Home

31 Dec 2011

Selamat Tahun Baru 2012


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua
N3 saya  yang terakhir bagi tahun 2011 ni. Di Finland ni, tinggal berapa jam jer lagi masa akan berlalu untuk melangkah ke tahun baru 2012. Ketika  menanti detik-detik terakhir berlalunya tahun 2011 di Finland ni diluar umah saya sekarang dah kedengaran berdentam dentum bunyi mercun dan kilauan bunga api. Memang meriah sambutan tahun baru di Finland ni setiap tahun. Walaupun ada masa tak kurang dari 4 jam setgh lagi tapi mercun dan bunga api dah pun bermula. 

Tahun ni merupakan tahun ke 3 kami dapat lihat sambutannya di sini. Syukur alhamdulillah setiap detik yang berlalu pada tahun 2011 ada suka dan ada juga duka dalam hidup saya tapi sudah menjadi lumrah kehidupan kita didunia ini juga yang tak akan lari daripada suka duka kehidupan. 

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2012 buat semua teman-teman blogger, saudara mara jauh dekat, rakan-rakan fb, dan tak lupa juga buat semua silent reader yang sudi singgah ke sini. Terima kasih diatas sokongan anda semua pada blog picisan ni. Apa yang dikongsi disini hanyalah sekadar coretan suka duka dan sekadar berkongsi resepi masakan yang telah pun saya cuba masak sepanjang di rantauan org saja. Tidak ada niat lain pun...jauh sekali nak riak dan sebagainya. Yang baik sesungguhnya datang dari Allah dan yang buruk adalah dai kelemahan saya sendiri. Jutaan kemaafan saya pohonkan jika saya ada terkasar bahasa selama kehadiran saya di alam maya ni. 


 syukur alhamdulillah tahun 2011 adalah tahun yang bermakna buat saya dan suami bila kami dapat melangkah kaki ke tanah suci Mekah utk mengerjakan umrah.

 warna warni kehidupan di rantauan org tahun 2011

aktiviti memasak dan mencuba resepi masakan adalah sekadar memenuhi masa terluang saya disini...terima kasih pada semua yang berkongsi resepi dan memberi sokongan padu pada saya..semua komen yang diberi amatlah saya hargai. 


Setiap tahun yang berlalu mempunyai kenangan yang tersendiri dan tak lupa juga dengan azam yang sentiasa kita perbaharui. Sama-samalah kita muhasabahkan diri kita supaya menjadi insan yang lebih baik lagi bagi tahun yang sebelumnya. 

Doa dan harapan saya juga semoga tahun baru 2012 ni membawa seribu keberkatan buat kita semua. Diberikan kesihatan yang baik dan keimanan yang teguh untuk meneruskan amanah yang diberikan oleh Allah swt. Setiap org tak kan lepas dari diuji Allah..yang sakit diuji,  yang miskin diuji dan yang kaya juga turut diuji,tapi kadangkala kita terleka dan tak terfikir itu semua adalah ujian buat kita. Sama-samalah kita panjatkan kesyukuran diatas segala ujian yang diberikanNya. Kerana setiap ujian dan dugaan yang datang akan mematangkan lagi diri kita dan mudah-mudahan dengan ujian hidup itu akan mendekatkan lagi kita pada Allah swt.Untuk peringatan buat diri sendiri juga supaya tidak leka dan lalai. Semoga kita semua diberikan kekuatan dan kesabaran selalu untuk menghadapi semua dugaan dan cabaran dlm kehidupan hendaknya..InsyaAllah.

Jalan-jalan dihujung minggu 2011

Cerita jalan-jalan dihujung minggu lepas kat sini jer ni kebetulan pada 26 dec 2011 mr.hubby pun cuti sempena public holiday christmas. Kalau ph kat sini kedai dan shopping mall semua tutup so...kami jalan-jalan tengok permandangan sajalah. Pada hari ni kami ke Jarvenppa iaitu lebih kurang 50km dari rumah kami. Mr.hubby dah lama teringin nak tengok masjid tatar yang mana masjid ni merupakan sebuah masjid yang didirikan dengan bangunannya sendiri. 


gambar yang dirakam disini adalah sekadar untuk koleksi kenangan saya dirantauan org saja ni. Kenangan yang abadi selamanya... oklah layan jer lah gambar kat bawah ni:D

ni lah masjid Tatar di Finland yang merupakan satu-satunya masjid pertama yang didirikan di Finland yang telah berusia 71thn. Masjid ni dibina oleh org islam Tatar yang datang merantau ke sini. Masa datang ni bukan waktu solat so..org yang jaga dah balik dan tak dapatlah kami masuk ke dalam masjid ni.

Kat sini masjid biasanya akan dibuka bila masa solat saja.Jika nak melawat boleh juga call org yg jaga ni tapi masa ni mr.hubby ckp lain kali sajala datang lagi.InsyaAllah jika ada berkesempatan  nanti akan singgah lagi ke sini.

ini juga adalah satu-satunya masjid yang ada bangunannya sendiri yang setakat saya jumpa di Finland ni. kebanyakkan masjid kat Finland ni hanya menggunakan bangunan ofis saja.


balik pada tu kami ke bandar Helsinki pula dan merakamkan sedikit gambar permandangan yang indah di petang hari..walaupun cuaca sejuk dan berangin tapi tetap mendamaikan bila tgk view yang cantik ni.


bandar Helsinki ni memang dikelilingi dengan laut dan tasik so...tak hairanlah kalau sana sini ada jer bot yang banyak kat sini. cuaca kat sini dah masuk winter tapi salji tahun ni mcm malu-malu jer nk turun. Ada juga turun 2-3 minggu lepas tapi sedikit sangat bila dah hujan salji pun cair. Kalau tahun lepas pada masa sekrng ni memang dah bertimbun dah salji dan laut pun dah membeku tapi tahun ni belum ada lagi.Itulah kuasa Allah kan tiada siapa pun dapat meramal dan mengetahui perancangannya.



















Summer Trip To St. Petersburg, Russia

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Cerita trip masa summer hari tu lum abis lagi...dah 5 bulan dah masa berlalu baru nak share kat sini tapi tak kisahlah sekadar untuk simpan kenangan disini saja. Actually, trip ke St.Petersburg ni we all pergi pada 25 July 2011 bersama dengan rakan-rakan Malaysia di Finland ni. Selepas balik dari sini keesokan harinya pula saya terus balik ke Malaysia untuk ziarah bonda yang sakit dan sebab  itulah juga saya terlupa nak share kat sini.

Percutian kami kesana cuma 3 malam saja dengan dengan menaiki kapal cruise dari Helsinki to St.Petersburg lbh kurang 14jam juga lah atas cruise ship tu. Kiranya kami bermalam diatas kapal pada hari pertama, esoknya kami bermalam di hotel sana dan bermalam pula diatas kapal masa dalam perjalanan balik. Bertolak dari Helsinki pada jam 5ptng dan sampai sana esok paginya. Bila sampai sana terus ke destinasi pertama iaitu check in hotel disana. Bila dah siap check in bilik dan letakkan semua barang kami pun teruskan perjalanan melawat di sekitar bandar  St. Petersburg.

 turun jer dari kapal  semua penumpang kapal disambut dengan alunan muzik dari pemuzik ni

 ni la kapal yg kami naik

 sedang berbaris untuk pemeriksaan pasport oleh kastam

 alhamdulillah sampai juga ke sini setelah lama dirancang.

 St. Petersburg adalah merupakan bandar sejarah lama dan bekas ibu negara Russia yang mana berjiran dengan negara Finland ni. Memang menarik tempat ni kerana kawasannya yang berhampiran dengan laut memang cantik dan indah sekali permandangannya. Masa ni musim panas memang cerah tapi yang tak tahan cuaca panas yang terik tu yang membuatkan kami cepat letih.Tapi syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kami semua selamat pulang ke Finland dengan selamat.





































 subhanallah....sungguh indah sekali ciptaan Allah bila dapat melihat saat-saat akhir terbenamnya matahari pada hari tu.





Sekian sajalah dulu cerita percutian kami musim panas di negara Russia ni dan merupakan percutian kami yang terakhir dalam tahun 2011 juga. Sekadar berkongsi cerita dan simpanan kenangan disini saja. InsyaAllah jika diberikan kesempatan dan diberikan rezeki untuk bercuti lagi pada tahun hadapan nanti bolehlah dikongsikan lagi...:D