Home

8 May 2012

Raspberry Panacotta


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua
Bertemu kembali dengan n3 masak-masak pula. Hari ni nak sharekan dessert yang dibuat semasa jamuan makan malam di rumah TYT duta yang lepas. Dah abis pun tapi baru berkesempatan nak sharekan resepinya kat sini.  Panacotta ni memang enak dan sedap kalau dimakan ketika disejukkan.

Sebelum ni saya dah banyak kali juga buat panacotta dengan buah yang berbeza tapi resepi kali ni ada kelainan sikit kerana kandungan bahannya yang low fat. Memang sedap sangat.. Ok jom kita semak resepi kat bawah yer.


Resepi Raspberry Panna Cotta
Sumber: http:Nurniezza.blogspot.com
Bahan-bahan
10gm gelatin + (4 s/b air)
500ml susu
300gm buah raspberries
50gm creme fraiche rendah lemak
8s/b gula
1 sudu teh esen vanila


Cara-cara:
1. Masukkan gelatin ke dalam air sejuk yang cukup melepasi paras gelatin dan biarkan mengembang. Kemudian tutup dan biarkan ia direndam selama 5 minit sehingga lembut.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan panaskan dgn api sederhana hingga mendidih .
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya. Biarkan sejuk seketika.
4. Masukkan 200gm raspberries didalam penapis, kemudian tekan belakang sudu sehingga mendapat puree raspberry. Kemudian campurkan creme fraiche .
5. Tuangkan adunan susu ke dalam gelas yg sesuai dan bahagikan adunan mengikut bekas yang digunakan. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Tuangkan puree raspberry  keatasnya dan hiaskan dgn buah raspberries yang segar diatasnya. Bolehlah dihidangkan.


50 comments:

  1. rasa mcm nak sudu masuk mulut terus je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ..kalau boleh gitu memang senang kan kak..:)

      Delete
  2. Assalamualaikum Nieza..terliur lak pg2 tgk dessert, akak baru plan nak buat tiramisu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak sofea, lama tak nampak akak online? harap akak sihat yer. tiramisu pun sedap tu:)

      Delete
  3. aduyaiiiii sedapnya...mmg tgh dahaga sekrg ni...bestnya kalau dpt mrasa utk membasahkan tekak ni...kt KL skrg mmg panas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la kalau makan time cuaca panas memang sedap ni QH..:)

      Delete
  4. perhhh....menggoda betoiiiiiiii.......

    ReplyDelete
  5. morning kak nieza ^^ sgt omey panna cotta tuu.. walaupun tun x bape minta panna cotta nih, tp terliur jugak tgk yg akak buat nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai kenapa tak minat tun...sedap ni cubalah buat dulu sure tun suka nanti:)

      Delete
  6. salam nieza...kros pun smlm tepek resepi panna cotta. 1st time buat tu tapi dah jatuh hati.hehe, cantik panna cotta nieza

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak ros, memang sedap kan. saya byk kali dah buat kak..tak jemu kalau mkn ni:)

      Delete
  7. Salam Nieza..ku terpesona nengok panna cotta tu..sedapp...nye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak, nanti akak cubalah buat pula:)

      Delete
  8. Replies
    1. kalau kak Nor buat kita lak selalu tirguda..:)

      Delete
  9. Dapnyerr kak,,,sejuk alur tekak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap..nanti akak cubalah buat pula:)

      Delete
  10. suka2 dah start panas mkn desert sejuk ni best jer biler lalu kot anak tekak ni
    color sangat menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kan ayu cuaca panas ni baru best mkn dessert gini kan..tq dear:)

      Delete
  11. Wallaaa...segar dan nyaman rasanya...ehehe macam dah rasa la pulak rasberry panacotta ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul rahel terasa sejuk jer tekak ni bila dapat mkn ni..rasanya masam-masam manis gitu:)

      Delete
  12. sedap nya kalau pekena time panas2..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul,memang best layan masa cuaca panas ni:)

      Delete
  13. nieza cyg..mesti sedap..simple jew kan..nnt akk nk try jgk..:)..owhhh skrg bz yer..ok la tc urself yer..
    re:aritu akk accdnt sikit jew..akk tgh drive ttba ada anjing lintas..pastu stop pulak kt tgh2 jln..aiiishh apa lg..org belakang sondol akk..mgkin dia x perasan akk stop..:)..x per la..apa2 pun yg penting akk selmat keta tu x per..boleh bikin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak zila mcm tu la sibuk dgn kerja persatuan kat sini jer kak.kalau tak ada apa aktiviti tu free jer la. alhamdulillah kalau akak selamat tu next time kena hatix2 yer drive tu:)

      Delete
  14. Memang best layan masa musim panas ni

    ReplyDelete
  15. Wallaaa.... sedapnyaaa, yummy!!

    ReplyDelete
  16. Replies
    1. ya sedap mayang, nanti cubalah buat pula:)

      Delete
  17. nyaman je rasa..yummeh! mana nak dapat rasberi macam tu kat m'sia ni kak? susah jgk nak cari tu..blueberi, malberi, strwberi biasa jgk jumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun tak tau ada ke tak kat sana cik wan..kalau tak ada boleh jer tukar dengan buah lain..tgk kat n3 akak yg lepas ada akak cuba buat guna buah lain:)

      Delete
  18. salam Nieza wah sedapnya semestinya akak tak pernah buat dan teringin dan merasa kesedapannya insyaallah nnt nak try la hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam Kak Noor, ya memang sedap..nanti akak cubalah buat..sure akak pun suka juga:)

      Delete
  19. Assalamualaikum Niezza

    telan air liur saya ...he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam atuk..maaflah buat atuk terliur pula kan:)

      Delete
  20. SAlam my dear.. wahh ada pinnacota laa.. waduhh sedapnya.. terasa sejuk sampai di tekak ni hah.. masa di MasterChef dulu yang rajin buat Pinnacota ni siapa tau.. Dr Ezani.. dan i orang pertama yang dapat sesudu dulu.. sesudu je sebab dia buat sikit.. kat sini ada banyak.. amik segelas bolehkan?? macehhh muahzzz

    ReplyDelete
    Replies
    1. w,salam kak sha, bestla akak dapat merasa tu. agaknya Dr.Ezani tak nak buat byk takut akak mkn byk kot nanti..hehe

      Delete
  21. Cuaca panas hari ini memang sedap makan pinnacota.

    Kak Zai pernah cuba pinnacotta yang Nieza buat kalau tak silap buah kiwi kot,memang sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak zai...terasa sejuk jer tekak kan kalau mkn masa cuaca panas tu. akak dah cuba yer...sedap kan buah kiwi tu, masam-masam manis gitu rasanya.

      Delete
  22. pergghhh.. meleleh tgk pannacota k.nieza, mkn time cuaca panas best ni! tringin nak wat, blueberry & strawberry ada tp creme fraiche xda, xpenah beli pon, guna yogurt ble kot..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yogurt akak tak pernah cuba pula lyn tapi kalau tak ada creme fraiche lyn boleh guna resepi yg lain yg tak ada guna bahan tu. boleh tgk kat n3 panacotta yg akak pernah sharekan dulu yer:)

      Delete
  23. Assalamualaikum Mieza... sampai sini dah tengah malam, dah mula sejuk... kalau tak, nak cungkil terus skrin nak ambil segelas raspberry panacotta tu...sedapnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak, kalau boleh cungkil boleh jer kak..hehe

      Delete
  24. gambar saja dah cukup menyelerakan :)

    ReplyDelete
  25. Salam Nieza...

    best kan kat sana blh dpt fresh fruits..
    sedap nyer sedap lagi kalau dpt merasa panacota nie hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam mama, ya kalau kena dgn musimnya memang best dpt layan buah fresh gini ..nanti mama cubalah buat pula:)

      Delete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)