Home

17 Dec 2010

Udang, Broccoli & Asparagus Goreng

Hari ni masak sayur simple jer....nama jer panjang tapi cara nak masaknya senang dan simple main campak-campak jer dah siap....bila mood malas semua nak senang dan cepat jer kan...hihi 
ok jom tgk resepi saya yg simple ni.

Bahan-bahan
10 ekor udang sederhana saiz
5 batang asparagus 
sedikit sayur broccoli
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 camca kecil tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit minyak masak
1/2 kiub ikan bilis
garam secukup rasa


Cara memasaknya
1. Potong sayur broccoli dan asparaguskemudian cuci bersih dan toskan.
2. Masukkan minyak dan tumis bawang hingga naik bau ..saya letak minyak zaitun sikit..bagus utk kesihatan.
3. Masukkan udang dan sayuran tadi....masaklah selama 1-2 minit
4. Masukkan garam, kiub ikan bilis dan serbuk lada sulah secukup rasa
5. Akhir sekali  masukkan bancuhan tepung jagung tadi dan goreng sampai masak.
6. Tutup api dan bolehla dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)