Home

13 Dec 2011

Potluck Little Christmas 2011

Assalammualaikum dan salam sejahtera
Cerita hari yang membusykan saya pada minggu lepas ni jer iaitu pada hari sabtu 10 hb Disember 2011 telah diadakan majlis makan-makan sempena hari Christmas di Malaysia Embassy . Selesai sudah sambutan majlis Little Christmas bagi thn 2011. 


Program ni  adalah salah satu aktiviti program mendampingi rakyat yang dianjurkan oleh Pejabat Kedutaan Malaysia disini.Biasanya dibuat setiap tahun untuk semua staff embassy, spouse dan juga semua Malaysian di luar negeri. Aktiviti yang dibuat  kali ni adalah potluck makan-makan, cabutan nombor bertuah dan pemberian hadiah pada kanak-kanak. Dengan adanya majlis ni dapatlah bertemu dan berkenalan antara satu sama lain...bukanlah pasal nak makan yang utama tapi adalah untuk berjumpa dan berkumpul ramai-ramai saja..masa ada majlis beginilah dapat berkumpul dan beramah mesra walaupun yang hadir adalah berbilang bangsa dan budaya. Memang seronok bila sekali sekala dapat berkumpul begini.

Program ni dibuat secara Potluck  dan semua tetamu yg hadir datang membawa menu masing-masing manakala menu utama telah dimasak oleh ahli Perwakilan dengan membahagikan menu utk dimasak. memang bykla makanan yang disediakan pada majlis ni. Saya diberikan tugas untuk memasak 8kg ayam yang dimasak kari dan 10 pot nasi putih. Memang busy betul hari tu sampai seharian saya tak online blog dan bw...balik pada majlis tu pada malam hari terasa bdn sakit-sakit dan panas tapi kaki tgn sejuk...memang terasa mcm dah demam Maybe pada siang hari tu saya terkena hujan dan angin yang sejuk...sekrng ni cuaca tak menentu kat sini. So..rehat jer la saya sampai keesokkan harinya tu pun saya tido jer...mr.hubbyla yang tolong masak dan  kebetulan pula hari ahad dia cuti.

So...hari ni alhamdulillah dah ok sikit walaupun bdn ni terasa lagi panas sejuk tapi kepala dah tak ting tong bolehlah update blog sekejap. Layan jer la gambar kat bawah ni yer..sekadar untuk koleksi simpanan saya saja ni.  

antara tetamu yang hadir...kebanyakan org Malaysia yg tinggal disini, study disini dan berkahwin dengan org sini


masa untuk makan-makan



macam-macam ada...

antara menu utama yang disediakan oleh Perwakilan Helsinki

ni la kari ayam yang saya masak pada hari tu




ucapan aluan dari TYT Duta Besar

cabutan no bertuah..hadiahnya beberapa ticket ke Sweeden dgn cruise ship dan beberapa voucher makan di restaurant Malaysia di Helsinki.

special kek coklat putih  yang dibuat oleh kawan kat sini
actually ada banyak lagi dessert yang disediakan tapi saya terlupa pula nak snap photo so....ini jer la yang saya sempat ambil pun.

antara Malaysian ladies yang hadir




4 comments:

  1. Panglima Muda:
    ya banyak event makan-makan jer kat sini:D

    ReplyDelete
  2. Nieza..banyaknya makanan.macam macam ada..
    rasa macam di malaysia sambutan hari raya pulak.

    ReplyDelete
  3. Aslmkum Nieza

    byk juga Nieza msak...8 kg ayam dgn nasi lagi.nampak ramai yg hadir...menupun sedap.
    akak 2 hari lepaspun ada xtvt sini...majlis sambutan staf baru dtg dan perpisahan. tp ayam masak sekor sorang....kuih potluck...tak lah berat sgt.

    ReplyDelete

sila...sila..jgn segan-segan yer..tq:)