Home

14 May 2012

Bowling Game 2012

Assalammualaikum
Lama tak cerita aktiviti saya kat sini. Actually...banyak juga aktiviti yang tak sempat saya n3kan lagi. Bulan Mei ni merupakan bulan yang agak sibuk juga buat saya dengan aktiviti hari minggu yang telah disusun jadualnya. Biasanya aktiviti saya disini banyak bersama persatuan ladies atau dikenali dengan Perwakilan. Aktiviti dan program yang dirancang ni juga salah satunya bagi  bertujuan untuk mengelakkan kebosanan ahli bila mengikut suami bertugas di luar negara ni. So...semua aktiviti telah pun dirancang menanti masa untuk dilaksanakan saja.

 Bila sampai hujung tahun semua aktiviti yang telah persatuan buat akan dibuat laporan dan  dihantar ke Perwakilan pusat di Kuala Lumpur. Itulah tugas yang perlu saya lakukan. Oklah, cerita aktiviti masa hari sabtu minggu lepas ni iaitu pada 12 Mei 2012 jam 10pagi  saya dan Perwakilan family members yang lain pergi main bowling. Tempat bowling di Flamingo, Vantaa ni memang agak menarik dan selesa juga dengan harga yang yang agak murah sedikit kalau bermain sebelum jam 12 tgh hari berbanding pada masa lebih 12 tgh hari. 

Bermain bowling ni, sekadar suka-suka sajalah...semua gambar ni adalah untuk simpanan kenangan saya disini saja. Sekadar berkongsi pengalaman bersama.


 kemudahan sofa yang sangat selesa buat semua pemain.



 lama tak main bowling sekali main sakit tgn da...

 Ahli perwakilan bergambar bersama dengan isteri TYT duta yang merupakan presiden perwakilan.


Bergambar sebelum balik.

4 comments:

  1. Waw...macam nak join la main bowling...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jomx3 rahel kita main sama-sama jgn lupa bawa bekal kek sedapx2 yer nanti...hehe

      Delete
  2. Saya pun dah lama tak main bowling. Asik busy dengan keje jer. Tapi kalau sesekali main, best jugak. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kan lama tak main tu yg best kalau dapat main.. pastu sakit abis satu bdn haha.. akak la tu nampak sgt malas nk exercise:)

      Delete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)