Home

6 May 2010

Ayam Masak Lemak Cili Api



Bahan-bahan
santan kelapa dari kotak kecik (ambik setengah sahaja)
bawang merah 2 ulas (ditumbuk)
bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
cili padi 12 biji (ditumbuk)
sekeping asam keping
sebatang serai (dititik)
2 cm kunyit hidup
ayam 6 ketul
daun kunyit

Cara-cara
1. Campurkan santan bersama air di dalam periuk dan dikacau
2. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi, serai, kunyit yang ditumbuk atau diblender tadi kacau sebentar.
3. Masukkan ayam dan kacau dengan api yg perlahan sehingga mendidih masukkan asam keping dan daun kunyit.
4. Apabila mendidih dan ayam dah masak bolehla dihidangkan.

1 comment:

  1. SEDAPNYAA....mintak izin copy n paste yer kak..esok nak cuba masak...harap2 menjadi n sedap mcam yg akak masak nih..:))

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)