Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Buat Quiche daging ni petang tadi...bila dah siap tu kasi kat tuan umah yang kami sewa ni sikit. Kebetulan tuan umah datang antar ikan hasil dia memancing dan saya pun balasla sikit quiche ni padanya.
Resepi ambil kat dapur kak Madihaa yang mana resepi asalnya daripada sepupu kak Madihaa sendiri. Terima kasih pada tuan empunya resepi dan kak Madihaa kerana berkongsi resepi yang sedap ni dan memang sedap bila dimakan ketika masih panas. Izinkan saya berkongsi disini pula.Ok jom semak resepi dibawah yer:D
Quiche Daging Bersosej
Resepi : Ida Marlida
Source : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2 Dasar Quiche
3 biji kentang sederhana besar (anggaran berat 600 - 650 gm) ~ rebus & dilecek halus
4 keping roti - dibakar hingga garing (balik2kan semasa membakar) kemudian dipotong2 & dikisar halus menjadi bread crumb
½ sudu kecil garam halus (atau secukup rasa)
Bahan2 Inti
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 ½ labu bawang besar - didadu
5 sudu besar daging kisar
6 batang sosej - potong nipis
1 batang carrot besar ~ didadu @ disagat memanjang
5 sudu besar sos black pepper
1 ½ sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili (ku tambah )
garam secukup rasa
minyak utk tumis
Bahan2 Topping
3 biji telur (gred A)
1½ sudu besar tepong kastard
125 ml air
Cara2 Menyediakan
1. Campurkan kentang lecek, garam dan serbuk roti sehingga menjadi doh.
2. Lengserkan acuan pai dengan marjerin. Letakkan doh kentang di atas acuan pai dan ratakan doh sehingga memenuhi dasar & keliling tepi acuan seperti dalam gambar. Ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak lalu tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
4. Masukkan daging cincang & biarkan seketika sambil dikacau2 sehingga kering air daging.
5. Kemudian masukkan carrot sagat, sosej bersama dgn sos2. Tambahkan ½ cawan air jika terlalu kering.
6. Perasakan dengan garam & masaklah hingga intinya kering.
7. Biarkan suam seketika sebelum dituangkan ke atas dasar quiche.
8. Untuk topping pula.. satukan semua bahan hingga rata dan bolehlah di tuang ke atas inti quiche yang telah dimasukkan ke dalam acuan tadi.
9. Bakar menggunakan suhu 180 @200ÂșC (bergantung oven masing2) sehingga masak.
Asalam Nieza, lapo lak kak rose pepagi ni.... nak g brisk walk malas pulak, tp nampak quiche nieza ni terasa nak makan jer!
ReplyDeleteSalam Nieza hari ni tak payah banyak kali le.Makan ni pagi2 terus kenyang sampai petang.
ReplyDeletesalam Nieza..
ReplyDeleteakak tak pernah makan lagi ni..
hari tu ada juga kawan2 kat FB cadangkan akak suruh buat.. tapi tak jumpa cari lagi resepi yg berkenan di hati..
kalau sedap! nanti boleh lah akak cuba resepi ni..
kak nieza..menariknya tengok..dari hari tu dah tertarik masa tengok kak madiha buat....duk pendam resepi lagi ni saya ni...hahahha..tak tau bila rajin nak buat...tapi nak makan..huhuhu
ReplyDeleteAs'salam Nieza
ReplyDeleteK.ct datang pagi2 ni nak mintak juga sepotong. sekali pandang ingat Nieza buat pizza. Tapi k.ct tak pernah makan pun. Insya'Allah boleh juga kalau nak mencuba kan. Mesti ada rangup2 kot tepi dia tu..betul ker :)
Salam k niza...nmpak sedap quichie ni..sy da lame ingin nk wat tp x wat2...hehe..tmpang mkn cn la ;-)
ReplyDeleteKak...tq sudi wish bday sy ya.....Jasamu dkenang:-)
Salam k niza...nmpak sedap quichie ni..sy da lame ingin nk wat tp x wat2...hehe..tmpang mkn cn la ;-)
ReplyDeleteKak...tq sudi wish bday sy ya.....Jasamu dkenang:-)
OMG...INI POJAAN HATI KU...kalau dah makan nasi tolak ketepi....akak jarang buat sebab anak2 kureng dengan benda2 macam ni tapi selalu bedalkan DELIFRANCE...mak ai sedap Nieza..kalau dekat akak dah terjeah umah Nieza..tak segan2 dah.
ReplyDeleteas-salam kak Nieza
ReplyDeletethe quiche looks great,my favourite..
salam nieza....nmpak menyelerakan quiche ni....buat tuk breakfast ni mmg kenyang...
ReplyDeleteAssalamualaikum Nieza
ReplyDeletenyam nyam
saya srapan pagi dengan quiche
Wassalam
sedapnya
ReplyDeletesedapnyaaaa....taktau nk kata apa dh... tetiba ada lagu keroncong perut nih...
ReplyDeletesalam Nieza..
ReplyDeletedah menjadi pun quiche tu yer.. org pertama yg sudi mencuba.. hehe..
wahh.. nieza buat ikut resepi tu ye? dpt byk tu kan? dah tak payah masak t'hari lagi.. akak ritu buat sarapan utk kami 5 beranak.. mmg ngam2 jer.. hehe..
Kakak tak pernah makan pun Nieza. Buat apa lagi. macam pizza rupanya tapi basic kentang dan roti. Mesti sedap:)
ReplyDeleteucu ambik ye resipi ni..utk rakyat kat rmh yg kadang2 mengada2 x nk makan nasi ....:)
ReplyDeleteNieza, nak tumpang minum petang sini laaahh...amboii kalau dpt sejuring tu haa...mesti terlentang kenyang nih! Menarik nih...nnt nak try gak laaa :)
ReplyDeleteAssalam Nieza,
ReplyDeletemenggoda betul quiche tu.... dapat sepotong pun jadilah buat ubat ngences!
Assalamualaikum Nieza,
ReplyDeleteSedapnya nampak quiche tu, roti jala pula favourite akak, tp selalu buat yg original colour, yg paling best tu tengok makanan yg byk kat majlis gathering kat bwh tu.....fuhhhh sendat dibuatnya
walaa.... jakun tun nengok.. xpernah lg makan quiche ni. sedih pulak rasa. hehe
ReplyDeleteAssalamualaikum,Tok3, ketuk pintu nie..:) Apa kabo Nieza? Maaf la akak lama tak mai sini, aritu tgh sibuk sgt2, sekarang dh lega boleh bw...aduyaiii, terasa lapor balik perut ni tengok quiche daging tuu. anak2 akak berkenan makanan mcm ni..nak kena try one day :)
ReplyDeleteomg sedapnye...
ReplyDeleteInfo Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/
ouucchh... dah kenyang lepas dinner tapi rasa lapar lah lagi.. lama sunggoh tak buat quiche.. bab nak membakar ni nak kena tunggu, tu yg jadi malas sokmo.. tapi tengok yg ni, semangat berkobar2...
ReplyDeletetqs nieza..
datang malam2 rumah nieza jadi lapar pulak...
ReplyDeletesedapppp sgt
eehh mcm pizza la, sedapp nampak:)),mkn skali mesti nak lagi.hehe
ReplyDeleteKak Nieza,
ReplyDeleteDah bulih nie join
masterchef malaysia..
Berbakat!!Rajin!!
Salam Nieza..emmm sedapnya makan panas2 ngan sos kegemaran..Kalau bread crumb tu guna yang ready made takpe kan...?
ReplyDeletex penah makan benda nih..mcm sedap jer
ReplyDeletekmaz xprnah buat lgi kue ni za..tkut xde yg mkn nti..lgi 1 kat umah kmaz ni klu pastry2 ni memang kurangg..tpi rsanya ala2 pza gituw ye za...leh letak ikut suka..bak la mai sptong kmaz rsaa...npak meriahh tuu..
ReplyDeletenyum2! sedapnya kak. tak pernah buat ni. boleh cuba la satu hari nnti. nmpak best sangat nih! :D
ReplyDeleteKak Rose:
ReplyDeletew.salam kak ...rajin kak Rose brisk walk pagix2 yer.bagus tu..saya ni malas tul la..mkn jer rajinnya...hehe
Puan Ros:
betulx3 kak..memang kenyang mkn ni:)
Kak Azlita:
w.salam kak, cubalah memang sedap resepi ni nieza suka:)
quinnie:
buatlah nanti q kan rajin..akak tgk mcmx2 menu q masak setiap hari tu..akak juga jer yg malas .hehe
Kak Ct:
w.salam kak...cubalah buat nanti baru tau rasanya...:)
noorsha:
w.salam...cubalah buat nanti sha..sedap ni:)
kak Paty:
betul tu kak mkn ni dah tak nampak nasi dah..memang kenyang. boleh jer dtng umah kak suka sgt berjiran ngan akak sebab akak lagi rajin msk..hehe
ady:
w,salam..tq.. mee too:)
Liza:
w.salam...betul memang kenyang mkn seketul pun...boleh dimkn bf ataupun minum ptng juga:)
Atuk:
ReplyDeletew.salam...wah dah kenyang ke tu atuk?
panglima muda:
memang sedap:)
kak Gee:
kena cuba buatla kalau tak tau ckp apa tu kak..hehe
Kak Madihaa:
ya kak tq sharing resepi best sgt kak..buat minum ptng pastu sambung mkn dinner..kasi jiran skit dah abis dah..hehe
kak zakie:
cubalah buat kak...sedap gabungan kentang ngan roti tu:)
Ucu Faridah:
silakan ucu..biasala sekala tukar selera mkn bolehla cuba nanti:)
Kak Ummi:
haha bukan takat terlentang jer kak..dah tertido pun..ekeke melampau tul kan mkn sampai tertido..hehe selamat mencuba yer kak:)
Kak Amie:
ReplyDeletew.salam kak...kalau ada byk potong pun boleh kak:)
Kak Wattie:
w.salam kak, memang sedap quiche ni kak.biasala kak kat sini bila hujung thn byk sgt acara jemputan mknx2 ni..:)
tun:
nanti cubalah buat tun..jgn sedihx2 yer:)
kak Azlina:
silalah masuk kak..hehe sibuk yer kak..tak pe la bila free bolehlah singgah. cubalah buat nanti kak sure anakx2 akak suka:)
konde:
tq..:)
Mulan:
wahh dah kenyang dah yer..tak pe tunggu angin rajin nanti boleh try yer:)
Kak Kasih:
ReplyDeletemalamx2 dah tak leh mkn kak..kena tunggu siang nanti mkn yer....hehe
mama olyn:
tu la kan mcm rupa pizza kan sama tapi tak serupa...cubalah nanti lyn:)
missgee:
ishhh mana boleh dik...akak cuma layak chef di dapur sendiri jer:)
sue:
w.salam...yer sue sedap kalau mkn ngan sos cili ni. boleh jer rasanya tu:)
Rina:
cubalah rina....sedap ni:)
kak maz:
alahai kak nk kasi pun dah abisla..kalau ada lagi byk pun leh kasi rasa kak..hehe
Asmara:
yer As memang best dan sedap...cubalah buat nanti:)