Home

9 May 2012

Mee Rebus Cik Ani (Bonda Chef Wan)


Assalammualaikum 
Nak sharekan n3 tertunggak lagi..lately ni asyik tayang menu tertunggak jer kan apa nak buat kalau dah busy terpaksalah beri laluan pada hal yang lebih penting dulu. Tapi tak kisah la... bagi saya lambat atau cepat sesuatu n3 tu tak jadi masalahnya untuk saya kongsikan disini dan yang paling penting sekali untuk simpanan rujukan saya dimasa akan datag juga.


Oklah ceter pasal mee rebus cik Ani ni adalah resepi bonda Chef  Wan yang telah dikongsikan bersama resepi ni oleh CMG. Ramai dah yang mencuba resepi mee rebus ni , saya pernah ternampak didapur Kak YatieMas Duniaku, dan Kak Madihaa. Maaflah kalau ada yang dah buat saya terlepas pandang. Memang sekarang ni saya jarang bw. Kalau sempat pun hanya berkunjung balas pada yang singgah sini dan tinggalkan jejak saja itupun kekadang ada juga yang tertinggal. Bukan tak nak bw tapi kekadang masa tak mengizinkan saya. InsyaAllah kalau ada masa akan saya terjah juga nanti. Terima kasih pada CMG dan semua yang telah berkongsi resepi mee rebus yang sedap ni dan izinkan saya berkongsi disini pula.


Resepi : Chef Wan
Sumber CMG
Bahan :
1 kg mee kuning
150 g taugeh - buang ekor
2 keping tauhu - goreng terendam dan hiris nipis
2 biji cili hijau - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 pokok daun sup - hiris
1 pokok daun bawang - hiris
4 - 5 biji telur rebus - kupas dan belah 2
6 biji limau kasturi - belah 2
Bawang goreng secukupnya

Bahan Kuah Mee Rebus :
1/4 cawan minyak masak
2 camca besar rempah kari daging
2 1/2 camca besar tauco - tumbuk lumat
500 g daging lembu - sedap yang ada lemak sikit
5 - 6 cawan air
500 g keledek
1 cm lengkuas -  dititik
1/3 cawan kacang tanah -  goreng tanpa minyak dan kisar halus
1 biji tomato - belah 4
7 biji bawang merah kecil - tumbuk halus
3 ulas bawang putih - tumbuk halus
1 cm halia - tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa 

Cara memasak :
Untuk Kuah Mee Rebus : 
1. Daging dihiris nipis dan rebus hingga lembut (kalau guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu). 
2. Keledek direbus hingga lembut dan kisar halus. 
3. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah taucho dan rempah kari, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu. 
4. Masukkan daging (kalau daging rebus, masukkan sekali air rebusannya), air, keledek dan lengkuas. 
Masak perlahan selama 20 minit. 
5. Tambah kacang tanah kisar dan tomato, perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga kuah pekat. (selalunya kuah mee rebus perlu manis sedikit).
Penyediaan Mee Rebus :
1. Celur mee dan taugeh mengikut kuantiti yang diperlukan. 
2. Letak dalam bekas sesuai. Kacau kuah dan tuang atas mee. 
3. Letak telur rebus dan taburkan cili hijau @ merah, tauhu, hirisan daun sup @ daun bawang, bawang goreng dan diakhiri dengan perahan jus limau kasturi. 
Hidangkan segera.

30 comments:

  1. Mee Rebus mmg sedapkan nieza,lain tempat lain caranya apa2 pun mmg best akak mmg suka mee rebuih

    ReplyDelete
  2. Salam Nieza..sihat ke???.Sedap nampak mee rebus Nieza,akak memang suka apa saja,yg berasaskan mee ni,memang x tolak punya.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak nieza cayang...
    mee rebus ni memang antara yang terbaik....
    berulang mas makan dulu....
    terasa rasa lagi kak kesedapan mee rebus nie..
    suka sangat..
    tengok mee rebus akak tu..
    hmmmmm...mengeliurkannn....

    ReplyDelete
  4. Kak ani jarang masak mee berkuah. Mee rebus nieza ni boleh juga dicuba.

    ReplyDelete
  5. asslm Kak Nieza...wah mmg nmpk myelerakan mee rebus tu..perut ni pon ikut sma berbunyi...jd lapo serta merta...nk kena cri lps ni tp versi beli pnya dlu...haha

    ReplyDelete
  6. Sedapnya nieza... kakak macam nak cubalah bila lihat bahan semuanya pun mudah nak dapatkan...

    ReplyDelete
  7. Salam Nieza..
    baru semalam nmpk kat dapur Madihaa jgk...
    mmg nmpk menyelerakan lah.. salin resipi dulu k...

    ReplyDelete
  8. Salam Nieza,

    Waah suka mee rebus ni, tak kisah versi apa pun janji sedap. Baru minggu lepas akak buat mee rebus ala-Jawa, tp akak tambah serai bagi wangi, tapi tak guna taucu cam resepi kat atas. Dan akak tambah udang kering dan guna hazelnut instead of kacang tanah sebab hazelnut banyak dlm peti ais! Makan sampai 3 ari Yong! Ni gambar2 yg Nieza masak ke? Btw, hadiah sagujantung dari Turki utk Nieza belum pos yaa...tunggu bulan June kot, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  9. Sala sis,
    mee rebus ler nmpk pepagi nie...
    nmpk menyelerakan...msti sdap nie...

    ReplyDelete
  10. Macam dijanji2 pula kita ya...akak pun baru buat hari minggu baru ini pakai resipi sama Cik Ani punya dalam buku chef wan - SEDAP....memang sedap pun....siap buat cucoq udang lagi.....cucuq udang tu akak buat sehari sebelumnya reserve sedikit nak masukkan dalam mee cik ani ni. Kalau dekat boleh bentang tikar makan bawah pokok ya Nieza...sedap ni habis terkeluar air2 hidung...ha....ha...

    ReplyDelete
  11. slaam Nieza fav anak2 akak jugak mee rebus ni kalau dpt semangkok memnag hilang kempunan mesti kena buat ni sbb disini mana jual yg macam gini terlioq sesangat ambik resepi ok ..

    ReplyDelete
  12. Lapo lak nengok mee nih..sedap x nieza?hehee..meh nk rasa smangkuk :-)

    ReplyDelete
  13. Assalam Dik Nieza...Salam kunjung balas dari Akak..wah jauh rasanya naik kapal terbang tadi....wah ada mee rebus lak tu..mesti langkah kanan ni tadi...Akak memang suka sangat...tambahan pulak terhidang cantik dalam set pinggan tu...segan pulak terpelawa diri...tuan rumah belum jemput masuk...Akak dah dok usha juadah kat atas meja tu...maaf lah ya sungguh kurang sopan...bukannya pa tu sebab terlampau terujalah tu!

    ReplyDelete
  14. nmpk sgt sedap mee rebus akak nih! tun xpernah buat mee rebus, asyik buat mee kari je sbb tun sgt2 suka mkn mee kari. tp sesekali kene tukar selera jugak kan.. nnti tun nk try lah.

    ReplyDelete
  15. Sedapnya...nampak pekat kuah mee rebus ni ye.

    ReplyDelete
  16. banyak je dah resepi yang is tengok.. tapi satupun xpernah terai lagi... hihi (^___^)

    ReplyDelete
  17. salam neiza cyg..
    mee nie cik ani yg punya..sbb tu la cik zila x leh nak rasa yer..ha hahahaa..gurau jew..kuah pekat..likat..akk suka..x semua org pandai buat kuah dia tau..kira dh terror la nie kan..nk semangkuk..:)

    ReplyDelete
  18. tadi makan mee gak..mee goreng..rasa kapur..nyampahh..

    ReplyDelete
  19. ni peberet js ni..huhu

    ReplyDelete
  20. Perghh..pekat2 kuah mee tu..slrup..

    ReplyDelete
  21. SAlam.. hadoii masuk sini ada mee rebus.. kecur lagi.. perut dah berbunyi2.. datang sini jam 2:33 am mana nak cari mee rebus ni?? huaaaa

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum Nieza,
    Kita sekeluarga mmg peminat tegar mee rebus. Kalau resepi dari Chef Wan mmg mendapt tempat di hati ini......

    ReplyDelete
  23. Assallamualaikum Nieza..

    Sedapnya meee Nieza tuuuu... Akak mmg gemar mee rebus.. Kalau makan tak cukup semangkuk.. Nak yg Nieza masakkan boleh?

    ReplyDelete
  24. Kak Zai teringat mee rebus Pak Tam kat R&R Tapah... sedap sangat.

    ReplyDelete
  25. Salam Nieza,
    tergoda betul tengok mee rebus u tu...

    ReplyDelete
  26. Adoi tak tahan la M tgk. Lapaqnya...

    ReplyDelete
  27. cantik nieza hias mee rebus tu.... bertambah2 terliur dibuatnya bila nampak kuahnya yg likat2 tu.... hari tu memang puas mkn berulang2... ada lagi lebih esoknya bleh buat breakfas pulak... hehe... berbaloi sbb anak2 suka..

    ReplyDelete
  28. as salam nieza..salam kenal.. :) thks sbb sudi ziarah dapur sy ye. sy stay kat permatang pauh, penang..area politeknik sbrg perai tu..tau kot noo? hehe..nampak sooo sedap mee rebuih ni..terlioqqq. sy masih baru dlm dunia blog..bila tgk blog2 masakan yg dah otai ni rasa segan pun ada. minta izin skodeng resepi2 nieza ya..:)

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)