Home

16 Aug 2012

Iftar 2012

Assalammualaikum semua
Semakin hari semakin sibuk dengan aktiviti disini. Semalam 15hb Ogos 2012, telah diadakan jamuan berbuka puasa bersama Malaysian di rumah TYT duta. Agak lewat sikit diadakan jamuan iftar tahun ni sebab waktu di penghujung ramadhan ni barulah masa berbuka disini semakin awal...itu pun pada jam 9.15malam dan waktu subuh pada jam 3.46pagi kalau nak dibandingkan dengan waktu iftar di awal ramadhan hari tu maghrib pada jam 10.20 malam dan subuh 2.36pagi. Bila dah lewat ni adalah masa sikit bagi tetamu yang hadir.

Alhamdulillah...majlis berjalan dengan lancar semalam. Walaupun TYT Duta Besar Malaysia dan isteri berbangsa cina tapi sokongan padu yang diberikan amatlah bermakna sekali buat kami semua disini. Semua staff embassy bergotong royong memasak juadah semalam. Saya juga turut ditugaskan untuk memasak iaitu memasak daging sebanyak 6kg dan juga membuat kuih bingka. Makanan pun cukup buat semua tetamu yang hadir. Jemputan tetamu terdiri daripada diplomat dari kedutaan Indonesia, Imam dari Moscow yang telah lama bermaustatin di Finland dan Malaysian yang bekerja dan belajar disini.

Sekadar untuk berkongsi kenangan dan simpanan kenangan saya disini. Inilah juga pengalaman pertama saya berbuka puasa beramai-ramai dengan Malaysian di rantauan orang. Pada Ramadhan thn lepas dan thn sebelumnya ni saya tak berpeluang sebab terpaksa balik ke Malaysia untuk  menjaga mak yang sakit.  Hanya suami saya yang berpeluang berpuasa dan berbuka puasa disini. Alhamdulillah tahun ni dapat juga merasa pengalaman ini dan insyaAllah merupakan pengalaman tahun terakhir jugalah buat kami sebelum balik for good ke Malaysia lepas raya nanti.


 Imam membaca doa sebelum berbuka puasa

 Juadah nasi dan lauk pauk
kuih muih dan biskut
buah-buahan


 bergambar kenangan bersama isteri TYT Duta dengan Malaysian, Indonesian ladies yang hadir

Majlis berakhir pada jam 11 malam.

1 comment:

  1. Hi.. salam perkenalan.. jemput singgah kat blog saya ya.. kalau sudi follow la sekali.. tq

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)