Home

6 Jan 2011

Shirmp Fettuccine Alfredo


Salam semua...malam ni our dinner layan pasta la pula.....ala-ala italian food gitu...sekali sekala tukar selera pulak. Asyik tayang roti jer....mesti dah ada yg jemu kan tgk n3 roti jer...buat roti bknnya pandai sgt pun...mentang2la ada bm kan.
apa pun nk ckp x kisahlah kan janji saya makan drp sumber yg halal biarlah roti yg dibuat tu tak segebu dan secun org lain buat.

Kalau dok luar negara ni kalau x rajin memang ler susah nak mkn...eventhough  dlm  roti yg dijual pun ada dibubuh lemak khinzir mcm mana nk mkn tu....memang ler kalau darurat tu boleh tapi belum lagila ke tahap darurat kan... mcm mana pun kita cuba elakkan....memangla byk sumber mkn kat sini tapi x semua yg halal. So...mcm mana malas pun saya akan usahakan juga untuk memasak demi mendapat keberkatan dan keredhaan Allah swt....insyaAllah dimana saja kita berada kita tetap berpegang kepada ajaran agama. 

oklah berbalik semula kepada n3 saya mlm ni...resepi ni saya intai drp dapur kak Maz Ilham dapur....resepi yg simple dan mudah nak dimasak. Terima kasih yer kak Maz krn berkongsi resepi yg best ni...izinkan saya berkongsi disini pula yer.

Source: ilhamdapur
Bahan-bahan
  • fettuccine pasta secukupnya - direbus dengan sedikit garam dan minyak zaitun sehingga lembut. Angkat, toskan dan gual dengan sedikit minyak zaitun agar tidak meleket (angaran dalam 1 pinggan penuh)
  • 12 ekor udang saiz sederhana
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan lada benggala hijau yang didadu
  • 1/3 cawan cheedar/mozarella cheese - disagat
  • 4-5 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • sedikit daun oregano
  • sedikit lada hitam - ditumbuk kasar
  • Sedikit  asparagus dipotong pendek (ni saya tambah)
  • sedikit air rebusan pasta - jika perlu
    Cara
    1. Udang dibuang kulit, belah belakang buang urat hitamnya, toskan dan gaul dengan sedikit garam dan daun oregano. Ketepikan.
    2. Panaskan 4-5 sudu besar extra virgin minyak zaitun. Masukkan udang dan masak sehingga kekuningan dikedua bahagian. Angkat dan ketepikan, buat sampai habis.
    3. Dengan kuali yang sama, masukkan sedikit lagi minyak zaitun (dalam 2-3 sudu besar) masukkan bawang putih, masak sehingga bawang garing, kemudian masukkan pasta, kacau balik agar mesra dengan minyak. 
    4. Kemudian masukkan lada benggala, whipping cream dan serbuk lada hitam. Kacau sebati. Masukkan cheddar/mozarella cheese. Balik-balikkan sehingga cheese cair. Perasakan dengan sedikit garam atau air rebusan pasta (jika perlu).
    5. Akhir sekali masukkan udang dan asparagus Balik-balikan dan taburkan sedikit daun oregano. Sedia untuk dihidangkan.

    9 comments:

    1. betul akak, kat sini pon ada roti yg ada pig fat tuh huhu..btw mmg nampak sangat sedap, nanti saya cuba ye :D

      ReplyDelete
    2. siti:kat europe ni memang diorang suka guna lemak tu...kena hati-hati kalau nk beli kena selalu rujuk kod mkn tu...akak sampai dh was-was rasa nk beli roti kat luar...btw cubalah nanti siti simple jer ni.

      ReplyDelete
    3. uiiii...sedapnya! meleleh ayaq liur malam2 neh.

      ReplyDelete
    4. Asmida: mai ler jemput mkn...hehe

      ReplyDelete
    5. anak akak suka pasta. Rase nak cubalah.....

      ReplyDelete
    6. Just think about that make me hungry...

      ReplyDelete
    7. waaaaaahhh...sangt sedap okey nmpk tu..cam kt restoren dah..aduhhh lama dah tk lyn menu cam ni

      ReplyDelete
    8. dtg cni cuma nak mkn,asik terhidu bau je...hehee

      ~moga sht selalu ka^^

      ReplyDelete
    9. Arizakiah: cubalah nanti..simple jer tu..:)

      ady: jemput mkn..:)

      izah: sama tapi x serupa je izah..hehe try la nanti.

      woofer storm: sila-sila dik dtngla selalu..btw akk sihat selalu...tq!

      ReplyDelete

    sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)