakkan 1 sudu besar saja...tak la cantik sgt lapisannya tu...hasil keras tgn org yg membuatnya...:D

jeng...jeng.........inilah rupa durian siam yg diimport tu.....biasanya saya beli isi jer..tapi kali ni mr.hubby dah teringin yg sebiji ni..so..angkut lah blk....isi memang tebal dan fresh juga walaupun di frozenkan masa beli ni. reganya dlm euro9 sebiji ni...timbang ikut kg.

27 Apr 2011

MAC N CHEESE


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hari ni layan pasta mac n cheese pula...sekali sekala tukar selera mkn pasta pun sedap juga....saya bab mkn tak kisah sgt...dan mr.hubby pun ok tekak international gitu semua boleh makan asalkan halal...:D So..layan menu pasta macaroni bakar ni jer lah utk hari ni...jap lagi nak keluar jap ada urusan kat luar sikit. Lately ni byk benda nak kena buat ..persediaan sebelum bercuti nanti. Kemana saya akan pergi nanti ....tungguuuu....nanti saya maklumkan kemudiaan yer.


Ok ceter n3 hari ni saya masak menu simple tapi memang sedap....kalau bubuh byk cheese tu lagi ler sedap..haha tak mau ceter byk nk tau lagi sedap kenalah cuba sendiri yer...:D btw terima kasih pada mereka yg telah berkongsi resepi izinkan saya berkongsi resepi ni disini pula.


Source: Mama hawaAin 
1 paket (500 gram) macaroni spiral San Remo 
(atau boleh guna bentuk macaroni lain yang disukai)

220 gram Du Chef tomato puree (tin sedang)/ 1 botol besar sos spaghetti

400 gram daging cincang
1 biji bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih, dicincang
5 tangkai cili padi thailand, dicincang
2 - 3 helai bay leaves (kering)
sedikit rempah oregano
garam dan gula secukup rasa
1 buku (250 gram) keju cheddar, diparut
500 - 600 ml susu segar
3 sudu besar tepung gandum




Cara-caranya
1. Rebus spiral pasta mengikut peraturan dipaketnya. Sebaik sudah masak, angkat dan toskan.
2. Untuk Sos Merah: Tumis bawang besar dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili padi dan daging cincang. Tumis sehingga daging bertukar warna dan pastikan jangan sampai air daging kering.
3. Masukkan tomato puree/ sos spaghetti Prego dan sedangkan api. Kalau guna sos spaghetti Prego boleh campurkan 1 cawan air kedalam periuk. Jika guna tomato puree tidak payah tambah air.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sosnya jangan terlalu kering sangat kerana lebih sedap berkuah supaya mudah digaulkan bersama macaroni.
5. Untuk Sos Cheese: Masukkan susu segar dan tepung gandum dan gaul rata. Masak diatas dapur dengan api yang kecil dan masukkan parutan keju cheddar. Kacau sehingga cheese cair dan sebati. Sebaiknya sos cheese jangan terlalu cair.
6. Cara menyediakan Mac N Cheese: Gaul sos merah dan macaroni spiral sehingga sebati. Tuang setengah adunan kedalam caserole dan lapiskan dengan sos cheese, dan kemudian tuang lebihan macaroni dan atasnya ditutup dengan sos cheese. Kalau nak lebih sedap boleh taburkan parutan keju cheddar diatasnya dan bakar sehingga ia bewarna kuning keemasan. Dapat menyediakan 2 loyang 8 x 8 inci.

NOTA: Jika menggunakan sos spaghetti, anda boleh kecualikan penggunaan rempah oregano dan bay leaves.

p/s Kalau malas nak buat sos-sos tu, beli je ... semi-homemade gitu. Bak kataSandra Lee dlm rancangan masak2 dia kat channel TLC, keep it simple, make it Semi-Homemade ;)

Ronda-ronda di hari minggu...

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua....n3 kali ni saya nak  bawa anda semua ke Finland lagi....tapi kali ni bukan ceter sejuk beku masa winter yer tapi ceter spring season...masa yg ditunggu-tunggu akhirnya sampai juga setelah 5-6 bulan diselimuti salji yang memutih. Syukur alhamdulillah cuaca sekarang semakin cerah dan panas walaupun temp sekarang dlm 10-15 degree C saja dan tidaklah sepanas di Malaysia tapi sudah cukup panas bagi kami yg dah mengalami musim sejuk yang melampau sejuknya hari tu. Biasa spring season ni banyaklah bunga tapi nampaknya bunga-bunga kat sini masih malu-malu nak keluar so...layan gambar permandangan sajalah.


Oklah hari ni nak bercerita aktiviti ronda-ronda saya dan suami dihari minggu yg lepas. Biasanya kalau tak ada apa-apa aktiviti dan mr.hubby pula cuti...kami akan keluar ronda-ronda disekitar bandar Helsinki. Saya akan cari tempat-tempat menarik untuk di ambil gambar. Saya suka ambil gambar permandangan..terutama view air dilautan terasa satu ketenangan bila tgk view mcm tu...so kali ni kami ke kawasan yang tak jauh dari rumah saja lbh kurang dlm 3-4km saja dari rumah. Mr.hubby memang minat memancing so...selalu juga ke sini tgk org memancing...oklah layan gambar kat bawah lah yer.


Subhanallah...memang sungguh indah ciptaan Allah





Posing jap...:D





ramai juga yang org memancing hari tu...

kebetulan ada yg dapat ikan besar ni...sempatlah ambil gambar....mcm tak percaya ikan seberat 11kg ni boleh dapat dgn hasil memancing saja..

lately ni rasa segan nk bergambar coz dah semakin gemuk dah saya ni....malas betul nk exercise...makan jer rajinnya:D






Sekadar mencatatkan kenangan dan berkongsi cerita bersama saudara-mara dan rakan-rakan saja......bersambung lagi dengan cerita dan gambar dihari yang lain pula nanti...InsyaAllah...salam buat semua...:D

26 Apr 2011

Kad & Award

Assalammualaikum dan salam sejahtera..sebelum terlupa saya nak gantung la kad dan award ni dulu....terima kasih atas ingatan dari teman-teman di alam maya yg sudi bagi kad dan award ni...sungguh terharu rasa dihati bila dijemput untuk mengambil kad dan award yang cantik-cantik ni....suka sgt dan tak sabar nak gantung ni...semoga perkenalan kita dialam maya sentiasa dirahmati Allah selalu.

Kad bunga ros merah ni datangnya daripada Kak Wattie yg berada di Penang yg diberi pada saya bersempena 1st blog anniversary saya yg lalu. Byk menu2 best juga kalau singgah blog kak wattie tu...actualy dah lama kak wattie bagi kad ni tapi dok peram dulu....bukan tak ingat kak tapi masa membataskan...insyaAllah bila dh free ni dan teringat ni saya akan gantungkan...btw terima kasih atas ingatan akak yer....suka sgt dpt kad cantik ini.



Award ni pula saya dapat daripada blogger Sazahaiza byk info di blognya....terima kasih atas ingatan saza coz sudi bg award yg cantik ni...terharu pun ada bila tgk nama blog saya tersenarai dlm blog yg hebat2 tu...actually blog saya ni biasa2 jer...blog org merantau msk2 pun msk org merantau yg biasa2 jer.Terima kasih byk2 :)



kad yang cantik ni pula saya terima daripada  Kak Yus @ antanbertingkah bersempena genapnya usia setahun blog beliau hari ni....Tahniah kak diatas 1st blog anniversary akak tu...semoga akan terus berkongsi cerita dan resepi yg menarik lagi....semoga persahabatan kita dialam maya kan merapatkan lagi ukhwah sesama kita ..insyaAllah.

Tag From Kak Sariyusa


Assalammualaikum dan salam sejahtera...sebelum terlupa  nak merajinkan diri la menjawab tag drp Kak Yus @ Sariyusa ni...sabar jer lah bila kena tag ni...tapi tak apalah saya cuba buat dan jawab dgn hati yg ikhlas dan yang termampu jer lah yer....terima kasih atas ingatan akak utk tag saya ni.ok jom kita tgk apa h/work yg nk kena buat tu...

1.Bekas kekasih saya adalah seorang :

seorang hamba Allah juga



2.Saya sedang mendengar :
mesin basuh baju dan pengering baju yg sedang beroperasi...:D

3.Mungkin saya patut :
mendietkan diri yg semakin mengembang sekarang ni 

4.Saya suka :
masak dan ambil gambar

5.Sahabat baik saya :
ramai sangat

6.Saya tak faham :
bila saya bertanya

7.Saya kehilangan :
sesuatu barang..

8.Ramai yg bertanya :
bila saya nk blk Malaysia dan bekerja semula...(soalan yg susah utk saya jwb coz tak sure berapa lama husband nk posting kat sini...sampai masa dipanggil blk nanti...blklah kami..InsyaAllah)

9.Makna nama saya :
Nur ..cahaya

10.Cinta itu adalah :
anugerah dr Allah

11.Saya akan cuba :
memperbaiki kelemahan diri

12.Telefon bimbit saya :
iphone 

13.Bila saya terjaga dari tidur :
syukur alhamdulillah masih dipanjangkan umur..

14.Saya paling meluat apabila :
merasakan diri ini disakiti

15.Pesta/party adalah :
acara makan2 dan beramah mesra 

16.Haiwan yg paling comel :
kucing

17.Peringkat umur yg paling menyeronokkan bg saya ialah :
17thn kot..

18.Hari ini :
Selasa

19.Malam ini saya akan :
membaca buku

20.Esok pula saya akan :
keluar membeli brng dapur

21.Saya betul2 inginkan :
kehidupan yg bahagia dan dirahmati Allah selalu

22.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pg ini :
muka tak cukup tido coz selalu tido lewat dan bgn awal

23.Siapa yg anda mahu tag :
kekadang org tak suka dirinya di tag kan so...saya pun tak memaksa..sesiapa saja yg suka dan sudi jgnlah malu2 dan segan2....silalah jwb tag ni yer...tqvm:)
ok dah siap dah h/work yg diberi harap kak Yus berpuas atilah dgn jawapan saya yg ringkas tapi ikhlas ni...:D

Mee Bandung Muar


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua...kembali bersiaran dgn n3 msk2 semula...bukannya saya tak masak tapi masa tak mengizinkan untuk saya bersiaran coz 2-3 hari yg lepas amatlah membusykan....busy dgn tetamu dan busy juga dgn aktiviti ronda-ronda dgn mr.hubby kebetulan mr.hubby pula cuti 4 hari sampai isnin. Cuaca sekrang pula dah semakin panas..dah masuk spring dh pun.. semakin hari semakin cerah...dan bermula waktu siang yg agak panjang sehingga ke summer nanti jam 10-11 mlm masih cerah dgn matahari lagi.Seronok kalau berjalan-jalan time ni terasa mcm berada kat Malaysia jer...sebelum ni kalau winter cuaca gelap jer...nk keluar umah pun malas.

Oklah ceter pasal n3 hari ni menu ringkas jer...saya masak mee bandung Muar...jauh terbang sampai ke Finland dah ni...haha terima kasih pada mereka yang telah berkongsi resepi yg sedap ni...izinkan saya berkongsi disini pula. Kalau mee berkuah ni memanglah my fav....tak mkn nasi pun tak pe..memang suka. Bagi peminat-peminat mee berkuah bolehlah mencuba resepi yang sedap ni.


Resepi : Sabrina

Bahan-bahan untuk kuah:
Utk dimesin
5 ~ 6 ulas bawang merah

3 ulas bawang puteh

10 tangkai cili kering ~ dipotong & rebus hingga lembut

segenggam kacang tanah ~ digoreng dan dimesin halus
1 paket udang kering (2 1/2 sudu besar) ~ dimesin bersama kacang tanah
300 gram daging ~ potong nipis
sedikit udang fresh (nieza tambah)
4 biji telur
2 sudu sos tomato
4 sudu sos cili 
Sedikit minyak masak ~ utk menumis
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula 
air secukupnya 
1 ikat sawi ~ dicelur
2 bungkus mee kuning ~ dicelur 
limau kasturi ~ optional
daun sup ~ optional
tauhu goreng ~ optional
bawang goreng ~ optional


 Bahan-bahan untuk cili jeruk
3 tangkai cili merah ~ dihiris tebal
3 tangkai cili hijau ~ dihiris tebal 
1 sudu cuka


Cara-cara:

1. Sediakan dahulu cili jeruk dengan mencampurkan semua bahan2nya & biarkan cili terendam dengan bekas yang bertutup.  

2. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin sehingga naik baunya.

3. Masukkan 3 mangkuk air bersama daging 
4. Setelah daging empuk, masukkan pula kacang tanah dan udang kering yang telah dimesin tadi.
5. Setelah beberapa minit, masukkan sos cili, sos tomato, garam & gula secukup rasa.
6. Kacau rata semua bahan dan kemudian keluarkan daging dari periuk.
7. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk (lebih selamat pecahkan dulu dalam mangkuk lain sebelum dimasukkan ke periuk bimbang jika ada telur yg busuk) dan perlahan kan api dapur. Biarkan sehingga telur masak.
8. Setelah telur masak, masukkan kembali daging yang dikeluarkan tadi.
Nota Sabrina: ** Sab buat macam ni supaya telur tu tak bercampur dengan daging, nanti buruk rupanya.. hehehe
9. Setelah siap semuanya, boleh lah dihidang dengan mee, sayur sawi dan juga cili jeruk.