Home

5 May 2010

Kari Ayam

Bahan
1 ekor ayam dipotong 12 dibersihkan
1/2 cawan minyak masak
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk cili atau cili mesin
2 sudu besar kerisik
2 cawan santan dari 1/2 biji kelapa
5 biji ubi kentang belah 4
3 biji tomato belah 4
1/2 cawan jus asam jawa
garam
BahanTumis:
6 ulas bawang merah dimayang
4 ulas bawang putih dimayang
3 cm halia dimayang
3 tangkai daun kari
3 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehinga wangi.
2. Masukkan rempah kari, jintan manis dan serbuk cili/ cili mesin yg dibancuhkan dengan jus asam jawa. Kacau rata dan biarkan hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam, kentang , santan, kerisek dan garam. Biarkan sehingga mendidih dan ayam & kentang empuk/lembut.
4. Perlahan api dan masukkan tomato dan biarkan sehingga naik minyak.
5.Siap sedia dihidang.

No comments:

Post a Comment

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)