Assalammualaikum semua
Bersempena dengan ketibaan hari raya aidilfitri yang akan menjelang tiba nanti saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua teman-teman blogger tak kira yang baru dan lama. Terutama sekali pada blogger masak-masak yang sama-sama berkongsi resepi masakan untuk saya cuba masak selama berada di perantauan orang ni. Minta dihalalkan semua resepi yang telah saya cuba ya.
Buat semua pengunjung setia yang sudi singgah ke blog saya ni, terima kasih diatas sokongan padu yang anda semua berikan walaupun kadangkala saya terlepas pandang untuk berkunjung balas balik tapi semua komen dan sokongan yang anda berikan amatlah saya hargai.
Tahun ni saya dan suami tak dapat balik beraya dan hanya beraya perantauan dibumi Finland jer. Persiapan hari raya dibuat secara sederhana saja. Saya hanya sempat buat 6 jenis biskut raya saja tahun ni tapi tak sempat nak saya sharekan kat sini sebab masa agak terhad untuk saya buat n3 sekarang ni. InsyaAllah...mengikut perancangan akan diadakan jamuan rumah terbuka pada hari raya pertama nanti di rumah kami disini nanti. Banyak persiapan yang perlu dibuat sekarang ni. Dalam masa yang sama, saya juga sibuk buat persiapan untuk balik ke Malaysia lepas raya nanti. Kalau tak ada apa hal selepas raya nanti kami akan balik for good ke Malaysia cuma tarikhnya saja belum pasti lagi. Bila dah comfirm tarikhnya nanti akan saya maklumkan kemudian nanti....InsyaAllah. Doakan semoga segala urusan akan dipermudahkan Allah juga nanti.
Di kesempatan ini juga saya ingin memohon jutaan kemaafan sekirannya ada catatan dan penulisan saya yang mengguris hati mana-mana pihak disini..tiada ada niat lain selain daripada hanya sekadar berkongsi cerita dan pengalaman diperantauan bersama teman dan dalam masa yang sama berkongsi resepi yang pernah saya cuba selama ini saja. Sesungguhnya yang baik adalah dari Allah swt dan yang buruk adalah dari kelemahan saya sendiri.
Doa dan harapan saya juga semoga hari raya tahun ini disambut dengan meriah dan penuh dengan kesyukuran ke hadrat Ilahi oleh kita semua tak kiralah dimana saja kita berada kita tetap memandang anak bulan yang sama. Pada yang sudi ambil lah ecard raya ni sebagai tanda kenangan saya buat semua. Salam sayang buat semua:D
Wa'alaikummussalam dan assalamu'alaikum Nieza.
ReplyDeleteSalam lebaran buat Nieza sekeluarga dari kakcik.
Selamat hari raya Nieza. Maaf zahir batin, mohon ampun kalau kakak ada terkasar bahasa atau tersilap bicara sepanjang persahabatan maya kita.
ReplyDeleteSalam Aidil Fitri Nieza. Maaf zahir dan batin ya.Muga lebaran membawa bahagia untuk nieza dan suami walau pun diperantauan.
ReplyDeletesalam syg nieza.
ReplyDeletesalam lebaran dari akk juga..maaf jika ada kata yg terlanjur..smoga ukhwah yg terjalin akn trus brpanjagan..wlaupun hanya di alam maya..jaga diri dan kesihatan yer..enjoy eid mubarak:)
salam aidilfitri dr mama yana sekeluarga.. :-)
ReplyDeleteSalam Aidilfitri, maaf zahir dan batin juga dr kak nita...
ReplyDeleteSalam NIEZA, selamat beraya di rantau orang. Pastii ada kelainannya kan? Apapun semoga U sekeluarga gembira dan sentiasa dilindungi.
ReplyDeleteSELAMAT HARI RAYA, maaf zahir batin NIEZA. Semoga Syawal kali ini lebih menggembirakn..
selamat hari raya aidilfitri buat nieza dan suami ..maaf zahir dan batin jua dari saya andai ada tersalah kata sepanjang perkenalan kita ..:)
ReplyDeleteselamat pulang ke tanah akhir ..moga segala urusan dipermudahkan Allah :)
sempat juga buat sampai 6 tu?? tahniah sis!
ReplyDeleteSelamat Beraya di perantauan. Jangan nangis ye. :-)
selamat hari raya nieza....maaf zahir dan batin...
ReplyDeletesemoga tetap ceria di hari raya dengan kawan2 di perantauan...
jgn sedih2 tau...^^
Salam Nieza..selamat merayakan idil fitri di perantauan..jangan sediih pasal da nak balik kan...ampun dan maaf dari Nekcik...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya buat Nieza sekeluarga juga, semoga bergembira meraikannya :D
ReplyDeleteSelamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat Nieza&suami. Mohon maaf zahir dan batin.Moga urusan Nieza balik Msia dipermudahkan.....
ReplyDeleteslmt memasak utk open house.
selamat hari raya buat nieza sekeluarga di perantauan. Moga berbahagia di hari kemenangan ini :)
ReplyDeleteselamat hari raya aidilfitri
ReplyDeleteAs salam Nieza,
ReplyDeleteKeep in touch! Rasa bertuah dpt berkenalan dgn Nieza... Moga hubungan ini berterusan hingga akhir hayat... ameen :))
salam Nieza.Selamat hari raya buat Nieza dan suami.Maaf zahir dan batin.
ReplyDeleteSalam Nieza...abis tahun ni buat open house tak?..anyway selamat hari raya dan Maaf Zahir Batin
ReplyDeleteAssalamualaikum :D
ReplyDeleteSelamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin... sekiranya terdapat salah dan silap selama Kak Lin menjadi rakan blog anda.
Terima kasih.
Sayang Anda Semua
Muaaahhh...Muaaahhh...
Salam Aidilfitri buat Nieza dan suami yg jauh di perantauan.. Mohon maaf zahir dan batin. Semoga semua urusan Nir=eza akan dipermudahkan... Jika Nieza pulang ke Malaysia, Nieza duduk di negeri mana ye?
ReplyDeleteselamat hari raya 1433H ye maaf zahir batin dari teratak siFaqir 'ilmu (^___^)
ReplyDeleteTaqobbalallahu minna waminkum... Salam Syawal & Maaf Zahir Batin..
ReplyDeletesure best nieza masak masa raya tu..
selamat hari raya idul fitri :)
ReplyDeleteNice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...
Assalamualaikum Yong Nieza,
ReplyDeleteSelamat Hari raya dan Maaf Zahir dan Batin.
Mesti meriah sakan majlis raya tu, kan Nieza terer sungguh masak, kalah Chef!
Nieza ada menag sagujantung dari blog akak kan? Hmm tunggu Nieza balik msia akak pos, InsyaAllah.
selamat hari raya juga wat niza sekeluarga
ReplyDeleteNieza....serramat hawi waya...(phieww..sempat gak wish seberrum syawal habis...)
ReplyDeletemuah2..take care...
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSelamat hari raya, maaf zahir dan batin.....