Home

28 Feb 2011

Ikan Tilapia Kukus


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Tadi siang keluar jap ...seronok tgk cuaca yg cerah hari ni...lama dh tak nampak matahari...ha mcm jakun la pula kan. W/pun cuaca semakin cerah tapi salji belum cair lagi...rasanya mcm lambat jer thn ni nk spring...actually saya ni tak sabar nk tunggu salji ni abis..bkn apa dah tak tahan menahan kesejukan...kalau tempat lain weather ok lagi tapi di Finland ni memang beku abis dibuatnya.

Oklah ceter pasal n3 hari ni masak simple jer la...layan ikan kukus dan menu sihat ni. Resepi lak main campak-campak jer...biasa dah buat cam ni ...senang 2 in 1 gitu msk sayur dgn ikan sekali...haha actually malas sama ni tu yg main kukus jer semua sekali tapi hasilnya sedap juga...sayur tu bila dikukus lembut jer...so...cepat dimasak dan cepat dimakan...:D


Resepi campak-campak style saya kali ni ada sikit kelainan....lain coz saya ada bubuh cendawan pula kali ni...yang lain tu lbh kurang sama jer. Oklah Jom tgk resepi seperti dibawah.
Source: Nurniezza.blogspot.com

Bahan-bahan

1 ekor ikan tilapia merah...boleh juga guna apa-apa saja jenis ikan

1 labu bawang besar dimesin 

2 ulas bawang putih dimesin

1 inci halia dimesin

1s/b sos ikan

1 kiub ikan

1 batang serai diketuk

5 biji cili apa diketuk

2 sudu besar jus limau ataupun lemon

daun sup/daun bawang

broccoli dipotong kecil

bunga kobis dipotong kecil

1 batang carrot

sedikit cendawan hitam/ butang
1 s/k serbuk lada
garam secukup rasa

Cara-cara
1. Ikan dicuci bersih dan dikelar kedua-dua bahagian.

2. Kukus  ikan dalam bekas yg dalam dan masukkan semua bahan tadi bersama dgn ikan.......kukus dlm dalam masa 10-12 minit sehingga ikan masak.

3. Apabila sudah masak bolehlah diangkat dan lebihan air kukusan ikan tadi curahkan diatas ikan...hiaskan dgn bawang  dan daun sup/bawang...hidangkan.

27 Feb 2011

Nasi Daging & Air Asam


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua... dah lewat baru nak n3....btw nk ceter menu hari ni buat nasi daging dengan air asam jer.....lama dah tak buat nasi daging ni...selalu mkn nasi ayam jer kan ....kali ni kita tukar-tukar selera layan nasi daging pula. Kalau kat utara biasanya nasi daging ni memang lawannya air asam la...memang gabungan yang mantop....dan boleh bertambah-tambah nasi dibuatnya.

Oklah ceter pasal resepi ni asalnya daripada arwah abah saya...arwah memang pandai msk-msk  ni dan rajin membantu mak didapur... seingat saya masa tu saya masih muda remaja memang tak minat pun msk-msk dan masuk dapur ni....tapi disebabkan ank pompuan x ramai saya dipaksa rela juga masuk dapur. Kalau tak kena potong bawang kena mesin kelapa kalau tak pun kena tgk juga apa mak msk...coz arwah selalu ckp kalau tgk org msk lelama pun boleh jadi pandai...masa tu tak fikir pun nk pandai masak2 ni...yg fikir nk tgk tv jer kejanya....haha tu la ceter dolu2 tapi sebenarnya amatlah berterima kasih diatas paksa rela arwah dulu...dah kahwin ni barulah saya teringat blk nostalgia zaman remaja tu...dan al-fatihah buat arwah. Ok jom tgk resepi dibawah.



actually resepi asal menggunakan rempah khas utk buat nasi daging yg ada dijual dipasar dan dikedai tapi saya tak ada stok rempah tu tapi saya gantikan dgn rempah kurma....bolehlah kan.
Source: Nurniezza.blogspot.com

Bahan-bahan   

2 cup beras - basuh dan toskan

200 g daging - apa-apa jenis daging ...dipotong kecil dan bersihkan dan toskan

2 s/b minyak sapi/mentega ataupun minyak jagung ataupun apa-apa  jenis minyak msk

1 cawan susu cair

2 cwn air rebusan daging atau  air yg secukupnya utk memasak nasi
2 s/b rempah kurma (kalau ada rempah nasi daging boleh gunakan)

2 s/b sos tomato

2 s/b sos cili

3-4 tangkai cili hijau
sedikit kulit kayu manis, bunga lawang, ketumbar, cengkih dan pelaga
1 batang serai diketuk
2 s/b kismis
1 s/k serbuk lada hitam
1 kiub lembu
daun sup/daun bawang
bawang goreng

Bahan Mesin
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara

  1. Rebuskan daging sehingga lembut dan toskan...air rebusan jgn dibuang...disimpan utk memasak nasi nanti.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar halus tadi, masukkan  kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga,ketumbar dan cengkih tadi....dan serai ...tumiskan hingga wangi. Kemudian masukkan daging yang direbus tadi bersama-sama dgn air rebusan daging tadi. Masukkan pula sos tomato dan sos cili.
  3. Sukat air secukupnya dan masukkan susu,kacau dan biar mendidih sebentar.Masukkan pula beras dan gaul rata.
  4. Apabila nasi hampir kering masukkan garam secukup rasa ...tapi kalau dah bubuh kiub lembu tak perlu garam lagila coz dh masin. gaul lagi dan masak terus hingga nasi masak sepenuhnya.
  5. Masukkan kismis, tabur daun sup,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng atas nasi dan tutup periuk.
  6. Tabur dan hiaskan lagi dengan lebihan daun sup daun bawang dan bawang goreng semasa menghidang...selamat mencuba.


Bahan Air Asam
1 genggam asam jawa – diperah dan diambil airnya
1 cawan air
4 tangkai cili padi dikisar halus..ni ikut kepedasan masing2 lah yer..kalau suka pedas bubuh ler byk sikit cili tu.
2 biji cili merah dikisar
1 biji tomato dikisar
sedikit garam dan gula
sedikit belacan  dibakar dahulu kemudian dikisar
1/2 biji lemon boleh gantikan dgn limau kasturi kat sini tak ada limau kasturi nieza gunakan lemon jer

Bahan lain
1 biji bawang besar  dipotong dadu ataupun dimayang
1 biji tomato dipotong dadu
1 biji cili merah dihiris nipis
Cara Membuat
1. Campurkan semua bahan air asam didalam blender dan kisarkan halus...kemudian campurkan semua bahan yang dikisar halus tadi dgn cili merah yg dipotong nipis dan bawang, tomato yg dipotong dadu tadi.
2. Gaulkan semua bahan dan hidangkan bersama nasi daging.

25 Feb 2011

Kuih Bakar Lemak Manis


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.....hari ni mood malas betul la.....esok lak weekend lagi la nak bermalas-malasan...haha boleh gitu yer tapi tu la kan angin malas ni  kalau dtng jer rasa nk golek-golek jer mcm filem hindustan tu..tak sabar dh nk tunggu abis winter ni coz tak thn dok berkurung jer ni...sejuk sgt dlm umah pun kena pakai baju tebal ni tapi tu la bila dah summer nanti rajin berjln jer dapur lak jarang berasap...:D

 btw...malas-malas pun kena masak jugakan...so..saya masak kuih simple jer lah hari ni.....nak buat minum ptg boleh.. minum pagi pun boleh..sedap juga kuih ni ...saja bakar bg hangus skit coz suka mkn kerak-kerak tu...haha layan  jer lah kuih bakar lemak manis ni  yg boleh menambahkan lemak yg sedia dok bertambah ni....dh byk lemak pun still tak tahan sejuk juga...:D  Ok resepi kuih ni saya intai kat dapur kak Yatie dan Kak Yatie lak ambik drp Kak Fida kat My Resepi...terima kasih yer kepada Kak Yatie dan Kak Fida krn berkongsi resepi ni. Minta izin berkongsi disini pula.


Copy : Kak Yatie
Source : Kak Fida @ Myresipi
Bahan-bahan ( Loyang 8x8 inc. )

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 3 cawan santan - (200ml sntan KARA + air)
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • garam secukup rasa
  • 1 sk esen vanilla
  • sedikit pewarna kuning
  • bijan - utk tabur (opt)
Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan2 di dalam blender kecuali bijan dan kisar hingga sebati.
  2. Masak adunan hingga pekat dan sentiasa di kacau di atas api sederhana perlahan.
  3. Tuang ke dalam loyang yang di sapu majerin,ratakan adunan dan tabur bijan jika suka dan bakar selama 40 min atau sehingga kelihatan garing.

24 Feb 2011

Mini Cherry Loaf


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua...layan roti  ni jer la breakfast tadi ni.....org  kat  M'sia tu sure dh sibuk nk minum petang kan....org kat sini baru jer sudah minum pagi....so....kalau tak tau nk makan apa petang ni leh ler tumpang ngan  menu org kat sini ni....haha dah jauh ni ajak-ajak ayam jer...:D 

Oklah berbalik pada n3 hari ni....asalnya resepi ni mini blueberry loaf tapi telah saya derhakakan jadi cherry la pula....bukan apa tak ada stok bluberry filling la kat umah. Resepi ni hasil intai-intai kat dapur kak Ummi hari tu.....baru 2-3 hari lepas jer kot.....tgk kak ummi tayang tu terus dapat idea nk meroti cam ni....saya ni memang suka roti yg beraneka ni. Menurut kak Ummi sumber resepi ni kak Ummi ambil dr dapur CMG dan CMG lak dapat drp Nor Zailina Nordin....btw terima kasih yer kepada Mereka yang telah berkongsi resepi roti yg sedap ni. Izinkan saya berkongsi disini pula.


Actully resepi ni menggunakan bread improver dan bread softerner tapi kat sini memang tak ada jual dan nieza tak ada stok tu so..tak dapatlah nk bubuh tapi tak bubuh pun roti masih sedap dan lembut. Ada info yg nieza dapat drp seorang kakak yg lama dh menetap disini yang memaklumkan pada nieza kat Finland ni memang dilarang keras membawa masuk kedua-dua bahan itu.

 Menurut pengalamannya kakak tu pernah suruh familynya pos ke sini tapi bila sampai pihak kastam sini rampas semua coz diorang ada buat ujian di makmal bhn tu mengandungi bhn kimia yg boleh memudaratkan kesihatan dlm jangka masa panjangla...tu sebab diorang tak kasi masuk sini...memang diorang control betul la...tapi kat Msia tak ada pula mcm tu kan.Tu sebab bila mkn roti kat Msia tu sedap jer lembut gebus jer kan berbeza sgt dgn roti yg dijual disini.

Source 1 :CMG
Source 2: Kak Ummi
Bahan-bahannya:
270 g tepung roti (high protein flour)
50 g tepung halus (tepung Hong Kong)
60 g gula halus
1 camca teh garam (mat guna 1/2 camca teh)
2 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver nieza tak bubuh 
1/2 camca teh bread softerner nieza tak bubuh
1 biji telur gred C
140 ml air
30 g mentega
Blueberry filling secukupnya nieza bubuh cherry filling

Cara membuatnya:

  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan sosej. Gaul hingga semua bersatu dan menjadi doh, masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan licin (lebih kurang 15 - 20 minit). Alihkan doh ke dalam satu bekas dan tutup permukaan dengan plastic cling. Biar naik 1 - 1 1/2 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan kesemua bahan2 ke dalam Bread Maker, pilih setting for dough dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh dan bagi kepada 4 - 5 bahagian yang sama besar (bergantung pada saiz tin masing2), uli 5 minit setiap bahagian, canai dan sapu bluberry filling secukupnya, gulung seperti swiss roll dan alihkan ke dalam "mini loaf pan" yang telah disapu dengan mentega. Buat hingga siap. Boleh lihat disini contoh mini loaf pan.
  3. Biar naik 1 jam dan bakar dalam oven pada suhu 180C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong.

23 Feb 2011

Kari Ayam Hijau Thai


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..hari ni masak simple jer lah layan lauk masak kari ayam hijau thai ni...sekali sekala tukar selera kari pun sedap juga. Hari ni masak terawal sikit coz jap lagi nak keluar jap...ada hal sikit kat luar ni...so..dh siap masak ni boleh ler tapaukan kat mr.hubby kat ofis sekali...kebetulan nk singgah ofis kejap.

Resepi masakan ni saya intai dr dapur kak Ita dan menurut kak Ita resepi asalnya drp Chef yang terkenal iaitu chef Wan. Sedap juga kari ni dengan menggunakan paste hijau ni.Kebetulan ada pula jual kat kedai aseanic kat sini so..bolehlah saya cuba. Btw terima kasih yer kak Ita kerana berkongsi resepi ni izinkan saya berkongsi disini pula.




source:Fromintankitchen
By: Chef Wan
Bahan-bahan
Ayam - potong kecil2 dan cuci bersih 
2 sudu besar minyak masak
4 sudu besar pes kari hijau Thai (mcm dlm pic kat atas tu)
2 cawan santan (500 ml)
1 biji terung Thai - (terung Thai lebih kecil berbanding dgn terung biasa dan kulitnyer berwarna hijau dan putih berkrim)
20 biji terung bulat kecil 
2 sudu besar sos ikan
2 sudu teh gula
4 helai daun limau perut - disiat2
2 tangkai cili hijau - dihiris nipis
20 helai daun selasih
Daun ketumbar jika suka 

Rempah Ratus
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh ketumbar



Cara-cara
1. Goreng rempah ratus tampa minyak dlm kuali diatas api sederhana dan kacau hingga harum. Alihkan ke dlm batu lesung dan tumbuk halus jika suka. Jika tidak gunakan dlm bentuk asalnyer
2. Panaskan minyak masak dlm kuali atau periuk. Masukkan pes kari Thai dan rempah ratus. 

3. Tumis atas api sederhana sehingga harum. Kecilkan api dan tambah santan, sedikit demi sedikit, kacau setiap kali dimasukkan. Apabila semua santan telah dimasukkan, didihkan dan kemudian renehkan selama 1 minit.
4. Tambah ayam dan kedua2 jenis terung. Renihkan selama 10 minit atau sehingga ayam empuk dan masak.

5. Kemudian masukkan sos ikan, gula, daun limau perut dan cili hijau. Renihkan selama 5 minit lagi.
6. Bubuh daun selasih dan kacau, kemudian alihkan kedlm mangkuk atau pinggan hidang dan hiaskan dgn taburan daun ketumbar. Hidangkan hangat2 dgn nasi putih.

22 Feb 2011

Chocolate Lemon Cake


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...jemput ler makan kek ni..haha kalau buat kek kat umah ni memang berhari-hari ler nk abis...ni pun selebihnya dah tapau kasi kat jiran dan kawan-kawan dah. Tuan dapur ni rajin msk jer tapi bila dah msk memikir pula sape nk mkn...mr.hubby lak kalau manis-manis ni dia kurang layan sgt...tu la buat amal jariah sedekah kan lah kat jiran-jiran ni. 


Actually selalu diorang datang antar ikan fresh coz tuan umah yg kita sewa ni rajin memancing so selalu juga dia bagi kita ikan...kita lak balas ngan makanan jer lah.



Oklah ceter pasal kek ni resepi asalnya chocholate mint cake yang saya intai dr dapur 
kak Ummi  dan menurut kak Ummi lak resepi ni asalnya drp Halimah Anang tapi kak Ummi ambil dari dapur maklang Azie ...gitulah ceternya tapi bila sampai dapur saya lak dh bertukar nama lak jadi chocolate lemon cake coz memandangkan tak ada lak perisa mint kat umah ni so....tukar ler jadi lemon pula....bolehlah kan derhaka sikit jer.....ampun yer tuan punya resepi...btw terima kasih diucapkan pada kak Ummi dan mereka yang telah berkongsi resepi ni izinkan saya berkongsi disini pula.



Source: Kak Ummi
Bahan:- (loyang bulat 8 inci)
  • 200 gm tepung naik sendiri
  • 230 gm mentega
  • 220 gm gula kastor
  • 230 gm telor (*ummi letak 4 biji saiz B) nieza pun sama
  • 3 gm esen vanila (1 sudu teh)
  • 30 gm serbuk koko (*ummi tambah lg 1 sudu teh emulco paste) nieza gunakan choc emulco
  • 50 gm susu segar
  • beberapa titis pewarna hijau ( nieza bubuh  pewarna kuning)
  • beberapa titis esen peppermint ( nieza bubuh esen lemon)

    Cara Membuat:-
    1. Panaskan oven pada suhu 180 C. (*ummi set oven 165C).
    2. Sapu butter pada loyang dan alaskan kertas baking di dasar dan bahagian tepinya.
    3. Dalam mangkuk, pukul tepung dengan mentega hingga jadi pes yang sebati (hati-hati ketika memukul, tepung akan sedikit naik berdebu). Ketepikan.
    4. Dalam mangkuk lain, pukul telor dan gula hingga likat.
    5. Masukkan adunan ini dan esen vanila ke dalam adunan tepung tadi. Pukul hingga sebati dan kembang.
    6. Bahagi dua adunan - satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan susu segar, manakala satu bahagian lagi dicampurkan pewarna kuning dan esen lemon.
    7. Letakkan 2 sudu besar adunan coklat di bahagian tengah loyang dan kemudian letakkan pula 2 sudu besar adunan kuning di atas adunan coklat tadi.
    8. Buatlah secara berselang seli hingga habis.
    9. Kemudian hentakkan sedikit loyang sebelum dimasukkan ke dalam oven dan bakar selama 45 - 50 minit.
    Bahan Topping Honey Choc Fudge:- * nieza tak bubuh topping ni tapi bubuh topping choc sauce jer.
    • 150 gm coklat masakan
    • 30 gm fresh cream
    • 30 gm mentega
    • 15 gm madu (2 sudu besar)
    Cara Menyediakan:-
    1. Campurkan kesemua bahan dan cairkan secara "double boiler" sambil dikacau selama 5 - 10 minit hingga fudge sebati.
    2. Sapukan fudge yang masih setengah panas di atas dan tepi kek.

21 Feb 2011

Ikan Keli Bakar & Air Asam


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...hari ni layan lauk masakan kampung la pula...nk blk kg lambat lagi kan so...layan lauk keli bakar ngan ais asam ni jer lah dulu...haha sib baik ada jual ikan keli kat sini...dapat jugalah merasa.

Ikan ni memang my fav ni...tapi mr.hubby lak tak mkn ikan keli ni so..kalau msk kena ler abiskan sorang....haha ni msk lunch coz biasa time lunch mr.hubby tak blk mkn...biasanya saya pun  jarang-jarang juga masak lunch coz dok sorang ni mkn jer apa yg ada nanti ptng baru msk utk dinner. Oklah resepi ikan  dan air asam ni simple jer lah sure semua org pandai buat kan....tapi saya bubuh jugalah style saya ni...resepi ikut cara mak kat kg jer ni...simple dan senang yang penting sedap dimakan..:D
Bahan 
1 ekor ikan keli dicuci bersih dan toskan
sedikit garam
sedikit kunyit serbuk

Cara
1. Lumurkan garam dan kunyit pada ikan kemudian bakar ikan sehingga garing.

Bahan Air Asam
1 genggam asam jawa – diperah dan diambil airnya
1 cawan air
4 tangkai cili padi dikisar halus..ni ikut kepedasan masing2 lah yer..kalau suka pedas bubuh ler byk sikit cili tu.
2 biji cili merah dikisar
1 biji tomato dikisar
sedikit garam dan gula
sedikit belacan  dibakar dahulu kemudian dikisar
1/2 biji lemon boleh gantikan dgn limau kasturi kat tak ad tu sebab nieza gunakan lemon jer

bahan lain
1 biji bawang besar  dipotong dadu ataupun dimayang
tomato dipotong dadu
1 biji cili merah dihiris nipis
Cara Membuat
1. Campurkan semua bahan air asam didalam blender dan kisarkan halus...kemudian campurkan semua bahan yang dikisar halus tadi dgn cili merah yg dipotong nipis dan bawang, tomato yg dipotong dadu tadi.
2. Gaulkan semua bahan dan hidangkan bersama dgn ikan bakar tadi.

20 Feb 2011

Roti Paun 3 Warna 3 Rasa


Assalammualaikum dan selamat sejahtera.....dah malam baru nak bersiaran yer....apa nk buat  selalunya hari weekend hari saya bermalas-malasan...haha boleh gitu yer....:D 
Actullay hari sabtu keluar main bowling pastu rasa skt lak tgn...pastu dicampur mood malas pula. Kalau dok kat Msia kalau malas masak sure dah tapau mkn kat luar kan....tapi dok sini tak tau nk pusing cari mkn kat mana dah..dh naik jemu mkn benda yg sama jer kat luar tu tak ada pilihan pun......lastly cari mkn kat dapur Helsinki ni jugalah...walaupun msk yg simple-simple layan jugalah tapi sejuk-sejuk kat sini mkn apa pun sodap!.


dah ptng nk mlm baru ler mai mood rajin ni....so...apa lagi kejutkan ler bibik melayu tu utk meroti ni....bila dh mai angin rajin tu rajin sgt la pulak...dan rajin menderhaka resepi...haha jgn marah ya tuan empunya resepi ni...minta ampun...sekadar suka-suka mencuba saja...actully resepi ni asalnya dari Roti Paun Keluarga Diana boleh rujuk disini

Tajuk saja bertukar sikit tapi saya masih mengikut sukatan doh yg sama dan saya cuma tukarkan warnanya saja dan jadikan 3 warna dan 3 perisa yang berbeza iaitu warna hijau saya letakkan pandan emulco, warna coklat saya letakkan chocolate emulco dan yang warna pink saya letakkan strawberry emulco...dan sedikit esen bg ketiga-tiga perisa tu...hasilnya memang sedap sangat. Buat utk b/fast esok tapi lepas bakar jer tak sabar nk rasa ..dah tinggal separuh dah...:D


Resepi roti paun ni pernah juga dicuba oleh Kak suzie, kak Hana dan Izah juga....maybe ramai lagi blogger lain yg dh mencuba resepi ni...memang simple sgt. Terima kasih yer kepada Diana dan meraka yang telah berkongsi resepi ni....Izinkan saya berkongsi disini pula.
Source: Kak Suzie , Kak Hana , Izahdaut
Source:  : resipidiana

ROTI PAUN KELUARGA DIANA
- 18 ketul roti


Bahan-bahannya
6 cawan tepung gandum
1 ¾ cawan susu cair/ susu segar
¾ cawan gula halus
1 paket (11 gm) yis
3 biji telur
¼ cawan mentega, dicairkan
sedikit pewarna kuning ( nieza bubuh pewarna hijau, coklat dan pink)

sedikit esen pandan dan strawberry (ni nieza tambah)
Cara-caranya
1. Campurkan susu cair/ susu segar, telur, gula dan yis. Kacau sehingga sebati dan biar yisnya berbuih sedikit.
2. Kemudian campurkan mentega yang telah dicairkan dan sedikit pewarna kuning.

3. Masukkan tepung kedalam bread machine dan uli sehingga ia menjadi doh yang lembut dan sebati.
4. Perapkan adunan sehingga ia naik dua kali ganda. Bila adunan telah naik dua kali ganda tumbuk doh dan uli lagi.
5. Kemudian ambil setiap doh adunan seberat 80 gram dan bentukkan bulat.

6. Sapukan loyang bulat dengan mentega dan susun doh yang telah dibulatkan ke dalam loyang.
7. Perap lagi doh sehingga ia naik dua kali ganda. Setelah doh naik letakkan sedikit mentega diatas doh roti. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160 – 170’C selama 20 minit sehingga ia kekuningan.
8. Keluarkan roti dari ketuhar sewaktu ia panas sapukan lagi dengan mentega. Sedia untuk dihidang.

Winter Sport Day 2011

Assalammualaikum dan salam semua....nak bercerita pasal aktiviti saya last week lagi....ceritanya...our Malaysian Embassy team telah dijemput untuk menyertai Winter Sport Day, participated by all the Diplomatic Missions on 16th February 2011. Winter sport day Organized by The Ministry Of Foreign Affairs, Finland. 

Actually ni dah kali ke-2 jugalah saya dapat join winter sport ni sejak datang sini...memang every year juga diorang buat sukan ni. So.. thn ni tgk tak ramai sgt mission yang hadir kalau nk compare dgn last year memang ramai dan meriah. Maybe disebabkan cuaca yang sejuk sangat tu sebab tak ramai yang datang...pada hari itu suhu waktu pagi dah mencecah -26 degree Celsius walaupun cerah dgn matahari yang menyinar....ais tak cair pun. Tapi disebabkan dh bg nama utk join we all pun join jugalah..pakai ler baju tebal-tebal dan pergi jugalah ke sana seawal jam 9 am - 3 ptng baru blk. Tapi best juga dapat main ski dan juga permainan lain. Ok jom layan gambar di bawah.

introduction session of coach to the participant.
we all akan berpecah mengikut minat masing-masing utk join permainan yg disediakan..coach ni lah yg akan bawakan...selain skiing mcm-mcm game lain juga ada.

warm up dulu...

Let's skiing ..:D

with moomin...Finland Mascot

our ladies team..getting ready to skiing...:P

actually belum pro lagi ni..tapi dah 2nd time main alhamdulillah tak jatuh....masa memula main ski  last year jatuh jugalah. kalau jatuh memang mcm buah nangka jatuh lah ....:D

dah pakai 4 lapis baju dan 2 lapis seluar ni tapi rasa sejuk lagi...walaupun byk lemak yg disimpan ni still tak tahan sejuk juga ni..:D







khemah untuk melepak bila dh rasa sejuk beku kat luar tu...boleh lepak minum kopi dan hot chocolate.

best dapat duduk tepi api ni.






nice view...

subhanallah...suka tgk view ni



kayu ni digunakan untuk nordic walk...apa namanya dah lupa lak....last year saya ada join team ni...tapi this year malas lak nk jln coz jauh sgt diorang jalan tu.

view kat sini memang cantik coz jauh sikit dr kesibukan bandaraya...sunyi jer...mcm ala-ala kat kg gitu



kat sebelah hujung sana lak diorang main sledging...meluncur dr atas ke bawah tak sempat nk join pun coz dok main ski jer.

dalam ni lah tempat simpan semua peralatan ski dan ada restaurant juga

it's sunny day but still freezing

group photo session with our Malaysian team.
sekian, semoga berjumpa lagi pada next winter sport..:)