Home

30 Jan 2012

Winter Trip To Artic Circle, Lapland(Day 1)

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Lamanya saya tak update blog ni...terima kasih pada yang sudi singgah sini dan mohon maaflah saya belum berkesempatan nk berkunjung balas lagi. Bukannya tak ingat tapi masa tidak mengizinkan saya untuk update malah untuk  intai dan bw ke blog kawan-kawan juga tak berkesempatan lagi. Bermula dengan bercuti CNY dan balik tu sibuk dengan aktiviti persatuan ladies kat sini pula. Dalam masa yang sama saya kena siapkan report aktiviti perwakilan thn lepas untuk dihantar sebelum tamat tempoh penyerahan. Memang mengejar masa betul sekrng ni.Tapi itulah tugas dan tanggungjawab saya disini. Tapi biasanya awal tahun sajalah nk sibuk sgt pun bila dah hujung thn dah free dah.

Bulan febuari ni memang banyak aktiviti yang akan dibuat tu sebab saya terpaksa sepikan diri buat sementara dalam blogging ni. InsyaAllah jika ada kesempatan dan masa terluang nanti saya akan update blog dan bw ke blog kawan-kawan semua.

So..hari ni saya cuma nak sharekan gambar semasa saya bercuti pada 23-25 januari  yang lepas.Percutian kali ni di kendalikan sepenuhnya oleh pejabat suami...dah lama kami merancang untuk ke pergi visit sebelah utara Finland ni tapi baru sekrng berkesempatan untuk kesana. Alhamdulillah perjalanan kami semua ke artic circle,Lapland selama 3 hari 2 malam telah berjalan lancar dan selamat kembali ke Helsinki dengan selamat. Kami bertolak dari Helsinki dengan menaiki flight pada jam 10.30pagi dan sampai ke Lapland pada jam 12tgh hari. Cuaca disana lebih sejuk lagi kalau nak compare disini ...masa sampai disana tu suhu waktu siang dah -20degree celsius. dan sebelah malam boleh mencecah sehingga -28,-30 degree celsius.

subhanallah..memang cantik sangat view masa ni...semua nampak putih jer.

salji kat sini memang tebal sangat


kereta sewa kami disana......setelah sampai di airport rovaniemi kami sewa kereta ni  dan sebuah van untuk dipandu sendiri. Rombongan seramai 13 org dewasa dan 2 org kanak-kanak.

destinasi pertama kami di artic circle ni ialah santa village.


nak tgk rumah santa claus..dan kat dalam tu la ada santa claus. Finland ni memang tempat asal usulnya santa claus ni la. kami tak sempat nk jumpa santa pun sempat ramai sangat pelancong berbaris nk jumpa santa masa tu.








memang besar sgt snowman ni





ais yang dah membeku..tajam ni.







reindeer sleigh rides

rusa di Finland






 Setelah beberapa jam kami melawat di santa village tu kami teruskan perjalanan ke bandar Kittala pula iaitu lbh kurang 200km dari bandar Rovaniemi ni. Di bandar Kittila kami sewa cottage ni  dan bermalam disini selama 2 malam. Banyak lagi tempat menarik di bandar Kittila ni...InsyaAllah,nanti saya sharekan aktiviti hari ke-2 kami di bandar Kittala ni pula ya...:D

63 comments:

  1. Salam Nieza..wahhhhh bestnya dapat jalan2 kenal tempat orang...suasana nampak pun nampak putih bersih jeeee....Kalau orang sana sejukkkk seluruh badan, orang sini plak sejukkkkk je mata memandang...he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam Sue, ya syukur diatas kesempatan yg diberikanNya ni sue dpt juga tgk keindahan alam ciptaan Allah swt ni. memang sejuk beku juga dibuatnya:)

      Delete
  2. Nieza..wa windu sama lu..huhu..
    bestnya..lahai bila ada peluang g jelajah negara bersalji ni ya..

    nanti tlh tarah ais tu, nak wat ais kacang..ngehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam winduu anna!! dtngla terbang sini leh main salji sesama..hehe
      kalau niaga ABC kat sini memag kayo la leh dpt ais free jer..ehehe

      Delete
  3. subhanallah... cantiknya... putihnya salji...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak Mulan memang cantik sgt view putih memutih ni:)

      Delete
  4. Assalamualaikum Nieza,

    tebal betul salji tu...cantik sekali pemandangan nya...seronoknya Nieza akak tengok gambar2 ni semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak Nur, ya kat tempat ni salji memang byk kak dan lbh sejuk lagi:)

      Delete
  5. sejuknya nieza.... cantik2 pic yg nieza ambil... nnti bila tak sibuk bolehlah smbg masak2 ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sejuk beku kak zana...tq kak.insyaAllah bila ada masa free nanti bolehlah update n3 mskx2:)

      Delete
  6. salam nieza...cantik betul pemandangan kat situ kan...bestnya kalau dapat g jugak...hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak liza...betul kak memang cantik sgt view kat tempat ni.insyaAllah ada rezeki akak nanti sampai jugalah:)

      Delete
  7. Assallamualaikukm Nieza..
    wahhhh..gi jalan2 yer.. Nak itottt!!! Bestnye dapat pegang salji. Akak pegang salji dlm freezer je lah. Dulu masa duduk di Perth tak de salji. winter nya cuma berangin dan suhu yg rendah jer tp tu pun dah berbungkus2 akak w/pun duduk dlm rumah jer. Kalau ada salji, mau beku akak agaknya..hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak Naz, dh blk pun kak...hehe ala salji ni sama mcm ABC tu jer kak..kalau dh byk sgt pun tak best susah nk jln la.semua jln jadi licin.kalau pakai baju tebalx2 oklah kak leh la thn sejuk:)

      Delete
  8. Assalam nieza, kalo akk dah tak tertahan kesejukkan bila tgk salji setebal tu, indahnya ciptaan ilahi, cantik semua gambar2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak Rosaliza, tq kak ya memang cantik dan indah ciptaan Allah kak:)

      Delete
  9. assalamualaikum kak niezaaaa!!!
    Subhanallah... sgt2 cantik2!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam tun..ya tun memang cantik tempat ni tun..snow pun putih dan halus mulus jer.

      Delete
  10. Assalam nieza..tebalnya salji..acik pulak yng dah rasa sejuk..he nhe
    terima kasih nieza..sudi kongsikan gambar2 yang menarik dan cantik disini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam acik, kat sini memang byk salji acik...ehh jauh lak sampai kesana terasa sejuknya tu acik yer..hehe sama-sama kita berkongsi pengalaman acik:)

      Delete
  11. cantikkkkkk
    berkali2 duk menatap pics diatas...sambil berangan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak kasih..nanti akak dtngla sini mana tau angan-angan akak jadi kenyataan pula satu hari nanti:)

      Delete
  12. sangat seronok menjamu mata di sini.....x sabarnya nk jumpa salji...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jamu mata yg tak kenyang-kenyang pun nuwairani kan..haha nk pi main salji kat mana tu?

      Delete
  13. Cantiknyaaaa....ntah bila la merasa ke negara org...hu hu hu...pandang2 jeling2 je laaa....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jemputlah dtng jln sini kak cik..boleh pandang terus:)

      Delete
  14. -30!! Wuwu.. Kat tmpt saya ni salji tebal SubhanaAllah, tp suhu terendah pernh tercatat-15 je. Hari biasa dlm lingkungsn -1 hingga -10 gitu. Mmg pelik sikit suhu x la rendah sgt tp saljinya tenggelam habis separuh rumah. Nampak cantik sungguh tmpt tu kan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini kami pernah merasa sampai -31degree c as, tapi thn ni kurang sikit tak mcm thn lepas lagi teruk snow byk sgt.masa salji baru turun putih ni memang nampak cantik tapi bila lelama jalan kotor pulak terus tk cantik dah..:)

      Delete
  15. Replies
    1. ya kak sam...memang cantik sgt tempat ni tapi jauh sikitla dr tempat kami dok ni kena naik flight 1jam lbh juga.

      Delete
  16. Salam Yong,

    Akak terbaca somewhere, asal Santa Clause ni dari Turki. Nanti akak cari balik kisahnya. Btw, cantik2 pemandangan kat situ. Ada tengok aurora borella, apa ke benda tu, cahaya malam hari tu.

    ReplyDelete
  17. w.salam hjh yong, yer ke? kena check blk la tapi kat sini memang setiap thn santa claus tu akan dpt beribu kad dan ucapan semasa hari christmas tu dr seluruh dunia.ya ada tgk kak aurora tu...alhamdulillah syukur dpt tgk aurora tu masa kami disana.tak setiap hari ada juga..tapi hari last kami nk blk tu kami bernasib baik juga dpt tgk.memang cantik sgt kak cahaya tu.subhanallah...satu keajaiban bila tgk kebesaran Allah tu.

    ReplyDelete
  18. ayu x pernah terjah yg suhu lebey dari -10
    mesti sejuk smpi ke tulang itam kan
    suker akak pose vass sangat @_@

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ayu memang sejuk tapi bila dah pakai baju tebal tu oklah juga dpt bertahan juga...sini cuaca sejuk memang biasa la ayu memang sejuk yg melampau:)

      Delete
  19. subhanaallah Nieza...Nekcik sukanyer tengok gambar gambar tuh...rasa tenang dan dingin aje...terfeeling lah tu...terasa sampai ke tulang sejuknya..kalau nekcik pergi mau kancing gigi kot!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Nekcik...apa nak buat dah dtng negara 4 musim mcm ni la nekcik.tapi bila dah lama dok sini rasa mcm dah biasa la juga..insyaAllah kalau nekcik dtng sini pun boleh thn kalau pakai baju tebalx2:)

      Delete
  20. subhanallah indahnya kejadian tuhan,,,romantik gitu,reindeer sleigh rides tu...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak memang byk keajaianb tuhan yang kita tak terfikir pun...tq kak:)

      Delete
  21. Bestnyaaaa....Nak beku rasanya tengok gambar-gambar tu. Cantik sangat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Hani...tapi kalau dpt merasa lagi bertambah beku nanti:)

      Delete
  22. Aslmlkum Nieza. cantiklah view snow tu...dgn mousedeer...salji memutih...seronoknya. tingginya snowman tu. bilalah dpt merasa gini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak, tq...insyaAllah ada rezeki akak nanti sampaila sini..sementara saya masih disini akak dtngla yer:)

      Delete
  23. Assalamualaikum Nieza,
    Cantiknya gambar2 Nieza ni... Terasa macam berada kat sana juga.. Tentu sejuk sampai ke tulang kan..

    Tq so much sebab sudi kongsikan gambar2 yg cantik di luar negeri. Dapat juga kami lihat pengalaman di negara orang walaupun tak berpeluang ke sana. Take care ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam Nur,
      tq...sama-sama kita berkongsi pengalaman ya mana tau nanti ada rezeki Nur pula utk ke luar negara:)

      Delete
  24. Salam perkenalan,

    saya suka baca blog akak, byk cite menarik terutama resepi. btw gambar2 salji ni mmg cantik sgt2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga dr akak arni..tq sudi singgah blog rojak akak ni..haha mcmx2 ada mcm rojak campur gitu kan..apapun tqvm... amatlah akak hargai:)

      Delete
  25. alahai laling busy ekk?pstt,best x main snow tuh,nanti bwk balik cni ek..bg kami kat cni wat es kepal..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer eina lately ni bz dgn xtvt persatuan ladies kat sinilah...ok nanti poskan sikit snow utk eina ya..sedap wat ais kepal tu.hehe

      Delete
  26. Assalamualaikum Nieza,
    Cantik sangat gambar2 yang diambil. Bilala nak dapat merasa main2 ngan salji.......semuga Nieza dan hubby sihat2 ya, maaf lama tak leh letak komen. Baru hari ni berjaya sebab akak tukar Firefox, harap tak der masalah lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak wattie, tq kak...datangla sini main salji kak.alhamdulillah nieza dan hubby sihat jer.tq atas ingatan akak yer.maaf juga dr nieza sebab lama tk singgah dan bw sekrng ni busy ngan aktiviti luar jer.nanti free nieza singgah yer.firefox tu ada masalah ke kak?nieza tak guna yg tu.

      Delete
  27. assalamualaikum Nieza.. Cantik betuk pemandangan diselubungi snow.. So precious. Take care dan jangan lupa update blog... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam kak harleena, ya kak memang cantik bila tgk view putih gini kan..akak kat sana pun dah snow kan.insyaAllah kak nanti bila free bolehla update..sekrng ni dah sibuk-sibuk buat keja luar tk sempat nk update sgt.nk balas komen ni pun dh lambat juga.

      Delete
  28. Assamualaykumwbh Nieza....sonoksnya...alahai..since ever ayu dah 2 hari bali Msia n sambung kerje....mmmmmm I/ll be busy......hu3...nak itoooooooooooot!!!

    Enjoy dear!

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam ayu!! dah blk kerja ke?alahai lamanya tak singgah blog ayu sorryla lately ni jarang bw..nanti nieza terjah yer..yake care dear:)

      Delete
  29. hi my dear nieza, lama sungguh tak menjenguk ke sini. harap nieza dan suami sihat walafiat. cantik sungguh gambar2 kt atas tu. dh mcm menjengah ke alam fantasi omputeh plak yerk, hehehe. tengok salji teringat tahun lepas konon2 nak test main ski, sekali jatuh gedebuk terus surrender...hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai ina, salam rindu..lamanya tk dgr khabar ina..apa ceter lamanya menyepi tu?nieza kat sini alhamdulillah ok jer ina..tq atas inagatan ya. harap ina dan family semua sihat yer.kat sana pun ada salji juga kan..so biasa jer la sama jer kat mana-mana pun ina:)

      Delete
  30. sejukkkkkkkkknya...tengok pun dah sejukkk..hehe

    cantik sangatttt ..js suka tengok gambar2 tu..first time singgah sini..

    salam kenal dan kalau sudi jom tukar link dgn blog js...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga dr saya..tq sudi singgah sini.nanti saya linkkan yer..:)

      Delete
  31. tu diaaa... -19 darjah, macam duduk dalam peti ais je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la lbh sejuk mcm dok dlm peti ais ni...kira peti ais besar jugalah..hehe

      Delete
  32. thank sudi singgah balas kt blog js..js pun dh follow sini..hehe.
    semoga silaturrahim yg terjalin secara maya akan menjadi realiti...insyaallah

    ReplyDelete
  33. benar-benar mengimbau kenangan lalu

    ReplyDelete
  34. Ya Allah alhamdulillah jumpa jugak apa yg saya tercari-cari....terima kasih atas perkongsian info dan gambar2 sangat menarik dan cantik.sekiranya tidak keberatan boleh saya tahu (hal-hal berkaitan) sekiranya saya sangat berkeinginan (akhir2 ini terfikir mcm teringin nk tgk/pergi arctic / antartica. Saya ada cari travel agen di malaysia yg buat tour ke arctic, tp yg bumiputra agent sy blm jumpa...

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)